.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, August 17, 2016

Tajuk 862: Kenapa PhD mesti tebal?

Aku suka karipap yg kulitnya nipis..
Ramai yang kecoh2 PG mesti baca jurnal sampai beratus… malah beribu artikel.. tak PhD kalau tak membaca sampai menangis… malah baca buku mesti dari kulit ke kulit… baca sampai ke artikel akar umbi… malah kalau buat proposal mesti sampai beratus mukasurat sebelum boleh defense… LR dalam proposal pulak mesti tebal2, mendalam dan semua tu mesti ada supaya sampai tahap PhD !

Betul ke?

Aku cuma nak tanya… kalau itulah kebenarannya, baik wujudkan sahaja PhD dgn coursework… tak yahlah sibuk2 tulis proposal ratusan mukasurat, gantikan saja dengan tugasan siapkan 10 review paper dgn setiap paper mesti review 50 -100 artikel. Kalau boleh tambah lagi kupasan 10 buku dan setiap kupasan mesti melebihi 300 pages ! Kalau beginilah baru dikatakan maqam PhD… kenapa tidak?

PhD dan research. 
Pengetahuan boleh dicari dgn tugasan2 yang disebutkan diatas… malah ramai yang boleh membaca dan mendalami banyak perkara tanpa PhD pun. PhD dan research tak dapat dipisahkan. Research adalah satu kemahiran unik. Membaca jurnal dan apa sahaja rujukan utk membuat research lebih bertujuan menjustifikasikan keperluan kajian yang dilakukan dgn menjurus hasilnya kepada sumbangan utk lebih memahami pengetahuan semasa. Kemahiran membuat research dgn teliti dan memahami setiap langkah yang diambil serta aspek2 methodology itulah yang menjadi keperluan adanya research dalam PhD, bukan LR yang menjela yang perlu dicungkil sampai ke akar umbinya.

Proses membuat kajian inilah yang perlu diletakkan keutamaan.. dipantau utk dikuasai PG… dan sebahagian besar masa diperuntukkan utk kajian dijalankan dgn teliti… lalu meningkatkan validity dan significant dapatan utk dikongsi dalam jurnal berimpak tinggi. Sebab itu jugalah artikel2 perlukan dapatan yang hebat dgn teori yang precise dan concise sahaja, bukan yang mnjela2 dan bergulung2 macam roti jala.

PhD tidak akan lebih baik dgn membaca 1000 artikel sehingga dicari asal usulnya tapi PhD yag baik berasaskan kajian dan pilihan bacaan yang teliti yang akhirnya memberi “wisdom’ dan ‘insight’ kepada pengetahuan yang ada, mempersiapkan diri sebagai independent researcher selepas bergraduat. Malah… tiada masalah pun kajian yang hanya berasaskan teori semasa yang simple tetapi dikaji secara teliti dan mendalam sebagai proses latihan menjadi researcher yang kompeten.

Kajian PhD yang hebat2 datang dari idea yang hebat….penerokaan ilmu yang novel... yang menyumbang kepada kemajuan pengetahuan menuju masa depan.... bukan dari pembacaan meleret yg dibuat2… dan apa masalahnya tesis PhD yang nipis tetapi menghasilkan dapatan yang lebih “mengancam” ?
Aku lebih suka karipap yang kulitnya nipis supaya terasa inti di dalamnya dari karipap yang kulitnya tebal…mengelembong akibat terlebih tepung!

OT

Tajuk 861. Aturan Pengarang dan Authorship

5 senario aturan nama pengarang dan penghargaan. 
Ada tak dijelaskan dalam kelas Research methodology?

Senario 1
A buat kajian.... A tulis artikel dan B review sambil menambah idea memantapkan artikel menjadi lebih baik
A, B adalah pengarang (ikut susunan)

Senario 2
A dan B sama-sama buat kajian tetapi B yang siapkan artikel, sedang A tak buat apa-apa tentang artikel. C membantu meminjamkan salah satu instrument dari makmal.
B, A adalah pengarang (A dah beri intelectual contribution masa buat kajian).
C hanya dalam penghargaan

Senario 3
A, B, C mohon geran. Hanya A, B buat kajian, C tak terlibat kerana sibuk dll. A menulis artikel dan minta B membuat semakan analisis data.
A, B adalah pengarang. 
Organisasi penyedia geran dalam penghargaan
C tidak perlu wujud di mana2pun..

Senario 4.
A, B, C buat kajian, C tulis artikel dibantu oleh A, B. Kemudian D diminta utk membantu beri cadangan kepada analisis data yang agak kompleks.
C, B, A , D adalah pengarang

Senario 5
A pelajar PhD / Master buat kajian then tulis artikel. Main SV, X membantu memantapkan artikel, sedang co-SV, Y sejak awal tak sempat nak membantu lalu diminta jadi proofread - betulkan bahasa.
A,X adalah pengarang. 
Y hanya dalam penghargaan

Jadi ... keyword disini adalah - intellectual contribution
Ini bermakna amalan.... 'ko buat tulis nama aku dan aku buat tulis nama ko' adalah satu amalan yang salah dan tidak beretika.... Ini belum yang letak nama suami, isteri, rakan taulan, awek, yang bukan sahaja tidak terlibat sedikitpun... malah bukan dalam bidang kajian artikel tersebut diterbitkan.

Tentu pelik jika ada satu artikel chemistry analisis dgn barisan pengarang, terselit satu nama pengarang dalam pendidikan kanak2 atau sejarah !
Bayangkan kalau artikel high impact sebelum publish ada VIVA cam thesis... panggil semua pengarang secara random?
Peringatan utk diri..
OT

Tajuk 860: Ini bukan GAP ker?

Ini bukan GAP utk diisi ke?
Dunia postgraduate adalah dunia intelectual... dunia research...dunia collaborate yg membawa kpd perubahan.
Atas dasar ini aku sering mcadangkan perubahan supaya PG dianggap fellow researcher mengganti hubungan tradisi expert-student. Expert dilihat berada dlm status quo elitis bbanding dgn student. Wpun ada expert yg kautim dgn student... tetapi itu bukanlah budaya main stream..
Mana boleh bro... TAK PERNAH ORG BUAT' cam tu... lagipun mesti ada 'GAP' antara expert dgn novis...
Yer ke? Ulang sekali lagi?
Sapa yang selalu pesan.... buat sesuatu yang TAK PERNAH ORG BUAT.... malah sibuk sungguh utk mengisi GAP - siapa? Abis kenapa tak boleh lah pulak? Inilah masanya nak buat yg org tak buat dan isi kelompongan antara expert-novice - isi GAP !!
Jgn tak tahu... berapa ramai expert tak tahu SEM AMOS.. Smart PLS juga EFA, CFA... asyik guna Chronbach alpha jer... sedang pelajar yang novis tu expert menggunakannya? Ini belum lagi PG yg expert dlm industri... bpuluh tahun mbina pengalaman... jadi manager for international company malah CEO.... sapa boleh nafikan?
Agak2 ramai tak yg tahu... enantiomer... chirality... stoichiometric... GE... fumigant.. stereogenic... shield effect ... hermeneutic... ?
Ini antara sbb publication top journal dan begitu juga nama pada poster pertandingan / exhibition research...mensyaratkn "no salutation" pd nama researchers lalu meletakkn kedudukn yg sama level kpd semua authors / researchers !
OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...