.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, November 28, 2015

Tajuk 809 - Tesis cepat tak ada kualiti dan tak matang?

Berikut pernyataan yang selalu aku terima dari calon2 PhD...

“Thesis yang siap cepat selalunya kurang berkualiti”

Ye ke?

Pertama: Lambat atau cepat?
Ini logic yang kurang tepat. Kualiti thesis lebih logic dikaitkan dengan (i) isu yang dipilih yang ada urgency, significant dan novel (i) LR yang kritis (iii) ketepatan / kesesuaian pemilihan research design, termasuk analisis data (iv) perbincangan yang menyeluruh… bukan cepat atau lambat.
Maka, tentulah kurang sihat, kalau ada calon PhD yang pilih “lambat” berbanding “cepat”... sbb itu ada gesaan utk GOT - got it ? Ini bukan mcm makan sahur.... lagi lambah lg byk pahala.

Kedua: Matang?
Apa yang matang dan tak matang? Umur atau isi thesis? Kalau umur tentulah dah terlajak matang, maka tentulah yang matang tahu menyediakan isi yang juga matang. Apa pulak isi yang matang tu. Tentulah berbalik kepada yang pertama di atas.

Ketiga: Had masa
Kenapa PhD ada had masa – dulu 4 tahun, sekarang 3 tahun. Ini kerana keperluan asas menyediakan thesis yang matang adalah artikel dan buku2 yang berkualiti, yang jauh lebih mudah diperolehi sekarang.

Kalau dulu, 30 artikel perlukan 3 bulan, sekarang maybe 3jam….3 hari atau 3 minggu jer. Kalau ada budget, 30 minit pun boleh dapat artikel tersebut. Yang tak dapat, boleh pula minta library carikan atau minta dari sumber lain termasuk kawan2 di obersi. Dulu mana ada Mendeley… now semua dah online.

Setakat buku… kalau library xada, AMAZON sedia menunggu. Buatlah sedikit pelaburan. Boleh saja share sesama kawan2.

Contoh mudah buku Discovering Statistics with SPSS (Andy Field) satu buku yang lengkap dan awesome… mudah dfahami berharga 58 Pound = RM377 sedang yg ada biasiswa dapat lebih dari itu, malah boleh beli lagi beberapa artikel yang power2…. Bacalah 100 buku statistics social science yg lain... xsama dgn 1 buku Andy Field !

Jadi bacalah artikel dan bahan berkualiti... sehingga memahami dan mampu memberikan argument yang baik.... bukan mesti baca sampai ribu2... takut makin kelabu...

Keempat: 
Kalau bermula lewat, mana nak sempat matang. Sebab itu, aku suruh mulakan bacaan, penulisan wpun belum mendaftar lagi. Dulu mana kelas SPSS, AMOS, PLS, Atlas.ti di IPTA mahupun diluar IPTA utk analisis data, so joinlah mana2 yang patut seawal semester 1.

Xtahu mana satu nk ikut? Tulah... ada FB penuh gambar selfie... dari hujung tudung sampai hujung kaki... cerlah tanya kawan yg dah graduasi...

Ingat bro.... anda mungkin abiskn 3 bulan tak faham2 sesuatu yg boleh anda kuasai dlm sehari dgn hadiri bengkel ! Kalau tunggu, bilanya nak matang… yg lelaki tu jgn pula cari alasan nk tunggu wife abis pantang !

Yang dah daftar, boleh saja bermula esok harinya. Kenapa tunggu abis 1 semester baru nak mula…. Lambat bermula bukan bermakna matang.

Kelima:
Segala2 bermula dgn proposal yang baik... jadi belajarlah camner nak buat proposal. Paling tidak, ada 5, 6 proposal dalam bidang yang releven…. dan kalau dapat thesis lagi baik. Baca dan familiarize dan dapatkan idea, format dll utk menyediakan proposal.

Semua ni boleh pinjam di pusat sumber jabatan / library masing-masing. Kalau tak mula menulis, bila nak matang? Kalau main trial-n-error… tanpa panduan… ini bukan menjamin kualiti… ini menjamin anda memanjang jer tak reti !

