.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, April 22, 2016

Tajuk 852 - Menjelaskan ayat yang kabur... peringatan santai... Bhg 2

1. Penulisan metodologi kurang jelas 
Kajian ini adalah kajian eksperimen bertujuan untuk menguji kesan faktor kaedah pengajaran terhadap pencapaian pelajar. Kumpulan eksperimen didedahkan kepada kaedah persembahan multimedia manakala kumpulan kawalan didedahkan kepada kaedah pengajaran konvensional. Kedua-dua kumpulan ini menduduki ujian pra dan ujian pasca.

Cadangan penulisan metodologi lebih jelas 
Kajian ini adalah kajian eksperimen yang menggunakan reka bentuk ujian pra dan ujian pasca dengan kumpulan kawalan. Kajian ini menguji kesan faktor kaedah pengajaran (konvensional, multimedia) terhadap pencapaian pelajar dalam ujian sains. Kumpulan eksperimen di dedahkan kepada kaedah pengajaran konvensional dengan bantuan persembahan bahan multimedia manakala kumpulan kawalan hanya didedahkan kepada kaedah pengajaran konvensional. Kedua-dua kumpulan ini menduduki ujian pra dan
kemudiannya mengikuti sesi pengajaran 4 jam seminggu selama enam minggu. Selepas tempoh tersebut, kedua-dua kumpulan kemudiannya menduduki ujian pasca.


2. Penulisan teknik persampelan kurang jelas 
Populasi kajian terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu di 40 Maktab Rendah Sains MARA seluruh Malaysia. Pemilihan sampel menggunakan kaedah persampelan kluster iaitu pembahagian empat zon - Timur, Barat, Utara dan Selatan. Pemilihan sampel kajian adalah seramai 400 untuk tujuan kajian.

Cadangan penulisan teknik persampelan lebih jelas
Populasi kajian terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu di 40 Maktab Rendah Sains MARA seluruh Malaysia iaitu seramai 5000 orang. Pemilihan sampel menggunakan kaedah persampelan kluster melalui pembahagian 10 buah MRSM bagi setiap empat zon - Timur, Barat, Utara dan Selatan. Kemudian seramai 10 pelajar dipilih dari setiap sekolah di setiap zon, menjadikan 400 pelajar yang mewakili empat zon. Pemilihan sampel kajian seramai 400 melebihi bilangan saiz sampel mengikut keperluan setelah merujuk jadual persampelan yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970) iaitu seramai 357 bagi populasi seramai 5000 orang. Pemilihan sampel menggunakan teknik kluster ini sesuai kerana semua pelajar Tingkatan Satu yang diterima masuk ke MRSM mempunyai ciri-ciri yang setara dari segi umur dan pencapaian akademik.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...