.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, April 22, 2016

Tajuk 855 - Pendidikan... sebenarnya utk siapa dan untuk apa?

Aku terfikir semasa di Adelaide, Australia… hampir semua pelajar Asia cemerlang diperingkat undergraduate berbanding dgn pelajar omputih… tetapi aku tak perasan pulak mereka ini cemerlang diperingkat postgraduate… sebab semua kajian yang hebat2 dimonopoli oleh pelajar omputih. Kenapa agaknya? Adakah kerana pelajar Asia termasuk Msia mmg hebat bila berhadapan dgn exam dalam sukatan pelajaran tetapi longlai dalam situasi open learning… membuat research dan berkomunikasi dgn pelbagai pihak? 

Aku hanya menulis berdasarkan catatan hidup. Aku hanya membuat observation diri dan anak-anak aku….khususnya yang berkaitan dengan exam orientation (EO). EO telah lama manjadi tulang belakang sistem pendidikan dan sebagai salah satu system ampuh yang diamalkan untuk “memaksa” pelajar menguasai skop silibus yang diajar.

Di Msia, kita memang hebat bila bab EO ni… sebab setiap masa ada exam atau test. Anak aku Nine yang tadikapun ada minggu ujian ! Nine pulak masa penyampaian hadiah pernah jadi antara best student di Smart Reader Kids kategori 4 tahun! Hadoii….

EO telah membawa banyak perbahasan. Aku sekadar menyentuh beberapa yang terlintas dibenak fikiran aku utk santapan petang ahad.

Pertama:
Soalan utk guru? Adakah anda lebih bseronok mengajar dgn EO?

Kedua:
Mempelajari utk tujuan exam bukan tujuan hakiki pendidikan. EO pada hemat aku telah “membantutkan” matlamat murni falsafah pendidikan negara (FPN). Niat FPN utk kembangkan potensi individu menyeluruh dan bersepadu spt satu fatamorgana kerana EO menjadikan “siapa yang boleh menjawap soalan peperiksaan dgn baik” lalu dinobatbatkan sebagai “insan berpotensi”.

Ketiga:
Setiap tahun ada live di TV, news, magazine… sampailah ke hari penyampaian hadiah… ucapan tahniah…. FB ibu bapa yang menunjukkan deretan As yang anak mereka perolehi... sehingga ada ibu yang aktif FB tiba2 menyepi kerana malu membaca post kawan2 yang anak mereka cemerlang... penonjolan sekolah terbaik…. pelajar terbaik…. lalu tanpa disedari menyentuh hati sebahagian besar ibu bapa yang anak mereka spt dikelompokkan dalam kumpulan tidak “berpotensi”.
Please... please... jgn lakukan lagi, anggaplah keputusan peperiksaan spt sesuatu yang natural… bukan dibanding2… berlawan2 antara sekolah.. antara kelas… antara keluarga… antara negeri. Jadikan exam sebagai summative evaluation peringkat sekolah dan individu pelajar utk mempertingkatkan prestasi pelajar buka satu pertandingan dan perbandingan! Carilah jalan lain utk menaikkan motivasi pelajar utk tersu berjaya...



Keempat:
EO telah menjadi satu kuasa ghaib yang menentukan “cara hidup pelajar” - apa yang patut “dia tahu” dan “apa yang tidak atas alasan tidak masuk exam”. EO mempunyai kuasa mendorong ibubapa bergolok bergadai utk “tiusyen”kan anak masing2…..lalu tumbuhlah berbagai kelas tuisyen bagai cendawan selepas hujan, ditambah dgn guru tahun peperiksaan bertungkus lumus membuat kelas tambahan sebagai manifestation dari EO. Malah ada ibu yang sanggup buat apa sahaja termasuk cuti setahun khas utk menjaga anak mereka mengambil peperiksaan
Kelima:
EO telah menjadikan sijil dengan deretan As lebih berharga dan dipandang mulia berbanding dgn batang tubuh tuan yang empunyai sijil. Kenapa? Hanya dgn melihat dereta As pada sijil…. seseorang terus boleh membuat kesimpulan siapa yang mereka anggap berpotensi, terbaik, layak memasuki IPT, layak mendapat pekerjaan yang baik, lebih dipercayai dan akan jadi orang baik2....
dll…

Keenam:
Tekanan EO memuncak bila wujud segelintir pelajar yang mencuba berbagai cara utk menipu dalam dewan peperiksaan… menghafal berbagai fakta hanya utk dilupakan selepas abis peperiksaan… sebahagian besar mengharapkan soalan “bocor” atau sekurang2nya “spot questions” yang menggambarkan betapa gawatnya jiwa mereka. Betapa ramai pelajar membuat latih tubi…menghafal teknik menjawab… mencari past year question …. Semua ini adalah pukulan EO… yang terpesong dari maksud asal falsafah pendidikan utk meningkatkan potensi diri pelajar…. Betulkan aku jika aku tersilap.