Keenam:
MS Word tu word processor… berdesup boleh tulis thesis. Abis kalau dah guna Word pun macam typewriter electric… nak guna navigation xtahu…. split xtahu… cross-references xtahu… break page xreti… style xtahu…. Insert caption tak reti… nak customize TOC xtahu…. Grouped object xtahu…. yang tahu adalah menaip macam ayam patuk beras…. oghe kato boleh mampus keras !

Ketujuh:
Kalau nak edit pulak…. berpusing2 macam gasing… sampai pening sedang yang nak edit tu simple jer tapi jadi bersimpul-simpul ! Ini bukan matang… ini dinamakan ……. (maaf idea xdatang)

Kelapan:
Kalau dah 5, 6, 7 tahun tak siap2…. Itu aku fikir bukan matang…. itu trang tang tang…
Ini xtermasuk yg lambat siap kerana ditimpa musibah.. instrument meletup... sakit..... SV pindah uni.... yg kes cenggini.. kita simpati...

Kesembilan:
PhD hanya permulaan utk matang. Teruskan buat research... sampai tahap Prof... dan expert.... tapi percayalah ... tiada noktah pd istilah matang dlm dunia research kerana sifat knowledge yg terus bkembang...

Ke10
Itu jer nak tulis sebelum aku tido… maaf kalau tajuk post ni tak berapa nak kena.... sebab tajuk tu untuk orang2 yang matang ... oppsss... wife dah datang.... minta ditatang.... bye

OT

Tajuk 808 - Research Gap.... pulak dah >

Disatu meja disebuah cafe di Canselori.... berlaku perbualan berikut yang bicarakan research gap spt definisi dalam photo. Tqvm yang berikan definisi tersebut....

X: Adakah ini bermakna kajian yang dibuat wpun telah diterima dan published dalam artikel masih ada kelompongan sana sini.

Y: Aah.... kelompongan tu apa yang kajian lepas tu tak buat lagi.

X: Mana u tahu apa yang tidak dibuat lagi?

Y: Sebab tu kena baca sampai 1000 artikel baru tahu, kat mana kelompongan tu...

X: Camner nak cari tu... sampai 1000 artikel nak baca?

Y: Yang itu pandai2 sendirilah.... bacaaaaa jer.. baca dan baca dan baca.... sampai cukup.... sampai jumpa kelompongan, yang tak dibuat lagi..

X: O... camtu plak.... abis kalau cari yang tak dibuat lagi… macamana u nak tulis LR kalau yang u buat tu belum dibuat lagi?

Y: Bukanlah macam tu…. maybe dah dibuat tapi kita buat pulak dalam konteks berbeza….

X: Hah? Dah ubah pulak definisi kelompongan? Iskhh.... kenapa pulak u nak buat konteks yang berbeza?

Y: Sebab itu tak dibuat lagi?

X: Tu jer sebabnya? Ic....

Y: Aah.... kadang2 bukan saja ubah konteks…. maybe guna variable yang tak digunakan lagi.

X: Memanglah kajian lepas tak guna, sebab mereka guna apa yang berkaitan dgn kajian mereka sahaja, apa kena mengena dgn variable lain. Kenapa pulak u nak guna variable yang lain?

Y: Kita ubahlah kajian sikit dan guna variable lain.

X: O… maksudnya kelompongan tu yang kajian lepas tak buat macam tu…. memanglah dia buat kajian yang dia buat tu, sampai published… tentulah dia tak buat apa yang u fikir u nak buat. Ini bukan kelompongan, ini u saja nak ubah2…tak yahlah susah2 nak baca sampai 1000 artikel

Y: Ala u tak faham maksud research gap tu…

X: Abis signifikan dan novelty camner pulak?

Y: Kalau dah jumpa gap macam ubah konteks dan variable… itulah kajian yang signifikan dan ada novelty yang bukan duplikasi..

X: Setakat tukar konteks… atau setakat guna variable lain ada jaminan ke signifikan dan novel, atau publisable?
Bagaimana pulak jika ada isu semasa yg terkini dan terhangat berlaku dalam bidang kajian u.... nak kena cari kelompongan dulu jugak ker? Kena baca 1000 artikel dulu ker?

Atau jika ada keperluan utk revised instrument pulak... itu pun kena baca jugak ke 1000 artikel dan cari kelompongan dulu?

