.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, April 22, 2016

Tajuk 855 - Pendidikan... sebenarnya utk siapa dan untuk apa?

Aku terfikir semasa di Adelaide, Australia… hampir semua pelajar Asia cemerlang diperingkat undergraduate berbanding dgn pelajar omputih… tetapi aku tak perasan pulak mereka ini cemerlang diperingkat postgraduate… sebab semua kajian yang hebat2 dimonopoli oleh pelajar omputih. Kenapa agaknya? Adakah kerana pelajar Asia termasuk Msia mmg hebat bila berhadapan dgn exam dalam sukatan pelajaran tetapi longlai dalam situasi open learning… membuat research dan berkomunikasi dgn pelbagai pihak? 

Aku hanya menulis berdasarkan catatan hidup. Aku hanya membuat observation diri dan anak-anak aku….khususnya yang berkaitan dengan exam orientation (EO). EO telah lama manjadi tulang belakang sistem pendidikan dan sebagai salah satu system ampuh yang diamalkan untuk “memaksa” pelajar menguasai skop silibus yang diajar.

Di Msia, kita memang hebat bila bab EO ni… sebab setiap masa ada exam atau test. Anak aku Nine yang tadikapun ada minggu ujian ! Nine pulak masa penyampaian hadiah pernah jadi antara best student di Smart Reader Kids kategori 4 tahun! Hadoii….

EO telah membawa banyak perbahasan. Aku sekadar menyentuh beberapa yang terlintas dibenak fikiran aku utk santapan petang ahad.

Pertama:
Soalan utk guru? Adakah anda lebih bseronok mengajar dgn EO?

Kedua:
Mempelajari utk tujuan exam bukan tujuan hakiki pendidikan. EO pada hemat aku telah “membantutkan” matlamat murni falsafah pendidikan negara (FPN). Niat FPN utk kembangkan potensi individu menyeluruh dan bersepadu spt satu fatamorgana kerana EO menjadikan “siapa yang boleh menjawap soalan peperiksaan dgn baik” lalu dinobatbatkan sebagai “insan berpotensi”.

Ketiga:
Setiap tahun ada live di TV, news, magazine… sampailah ke hari penyampaian hadiah… ucapan tahniah…. FB ibu bapa yang menunjukkan deretan As yang anak mereka perolehi... sehingga ada ibu yang aktif FB tiba2 menyepi kerana malu membaca post kawan2 yang anak mereka cemerlang... penonjolan sekolah terbaik…. pelajar terbaik…. lalu tanpa disedari menyentuh hati sebahagian besar ibu bapa yang anak mereka spt dikelompokkan dalam kumpulan tidak “berpotensi”.
Please... please... jgn lakukan lagi, anggaplah keputusan peperiksaan spt sesuatu yang natural… bukan dibanding2… berlawan2 antara sekolah.. antara kelas… antara keluarga… antara negeri. Jadikan exam sebagai summative evaluation peringkat sekolah dan individu pelajar utk mempertingkatkan prestasi pelajar buka satu pertandingan dan perbandingan! Carilah jalan lain utk menaikkan motivasi pelajar utk tersu berjaya...



Keempat:
EO telah menjadi satu kuasa ghaib yang menentukan “cara hidup pelajar” - apa yang patut “dia tahu” dan “apa yang tidak atas alasan tidak masuk exam”. EO mempunyai kuasa mendorong ibubapa bergolok bergadai utk “tiusyen”kan anak masing2…..lalu tumbuhlah berbagai kelas tuisyen bagai cendawan selepas hujan, ditambah dgn guru tahun peperiksaan bertungkus lumus membuat kelas tambahan sebagai manifestation dari EO. Malah ada ibu yang sanggup buat apa sahaja termasuk cuti setahun khas utk menjaga anak mereka mengambil peperiksaan
Kelima:
EO telah menjadikan sijil dengan deretan As lebih berharga dan dipandang mulia berbanding dgn batang tubuh tuan yang empunyai sijil. Kenapa? Hanya dgn melihat dereta As pada sijil…. seseorang terus boleh membuat kesimpulan siapa yang mereka anggap berpotensi, terbaik, layak memasuki IPT, layak mendapat pekerjaan yang baik, lebih dipercayai dan akan jadi orang baik2....
dll…

Keenam:
Tekanan EO memuncak bila wujud segelintir pelajar yang mencuba berbagai cara utk menipu dalam dewan peperiksaan… menghafal berbagai fakta hanya utk dilupakan selepas abis peperiksaan… sebahagian besar mengharapkan soalan “bocor” atau sekurang2nya “spot questions” yang menggambarkan betapa gawatnya jiwa mereka. Betapa ramai pelajar membuat latih tubi…menghafal teknik menjawab… mencari past year question …. Semua ini adalah pukulan EO… yang terpesong dari maksud asal falsafah pendidikan utk meningkatkan potensi diri pelajar…. Betulkan aku jika aku tersilap.