Ketujuh:
Sekali lagi…. EO telah menghasilkan satu environment yang kurang adil kepada at-risk students… yang “berpotensi” terus mendapat advantage accumulation maybe dari darjah satu sampai graduated…. yang “at-risk” dan kurang berpotensi terdedah kepada disadvantage accumulation… sekali tertinggal mungkin selamanya tertinggal !
Boleh tak bayangkan sekali anak kita berada di kelas corot hanya pada Tahun 2 sekolah rendah... terus kita terbayang masa depan yang gelap utk anak ini... air mata ibu mana yang tidak akan tergenang !

Kelapan:
Tiada masalah pelajar yang berjaya melalui system examination, disokong oleh environment keluarga yang supportive... Masalahnya, system ini juga telah membina jurang dalam pendidikan… antara segelintir yang berjaya dgn majority yang lainnya. Jurang ini semakin besar, dari sekolah rendah ke menengah…bila kelompok tercicir ini mula terpinggir lalu membawa masalah kepada sekolah…. malah ramai yang mula hilang harga diri sebagai pelajar…. OMG !

Kesembilan:
EO hanya dapat ukur satu quality sahaja – keupayaan menguasai algorithm supaya jawapan mengikut kehendak soalan. Dalam SPM anda belajar 9 subjek… apa terjadi apabila seorang pelajar sains umpamanya beralih ke jurusan lain spt law, management, IT? Semua yang dipelajari akhirnya akan lenyap bersama teori2 yang tak jejak didunia reality mereka ! Malah pelajar sains yang ambil mathematic pun selepas beberapa tahun akan kosonglah minda Kimia, Fizik dan Bio yang dipelajarinya dahulu. Ini berlaku kerana mereka disuapkan dgn silibus yang terlau banyak… then dilatih utk menghazamnya kerana OE.

Kesepuluh:
EO juga telah menjadi naga menelan konsep Sekolah Bestari, 1BestariNet dgn VLE Frog… kerana biaya infra yang terlalu mahal…. sedang hasilnya bukan utk EO.

Kesebelas:
EO menghasilkan symptom…. rejection spt stress, pressure, hilang focus, kecewa….dalam kalangan murid dan pelajar serta guru…. mengabaikan perbezaan bakat dan potensi murid hanya dgn satu nilaian yang dikatakan standard.

Kedua belas: Hormati usaha mereka
Pihak berwajib telah menjalankan tugas dalam skop kerja yang diberikan, tak perlulah dipersoalkan. Namun pandangan pihak ketiga, pandangan rakyat marhain spt aku cuba juga mencelah. Tentunya pihak berwajib masih membuka ruang di sana sini…

Ketiga belas: Maafkan aku sekali lagi
Aku sekadar bertanya…. menonjolkah semua pelajar dgn deretan As… yang mendapat segala kemudahan first class yang mereka perolehi sepanjang menjadi pelajar sampai ke menara gading? Maafkan aku… soalan yang sama juga tertimpa kepada aku dan anak2 aku?
Ada yang berkata – SPM bukan segala2nya tetapi SPM lah bermula segala2nya. Maknanya, tiadalah permulaan bagi mereka yang tiada deretan As ketika SPMnya? Adakah ini yang kita mahu dari sistem pendidikan?

Keempat belas: Sistem PTV
PTV adalah pendidikan teknik dan vokasional. Aku sgt hormati usaha kerajaan wujudkan kolej2 PTV dan kolej2 komuniti juga giat MARA dan IKBN bagi pelajar yang "tidak terbawa beban akademik". Namun jauh disudut hati aku ini.... memilih aliran PTV sepatutnya kerana kecenderungan dan minat, bukan kerana "telah tercicir" dari arus perdana EO. Bagi memujuk hati ... atleast ada tempat utk mereka ini dan diharapkan PTV akan terus dimajukan sehingga menjadi tempat pilihan.... utk syarikat2 besar mendapatkan tenaga mahir dan separuh mahir !