Y: Alamak.... susah lah nak explain dgn U ni…

X: Kenapa susah nak explain?

Y: Kalau senang bukan PhD namanya…

X: Pulak dah ?

OT

Tajuk 807 - 12 sbb anda boleh berbangga dapat MAJOR CORRECTION (MC) !

Dalam bengkel aku di Canselori Universiti Putra Malaysia semalam, aku menyatakan bahawa calon2 PhD dan Master boleh berbangga wpun di ANUGERAHKAN MAJOR CORRECTION (MC) semasa viva, bukan minor !

Kenapa?

Pertama: 
Anda menulis tesis tentunya dgn baik dan berharap utk lulus dgn cemerlang dan maybe dapat minor correction. Namun… tiada siapa boleh memberi jaminan panel pemeriksa akan memberikan anda minor correction… wpun SV anda berpuas hati dgn hasil kerja anda, namun tidak kepada panel penilai / examiners - yg mungkin bbeza school of thought.. atau memang strict !!

Kedua:
Jadi, kalaupun dapat MC, anda patut berbangga kerana hasil kerja anda telah disemak, dinilai dan dibetulkan "dgn strict" oleh panel yang tersangatlah pakarnya.... atau kerana ada sesuatu yang anda overlooked - ini bukan sesuatu yang perlu ditakutkan.. macam cabut gigi yang bermasalah bro... . Anggaplah anda bertuah kerana dapat panel yang begitu prihatin sehingga meneliti segala aspek kajian dan tesis anda, lalu dianugerah MC.... bukankah ini part and partial dari proses menyiapkan thesis yang berkualiti !

Ketiga:
Oleh kerana tiada jaminan anda akan dapat major atau minor, kenapa nak resah, asalkan SV anda telah menerima tesis anda sebagai sesuatu yang menepati standard yang diperlukan, submit jer lah, jgn tunggu lama2.

Keempat:
Lebih baik submit 3 tahun then dapat MC dari submit 4 tahun tetapi tiada jaminan pun nak dapat minor correction. Silap2…. yang 3 tahun dapat minor…. yang 4 tahun dapat major - perghh !

Kelima:
Key word disini adalah – selesaikan kajian dan penulisan dgn cepat, submit dgn cepat dan jika ada dapat MC pun, anda boleh betulkan dgn cepat. Walaupun anda diberi masa 6 bulan utk correction, buat dalam masa 2 bulan dah lah. Then SV akan semak pembetulan tersebut….no big deal bro !

Keenam:
Jika ditakdirkan anda mendapat MC… anda patut berbangga kerana
a. berjaya menyiapkan tesis dalam tempoh yang ditetapkan atau lebih cepat
b. disemak dgn comprehensive oleh panel sehingga menjadikan kajian dan tesis anda lebih mantap
c. ,berpeluang belajar memurni dan memantapkan kajian dan penulisan anda sendiri
d. tesis anda menjadi lebih sempurna tanpa perlu menunggu lebih lama lagi utk disempurnakan
e. yakin dgn method, teori, analisis anda kerana telah di overhaul oleh panel
f. anda boleh menulis artikel dgn baik setelah mendapat MC dan membuat correction !

Ketujuh:
Jgn salah faham. Aku bukan nak suruh anda buat cincai2 then dapat MC atau resubmission tapi buatlah sehabis baik… katakan 2.5 tahun utk PhD, then cepat2 submit dan wpun ditakdirkan mendapat MC… anda telahpun diberi panduan dalam bentuk laporan, apa yang perlu diperbetulkan... ikut jer lah !

Kelapan:
Ringkasnya, tak perlu tunggu tesis anda SEMPURNA kerana anda sendiri tidak tahu KESEMPURNAAN tesis anda sehngga dinilai oleh pihak ke tiga !

Kesembilan:
Sempadan minor atau major correction pun bukannya jelas. Jadi jgn ler bangga dapat minor... belum tentu akhirnya thesis anda tersebut lebih baik dari yg dapat major.

Kesepuluh:
Jeng... jeng... jeng.... cubo tanyo Prof yang jadi SV... kalau lambek dan mengelat nak jawab... tu tando diopun dapek MC maso buek PhD dulu. Now dio dah jadi expert dan tersohor ... so tak do hal punyo...