Ketujuh:
Sekali lagi…. EO telah menghasilkan satu environment yang kurang adil kepada at-risk students… yang “berpotensi” terus mendapat advantage accumulation maybe dari darjah satu sampai graduated…. yang “at-risk” dan kurang berpotensi terdedah kepada disadvantage accumulation… sekali tertinggal mungkin selamanya tertinggal !
Boleh tak bayangkan sekali anak kita berada di kelas corot hanya pada Tahun 2 sekolah rendah... terus kita terbayang masa depan yang gelap utk anak ini... air mata ibu mana yang tidak akan tergenang !

Kelapan:
Tiada masalah pelajar yang berjaya melalui system examination, disokong oleh environment keluarga yang supportive... Masalahnya, system ini juga telah membina jurang dalam pendidikan… antara segelintir yang berjaya dgn majority yang lainnya. Jurang ini semakin besar, dari sekolah rendah ke menengah…bila kelompok tercicir ini mula terpinggir lalu membawa masalah kepada sekolah…. malah ramai yang mula hilang harga diri sebagai pelajar…. OMG !

Kesembilan:
EO hanya dapat ukur satu quality sahaja – keupayaan menguasai algorithm supaya jawapan mengikut kehendak soalan. Dalam SPM anda belajar 9 subjek… apa terjadi apabila seorang pelajar sains umpamanya beralih ke jurusan lain spt law, management, IT? Semua yang dipelajari akhirnya akan lenyap bersama teori2 yang tak jejak didunia reality mereka ! Malah pelajar sains yang ambil mathematic pun selepas beberapa tahun akan kosonglah minda Kimia, Fizik dan Bio yang dipelajarinya dahulu. Ini berlaku kerana mereka disuapkan dgn silibus yang terlau banyak… then dilatih utk menghazamnya kerana OE.

Kesepuluh:
EO juga telah menjadi naga menelan konsep Sekolah Bestari, 1BestariNet dgn VLE Frog… kerana biaya infra yang terlalu mahal…. sedang hasilnya bukan utk EO.

Kesebelas:
EO menghasilkan symptom…. rejection spt stress, pressure, hilang focus, kecewa….dalam kalangan murid dan pelajar serta guru…. mengabaikan perbezaan bakat dan potensi murid hanya dgn satu nilaian yang dikatakan standard.

Kedua belas: Hormati usaha mereka
Pihak berwajib telah menjalankan tugas dalam skop kerja yang diberikan, tak perlulah dipersoalkan. Namun pandangan pihak ketiga, pandangan rakyat marhain spt aku cuba juga mencelah. Tentunya pihak berwajib masih membuka ruang di sana sini…

Ketiga belas: Maafkan aku sekali lagi
Aku sekadar bertanya…. menonjolkah semua pelajar dgn deretan As… yang mendapat segala kemudahan first class yang mereka perolehi sepanjang menjadi pelajar sampai ke menara gading? Maafkan aku… soalan yang sama juga tertimpa kepada aku dan anak2 aku?
Ada yang berkata – SPM bukan segala2nya tetapi SPM lah bermula segala2nya. Maknanya, tiadalah permulaan bagi mereka yang tiada deretan As ketika SPMnya? Adakah ini yang kita mahu dari sistem pendidikan?

Keempat belas: Sistem PTV
PTV adalah pendidikan teknik dan vokasional. Aku sgt hormati usaha kerajaan wujudkan kolej2 PTV dan kolej2 komuniti juga giat MARA dan IKBN bagi pelajar yang "tidak terbawa beban akademik". Namun jauh disudut hati aku ini.... memilih aliran PTV sepatutnya kerana kecenderungan dan minat, bukan kerana "telah tercicir" dari arus perdana EO. Bagi memujuk hati ... atleast ada tempat utk mereka ini dan diharapkan PTV akan terus dimajukan sehingga menjadi tempat pilihan.... utk syarikat2 besar mendapatkan tenaga mahir dan separuh mahir !

Kelima belas: Aku tak berkuasa…
Pasti ramai yang angkat kening… Apa aku boleh buat.. cakap bolehlah. Sebagai marhain, aku persembahkan apa yang aku faham dan pendapat aku. Dah lama aku kupas dalam pos2 lepas…. banyak jalan utk membina insan… exam adalah salah satu tetapi BUKAN satu2nya yang ultimate. Maybe kata2 aku tak berguna hari ini…. mana tahu, akan menjadi perbahasan masa depan… maybe bila aku dah tiada lagi di dunia fana ini… supaya pendidikan menepati maksud “mendidik” bukan “menjulang”….

OT 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...