Kelima belas: Aku tak berkuasa…
Pasti ramai yang angkat kening… Apa aku boleh buat.. cakap bolehlah. Sebagai marhain, aku persembahkan apa yang aku faham dan pendapat aku. Dah lama aku kupas dalam pos2 lepas…. banyak jalan utk membina insan… exam adalah salah satu tetapi BUKAN satu2nya yang ultimate. Maybe kata2 aku tak berguna hari ini…. mana tahu, akan menjadi perbahasan masa depan… maybe bila aku dah tiada lagi di dunia fana ini… supaya pendidikan menepati maksud “mendidik” bukan “menjulang”….

OT 


Tajuk 854 - Mana dulu.. belajar research methodology atau buat proposal?

Aisey... soalan cam tupun nak tanya ker... mestilah blaja RM dulu… baru boleh buat proposal !
Betul ker?

Pertama:
Dunia PG dunia specific.. fokus dlm satu2 bidang kajian. Seseorang yang berminat katakan dalam multimedia utk pengajaran perlu terlebih dahulu tahu journal2 yang menerbitkan kajian2 multimedia dalam pendidikan dan cuba membuat review kajian2 yang dilakukan.
Jika peringkat PhD, mereka ini dah ada asas membuat kajian dan teori2 berkaitan. Jika tidakpun, mereka masih boleh merujuk buku2 teks research methodology yang bersepah di libraray... jika ingin memahami secara lanjut apa yang ditulis dalam jurnal2 yang mereka rujuk. Jika ada masalah, mereka boleh terus berbincang dgn SV. Oleh itu perlantikan SV tidak boleh ditangguh dan perlu dilantik sebaik sahaja semester bermula, sebab jika ada keperluan menukar SV atas sebab2 tertentu, boleh saja dilakukan selepas itu.



Kedua:
Selepas mengetahui (maybe belum memahami sepenuhnya) beberapa reka bentuk kajian melibatkan multimedia dalam pendidikan maka PG boleh mula merangka proposal ringkas. Dari sinilah perlu didalami lagi research methodology dan barulah kelas tersebut membawa “makna” yang khusus dalam skop kajian kajian yang ingin dijalan dan boleh berlaku soal jawab yang juga khusus sepanjang kelas tersebut berjalan.

Maka PG perlu bermula dgn draft proposal terlebih dahulu
Di RUOT memang inilah pendekatannya dgn matlamat proposal siap pada semester pertama.
Tapi..... lazim terdapat amalan membiarkan pelajar sampai 3 semester untuk menghabiskan beberapa courseworks wajib esp kelas research methodology, barulah dibenarkan mereka mula merangka proposal.

Soalan aku:
1. Apa yang mereka nak rangka jika yang dipelajari dalam research methodology adalah saranan2 umum utk kajian secara umum malah ada yang menggunakan buku teks research methodology yang pelajarpun boleh baca dan pinjam dari libraray?

2. Apa yang mereka nak rangka kalau sumber kajian dalam bidang sendiri tidak pernah dibaca, direview ?

3. Kelas research methodology tidak akan berkesan jika pelajar hanya mencatat nota spt kelas2 theory yang lain tanpa ada satu fokus utk difahami sepanjang kursus.

4. Tidakkah pelajar terasa tertekan selepas beberapa semester baru nak mula merangka proposal dan sebarang penolakan / kesalahan mungkin akan hanya membawa kepada “extension” semester?

OT

Tajuk 853 - Menjelaskan ayat yang kabur... peringatan santai...

Ayat pertama kabur dan boleh ditulis dengan lebih jelas spt contoh ayat berikutnya….sekadar beberapa contoh ringan...

- Kajian lepas selalunya menggunakan pendekatan konstruktivis…… 
- Terdapat beberapa kajian lepas seperti John (1999), Dick (2004) dan Matthews (2006) yang telah menggunakan pendekatan konstruktivis…..