Kesebelas
Mperbaiki thesis dari komen2 mbina adalah proses pbelajaran bterusan kerana selagi xgraduate selagi itu anda belajar dan menimba pengalaman.... maka proses viva adalah proses belajar dan apa sahaja keputusannya termasuk MC adalah sesuatu yang perlu utk pembelajaran....

Duabelas:
Tersangatlah susahnya utk gagal dan rare sangat utk dpt resubmission bila SV kata dah boleh submit.... so dont worry baby ... I luv u all !

OT

Tajuk 806 - Anda baru dalam dunia PG? 5 tips pembuka langkah !

Pertama: Kaji tesis terdahulu
Jika anda baru dalam dunia PG…. ketahuilah, apa yang ada dalam kepala anda tidak penting. Apa yang penting adalah apa yang anda tulis dlm tesis anda.

Tesis adalah segala2nya dalam dunia PhD. Maka eloklah yang masih baru, meminjam 3, 4 thesis dalam bidang kajian yang sama dgn anda…. berkenalan dgn format, heading-heading utama, cara menulis in-text citation, direct quotation, jadual, rajah, mendapatkan feel terlebih dahulu. Elakkan kesalahan bodoh (silly mistakes)... takut penulisnya juga dianggap tak brapa nak cerdik.
Teliti juga cara penulisan LR dan bagaimana ayat2 disintesis. Luangkan masa, 2, 3 hari membaca sambil meneliti semua aspek tersebut, supaya kurangkan kesilapan ketika mula menulis.

Kedua: The sense of urgency 
Sebagai calon master / PhD, wpun baru 1st semester... anda perlu ada perasaan “the sense of urgency” bukan “ the sense of last minute". Perasaan the sense of urgency akan menyebabkan anda merasa sgt bergantung kpd keperluan menyiapkan tesis dgn cepat.... sementara the sense of last minute cuba memberikan anda justifikasi.... lambat2 pun siap juga.... macam orang lain.
Percayalah...anda tak layak membuat thesis jika ada tak ada perasaan the sense of urgency ini... sebab PhD tak sesuai utk mereka yang kaki lengah, atau kaki tergedik2 tapi kerja tak jadik.

Ketiga: Kena berlagak! 
Bila anda dapat sikit jer pengetahuan baru atau bila dah buat progress spt berjaya kumpulkan journal dll…. kena menunjuk2…. dengan tujuan baik. Masukkan dalam fesbuk dan beritahu kawan2 anda yang anda telahpun dapat buat sekian2 sebagai satu trick anda memaksa diri anda meningkatkan apa yang anda dah capai.
Bila dah capai sasaran... war2 lagi sasaran baru..... biar sentiasa ada pressure utk anda sendiri mcapai sasaran baru sbb dah diwar2kan... org kampung semua dah tahu.... itu motifnya...... dan biar kawan2 anda terlopong kehairanan melihat cepatnya progress anda, dan dalam masa yang sama envy utk meniru anda!

Keempat: Jatuh cinta buat kedua kali
Buat PhD kena jatuh cinta dgn dunia research. Apa rasa bila jatuh cinta? Katalah anda nak baca 10 pages buku statistics Andy Field untuk fahamkan multiple regression, setakat 10 pages tu macam terasa baca 1 page jer…. malah masa 2 jam memahaminya spt 2 minit ! Tak sabar2 lagi nak tahu bab2 yang lain pulak… macam benci tapi rindu ! Itu baru bercinta... soo sweet ! Kalau 2 minit terasa 2 jam… itu benci sebenci2nya ! Menguap jerlah kerja kau wpun baru bangun tido !

Kelima: Blok masa / hari
Blok masa yang mencukupi utk baca dan tulis. Saya cadangkan anda luangkan masa contohnya satu hari 6 jam straight dgn bbrp break sekejap... (bolehlah jeling fesbuk kejap) membaca dan menulis bukannya 1, 2 jam utk 3,4 hari. Katakan anda sibuk.... maka selesaikan urusan anda dahulu, katakan Isnin sampai Rabu. So pastikan hari khamis dan Jumaat anda benar2 free utk berada di library atau dimana sahaja yang conducive untuk 6 jam.

Tidor awal, pastikan anda ceria dan bersemangat. Anda boleh gunakan 2 jam tersebut utk mengumpul articles sahaja... then 4 jam lagi sediakan OTMF dari abstrak yang dibaca…. Ini bagi memastikan anda dapat satu kuantiti penulisan yang komprehensif dan flow.... berbanding 1, 2 jam x 3 kali, yang terencat2...kadang kurang produktif tapi jk anda memang free sokmo sebab full time student....buatlah hari2.... anda akan lebih mudah mengaitkan idea2 yang anda baca.
Cubalah….sebab apa yang aku tulis adalah sebahagian pengalaman aku sendiri...

OT

Tajuk 805 - Jenis-jenis SV

Aku nak tulis enam “kecenderungan” SV… maybe tak sama dgn yang anda pernah tahu… macam anda belajar style leadership .. ada authoritarian, democratic, laissez-faire…. sebab style ini semua orang dah tahu !

Ketahuilah... SV ni bukan macam beli hp, boleh kita pilih brand atau warna … dan kalau tak sesuai boleh tukar lain….

1. Im always right
Anda kena tahan skit…. banyak kena ikut cakap SV…. Bukan sekadar ikut.. buat homework dan fahami apa yang dia bagi tahu… dan jgn cakap “saya tak tahu” atau “saya tak faham”…. siaplah … kalau anda ada second opinion, kena bincang molek2 sebab dia suka guna perktaan "Who is your SV?"
Kelebihan - SV akan pastikan anda faham apa yang dia anggap terbaik !

2. Nobody is right
SV jenis ni relex skit! Emmm… yang ni anda boleh buat bincang…. open minded … tapi anda kena ada backup dgn previous studies bila tulis atau bincangkan sesuatu….suka guna perkataan "Read more... read more.. explore .."
Kelebihan - anda boleh explore berbagai kemungkinan dalam research

3. We are always right
Anggap anda macam kawan2 jer…. tak ada masalah idea datang dari anda pun…. malah bersedia belajar dan bertukar fikiran.... suka guna perkataan "This is beyond me..."
Kelebihan - mudah wujud mutual understanding

4. If I can, why dont you?
Selalunya baru dpt PhD, tengah panazzz... dah lama dia mengidam title Dr. tu... bila dapat jer... fulamak...nak tunjuk ler sikit susahnya buat PhD... beri arahan pun ada style skit….suka jer guna ayat ni sebelum bagi komen "When was in UK.... US... London dll" ceewahh….
Kelebihan - tak banyak lagi responsibilities dan energetic untuk bantu anda!

5. Im the only one
SV otai… sangat berpengalaman ….kalau bab bercakap dan bagi nasihat... fuhhh... sebab otailah katakan... bagilah apa tajuk sekalipun… dia dah boleh jangkakan apa yang bakal berlaku… suka guna perkataan "Im an expert !" he he
Kelebihan… namanya dah established so bolehlah anda tumpang sekaki !

6: Bolayan (ada ke perkataan ni?)
Ini kecederungan semua SV dari jenis 1-5 atas yang dah tak kuasa dah nak melayan anda jika anda asyik beri alasan, tiada progress, tenggelam lebih lama dari timbul dan kelam kabut , semuanya tak tahu nak buat dan tak tahu macamana nak cari apa yang nak dibuat dan kalau buatpun cincai jer… asal ada.

Aku nak bagi tahu… satu contoh “kepantangan” bagi semua SV di atas.. bila menerima draft proposal anda yang dihasilkan macam tak pernah tengok proposal orang lain – format tak betul… spelling mistake bersepah sana sini.. tak proofread, rujukan pulak dimasukkan dalam teks main suka hati…. paling best, senarai reference pun tak ada… dgn muka selamba berkata “Eh… saya ingat reference boleh hantar kemudian !”
Kelebihan – Utk sedarkan anda yang mungkin tak sedar2 diri !

Kesimpulan... pandai2lah bawa diri, manfaatkan kelebihan SV dan perbaiki kelemahan diri dan percaya juga akan rezeki mendapat SV yang byk membantu dlm dunia PG yang uniq.... life must go on !