- Teori X adalah teori yang terkini dalam pendidikan …. 
- Teori X adalah teori tingkahlaku yang dikemukakan pada 2014 ….
- Teknik persampelan yang dikemukakan dalam kajian ini adalah berbeza dari teknik persampelan kajian terdahulu.
- Teknik persampelan yang dikemukakan dalam kajian ini berbeza dengan teknik persampelan kajian terdahulu (seperti John, 2006; Azli, 2007) dari aspek umur sampel yang dipilih….

- Pendekatan X didapati telah meningkatkan skor motivasi pelajar lelaki dan perempuan. Ini bermakna…
- Pendekatan X didapati telah meningkatkan skor pelajar lelaki dan perempuan. Peningkatan skor ini bermakna….

- Kita semua ketahui bahawa variabel X dipengaruhi oleh….
- Kajian oleh X dan Y (2003) menunjukkan bahawa variabel X dipengaruhi oleh….

- Kajian mesti mengambil kira faktor seperti X, Y dan lain-lain dalam …. 
- Faktor X dan Y adalah dua faktor utama afektif yang mesti diambil kira dalam kajian …

- Penyelidik X (2003) dan Y (2007) mendakwa bahawa… 
- Dapatan dari kajian X (2003) dan Y (2007) menunjukkan bahawa….

Pandai2lah apply dalam penulisan anda..

OT

Tajuk 852 - Menjelaskan ayat yang kabur... peringatan santai... Bhg 2

1. Penulisan metodologi kurang jelas 
Kajian ini adalah kajian eksperimen bertujuan untuk menguji kesan faktor kaedah pengajaran terhadap pencapaian pelajar. Kumpulan eksperimen didedahkan kepada kaedah persembahan multimedia manakala kumpulan kawalan didedahkan kepada kaedah pengajaran konvensional. Kedua-dua kumpulan ini menduduki ujian pra dan ujian pasca.

Cadangan penulisan metodologi lebih jelas 
Kajian ini adalah kajian eksperimen yang menggunakan reka bentuk ujian pra dan ujian pasca dengan kumpulan kawalan. Kajian ini menguji kesan faktor kaedah pengajaran (konvensional, multimedia) terhadap pencapaian pelajar dalam ujian sains. Kumpulan eksperimen di dedahkan kepada kaedah pengajaran konvensional dengan bantuan persembahan bahan multimedia manakala kumpulan kawalan hanya didedahkan kepada kaedah pengajaran konvensional. Kedua-dua kumpulan ini menduduki ujian pra dan
kemudiannya mengikuti sesi pengajaran 4 jam seminggu selama enam minggu. Selepas tempoh tersebut, kedua-dua kumpulan kemudiannya menduduki ujian pasca.


2. Penulisan teknik persampelan kurang jelas 
Populasi kajian terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu di 40 Maktab Rendah Sains MARA seluruh Malaysia. Pemilihan sampel menggunakan kaedah persampelan kluster iaitu pembahagian empat zon - Timur, Barat, Utara dan Selatan. Pemilihan sampel kajian adalah seramai 400 untuk tujuan kajian.

Cadangan penulisan teknik persampelan lebih jelas
Populasi kajian terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu di 40 Maktab Rendah Sains MARA seluruh Malaysia iaitu seramai 5000 orang. Pemilihan sampel menggunakan kaedah persampelan kluster melalui pembahagian 10 buah MRSM bagi setiap empat zon - Timur, Barat, Utara dan Selatan. Kemudian seramai 10 pelajar dipilih dari setiap sekolah di setiap zon, menjadikan 400 pelajar yang mewakili empat zon. Pemilihan sampel kajian seramai 400 melebihi bilangan saiz sampel mengikut keperluan setelah merujuk jadual persampelan yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970) iaitu seramai 357 bagi populasi seramai 5000 orang. Pemilihan sampel menggunakan teknik kluster ini sesuai kerana semua pelajar Tingkatan Satu yang diterima masuk ke MRSM mempunyai ciri-ciri yang setara dari segi umur dan pencapaian akademik.

OT

Tajuk 851 - What is an impactful PhD / master research?

IF bmakna impact factor bagi sesuatu journal. Impact disini merujuk kepada bilangan scholar yang cited journal tersebut.. Maka impactful research bagi PhD / master perlu difokuskn kpd aspect ini - berpotensi diterbitkan dalam high impact journal.

Oleh kerana research PhD / master wajib (atau digalakkan) utk publication.... maka impact research tersebut dapat dinilai jika diterbitkn dlm journal berimpact tinggi atau atleast Q4.