OT

Monday, November 2, 2015

Tajuk 804: Memperkenalkan OTMF Template

Memperkenalkan OTMF !
Post ini khas bagi semua yg merangkak-rangkak nak mulakan projek, master, PhD... berasa malulah dgn KURA-KURA !


Rangka dinasour terlengkap di dunia - Muzium LONDON

Ketahuilah bahawa ABSTRACT adalah wajib bagi setiap artikel akademik, bagi memudahkan pembawa membuat glance thru apa yang terkandung dalam artikel tanpa perlu membaca keseluruhannya terlebih dahulu. Tak perlu lakukan skimming pada artikel, kerana abstract telah disediakan utk tujuan tersebut.

Hanya yang terlebih cerdik sahaja dan tak ada kerja lain akan terus membaca keseluruhan artikel satu persatu lalu pening dan terkulai layu !

Dgn ini, aku ingin memperkenalkan OTMF Template (Objective, Theory, Method, Finding). Tiga dari element ini iaitu Objective, Method dan Findings adalah ELEMENT UTAMA dalam abstract semua artikel kecuali theory yang ada kalanya tidak dinyatakan dalam abstract dgn jelas.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh buka setiap article dalam Mendeley, dan type “theory” pada icon glass magnifier supaya semua perkataan “theory’ dihighlight. Jika anda bernasib baik, terus jer anda dibawa ke paragraph yang menyatakan teori yang digunakan tanpa perlu membaca keseluruhan artikel

Kenapa OTMF?

Pertama:
Memang byk template dan matrix yang telah diperkenalkan selama inipun serta menjadi amalan sebahagian besar PG. Setelah aku membaca byk artikel, aku dapati lebih mudah menguasai bidang kajian diperingkat awal dgn OTMF, atau menerusi abstract dahulu. Ini juga bagi memastikan anda wpun tanpa byk pengetahuan dalam bidang kajian, atau masih blurr, boleh saja terus bina OTMF ini...dgn bantuan MS Word dan Mendeley, sebelum bersedia utk membaca keseluruhan artikel.

Kedua:
Katakan hasil literature search dgn Mendelely, anda bjaya dapatkan 30 artikel, tentulah anda tidak mampu utk membaca dan memahami setiap satu artikel. Jadi anda boleh sahaja sediakan OTMF ini, dgn hanya membaca abstract, then anda extract objective, theory (jika ada), method dan findings then copy-n-paste sahaja spt contoh foto yang aku lampirkan. Semua citation dalam OTMF anda boleh insert terus dari Mendeley ke MSWord anda. Pada peringkat ini anda tidak perlu menaip sehabuk pong !





Ketiga:
Bahagian objective perlu dicerakinkan lagi kepada DV dan IV serta isu (lihat foto) kerana tidak dinyatakan dgn jelas dalam abstrak. Anda sendiri kena kenalpasti IV dan DV serta belajar utk merumuskan isu yang cuba diselesaikan pada artikel tersebut hanya dgn mengetahui objective kajian... supaya akhirnya OTMF ini akan memberi anda idea bagi menjawab: 

- What else need to be done? (contribute to knowledge)
- Why scholar care about it? (significance of study)

Aku dah siapkan contoh... tengok dah fahami contoh tersebut ! Inilah istimewanya objective, yang dalamnya terkandung variables serta isu yang ingin diselesaikan.

Jgn kata tak boleh buat, sebab ini hanyalah pembacaan dari abstrak dan copy-n-paste sahaja utk anda meneroka seimbas lalu hasil kerja kajian lepas (terutama 12 bulan terkini) yang current / recent / hot !
Berasa malulah dgn kura-kura jika inipun terkial2 nak buat… setakat 30 artikel…. 2 hari dah boleh siap OTMF !!

Keempat:
Selepas dapat dea “what else need to be done” dan boleh menjawab soalan “Why scholars care about it?” maka terserahlah pada anda utk membuat template yang lebih canggih atau terus sahaja menggunakan ZDOT (zero draft of thesis).

Ingat - Hanya kotak IV / DV serta Isu sahaja yang anda kena fikir dan tulis sendiri, itupun dari objective kajian. Kotak2 lain semuanya copy-n-paste dari abstract dgn membukannya mengunakan Mendeley! Citation tu pun insert dari Mendeley.

Moga dapat membantu anda !

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...