Jadi impact bagi research PhD / master mesti difokus kpd potensi utk dirujuk (cited) oleh scholar setelah diterbitkn dlm high impact journal... BUKAN spt yg didakwa supaya ada impact kpd society apatah lagi impact dan implikasi pd polisi... 



Tak guna meletop2 menulis dan mdakwa impak dan implikasi kpd polisi (spt itu satu kewajipan) dlm thesis tapi gagal diterima utk publication wpun Q4... atau impact ditekankan mesti kepada society / polisi (sedang ia tidak berlaku kerana tidak dilakukan pun !). 

Penat jugak aku nak jelaskan benda2 basic macam ni... kenapalah tak tahu nak bezakan impak scholar research PhD / Master dengan impak kajian oleh expert. Malah... banyak juga kajian expert (dgn geran ratusan ribu serta team up dgn beberapa experts lain) yang hanya berakhir dalam bentuk artikel tanpa memberi apa2 impak kepada society apatah lagi implikasi kepada polisi...

Kajian Einstein yang dasyat impaknya pun terlebih dahulu diterbitkan dalam artikel berikut.. bukan terus didakwa impaknya pada society dan polisi makers... hadoii...

A. Einstein (1916). "Die Grundlage der allgemeinen Relativit√§tstheorie". Annalen der Physik. 354 (7): 769–822. 

OT

Tajuk 850 - Mengejar ranking dunia dgn high impact journal ?

Anda perlu baca ini..... apa yang berlaku di RUOT ?

Berjuta RM dalam bentuk geran dan budget diberikn kepada IPTA saban masa... dan sebahagian besar duit tersebut berakhir dalam bentuk artikel low impact journals. Bila ranking uni disandarkan kpd high impact journal, maka semua IPTA berlomba2 untuk mencapai high impat journals - maka byk masa diperuntukkan utk menyiapkan artikel dan menunggu2 peluang utk mendapat Q1 misalnya. Bila dapat sahaja Q1, maka tersenyum lebarlah semuanya... jika tidak...masa dan duit terbuang.... berusahalah lagi.

Keadaan ini tidak wujud di Rembau University of Trust (RUOT). RUOT adalah satu2 IPT yang tidak hairan utk mengejar high impact journal sebagai satu amalan. RUOT hanya mensyaratkan setiap research mestilah berkolaborasi dgn agensi, industri, ministry atau organisasi yang releven bagi mengkaji "real problem" dalam society. 

- Dalam bidang education misalnya, fakulti di RUOT akan berkolaborasi dgn agensi membina software atau syarikat komputer atau perisian utk mengkaji isu VFrog misalnya. 
- Fakulti human ecology pula misalnya berkolaborasi dgn JHEOA utk mengkaji sikap anak2 orang asli terhadap pendidikan dan kerjaya masa depan mereka. 
- Fakulti Sejarah berkolaborasi dengan muzium negara untuk mengenalpasti kesahihan kisah2 dalam sejarah Malaysia. 
- Fakulti Alam Sekitar berkolaborasi dengan Syabas untuk membina alat mengesan bahan asing (spt heavy metal) dalam air paip... dan seterusnya. Inilah corak kajian di RUOT.

Maka.... secara tidak lansung.... dapatan kajian di RUOT tentunya mempunyai impact tinggi hasil kolaborasi tersebut lalu memudahkan dapatan kajian diterbitkan dalam high impact journals disamping mempunyai direct societal impact. 

Bukankah cara ini lebih mudah, straight forward - kajian di RUOT bukan sahaja ada societal impact malah berkemungkinan besar dapat diterbitkan dalam high impact journal... malah kalau tidak berjaya mendapat tempat di high impact journal sekalipun... impact pada society tetap ada.... bukankah ini lebih aulia?

Sementara itu kajian akademik master disyaratkn terbit 2 jurnal utk dihantar ke MyJurnal sebagai menyokong jurnal tempatan dan PhD pula 3 jurnal... 1 dgn MyJurnal dan 2 lagi atleast Q3 dan Q4 atau setara. Semua PG diberikn training penulisan jurnal semasa break 1st semester... tak ada hal punya.. tambahan ada 2 pegawai mat salleh bkerja diunit editing dan proofreading.

Wassalam

OT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...