.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, August 26, 2015

Tajuk 780 - POST KHAS UTK PENGAMAL TEGAR RESEARCH GAP.

POST KHAS UTK PENGAMAL TEGAR RESEARCH GAP.
Format thesis dah cukup cantik dan lengkap
We don’t need GAP AT ALL !!

Pertama:
Aku hairan, kenapa terpacul perkataan GAP bila nak mulakn bicara tentang sesuatu kajian master / PhD – What is your research gap? Bila defend proposal mesti tanya GAP. Bila viva, soalan GAP adalah soalan wajib qat’i. Jika GAP tersangat-sangatlah penting, kenapa tidak ada satu section / sub-heading "GAP of the Research" dalam tesis / dlm borang penilaian viva?

Kedua:
Jika aku tanya definisi “RESEARCH GAP” dan “What does it means by filling the GAP?” kepada 3 orang, nescaya aku akan dapat 6 jawapan berbeza, sehingga ada yang menyamakan GAP dengan research question. Abis kalau dah sama, amende plak kena guna GAP, guna jerlah RQ tu.... ishkkk
Jawapan lain yang diberikan termasuklah research GAP adalah sebahagian dari contribution to knowledge tapi contribution tidak semestinya GAP – pulak ! Kalau GAP ini hanyalah sebahagian sahaja dari contribution, kenapa pulak “What is the GAP” dijadikan pertanyaan wajib bukan “What is the contribution”?

Ada juga yang menyatakan bahawa langkah pertama adalah mencari GAP. Abis kalau definisi GAP pun tak jelas, apa yang nak dicari pun akan jadi kabur. Bila kononnya dah dapat GAP, SV lak kata, this is not the GAP. Eloklah tu !

Mana tak pening bro… pening !

Kalau tak pening bukan buat PhD namanya – sampuk seorang peminat tegar Research GAP !
Beginilah….. buang jerlah research GAP tu dari minda, perbincangan dan momokkan, buang masa dan mengelirukan org sahaja.... cukuplah dah ramai yg confused..
Kenapa plak, sedang seluruh professor yang aku kenal bercakap tentang GAP. Tidak mungkin mereka silap walaupun mereka sendiri tidak pernah mampu menjelaskan maksud GAP tu secara explicit supaya mudah difahami. Bagi kitaorang confused adalah.

Agaknya, kalau tak confused tak sampai makam PhD kot?

Ketiga:
Macam nilah… format thesis yang anda buat tu dah lengkap dan molek.. lebih dari cukup... tak yah ler nak sibuk2 dengan GAP… yg entah sapa yg mulakn dulu then semua dok pakat2 ikut turun temurun yang anda sendiri pun tak boleh nak definisikan, nak jelaskan.
Fahami sahaja format tesis anda. Kalau tak faham sebab dah asyik masyuk dengan GAP, meh aku jelaskan satu2… baca dengan teliti:

1. Latar belakang kajian
Bab ini menagih anda membaca secara mendalam terlebih dahulu bidang kajian yang menjadi focus anda, sebelum anda boleh menulis latar belakang kajian dgn baik. Sebab itu aku cadangkan, siapkan bahagian LR dahulu bagi memahami bidang yang mungkin baru bagi anda.
Jadi, sebelum tangan anda menggatal untuk menulis latar belakang kajian, anda perlu membaca sebanyak mungkin artikel2 berkaitan dan cuba memahami perkembangan isu2 / argument yang berkaitan dalam area of investigation anda dari perbagai perspektif dari dulu sehingga yang paling terkini.

Maknanya, Bab 1 ini hanya boleh ditulis setelah anda yakin dgn thesis statement ,variable, teori, argument bagi kajian anda. Jgn mulakn dgn tajuk kajian yg keluar dari otak yg kosong atau bsandarkn pengalamn yg ciput. Takkan ini pun tak faham !

2. Pernyataan Masalah
Setelah membaca, anda dah boleh kenalpasti focus kajian yang mempunyai potensi untuk anda kembangkan sebagai sumbangan kepada “pengetahuan” dalam body of knowledge. Masalahnya, anda perlu terlebih dahulu mendapatkan “pengetahuan” tersebut untuk disumbangkan. “Pengetahuan”tersebut mestilah novel dan signifikan kepada scholarly community dalam bidang yang sama.

Maka wujud "masalah" kerana anda tidak tahu “pengetahuan” tersebut yang memerlukan anda menjalankan kajian.

Bahagian ini menagih ada mengemukakan “masalah" (lihat huruf besar) kajian secara jelas, yg mmerlukn anda mbuat kajian sbg contoh:

a. pembinaan model – BELUM ADA model baru kerana model sedia ada tidak pernah di uji kesahan / fitness of model

b. revised instrument – instrument terlalu lama dan KURANG EFFISYEN, perlu direvised dgn SEM analysis
c. hasilkan algorithma – meningkatkan kecekapan sesuatu sistem kerana sistem sedia ada yang sudah TIDAK MEMPUNYAI CIRI MEMENUHI keperluan semasa

d. kombinasi teori – menguji beberapa teori serentak kerana pengujian sebelum ini menggunakan satu teori yang HANYA MENYELESAIKAN SEBAHAGIAN MASALAH bagi sesuatu persoalan

e. innovasi kepada ciptaan sedia ada – meningkatkan ciptaan sedia ada yang mempunyai FUNGSI TERBATAS kepada fungsi pelbagai kegunaan serta meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga
Penyelesaian masalah diatas adalah novel (added value) yg signifikan utk meyumbang kpd knowledge ....atau menjawab what else need to done / studied - not filling the gap !

3. Soalan kajian / hipotesis
Selepas jelas masalah yang ingin dikaji (merujuk kepada halangan untuk mendapatkan pengetahuan yang novel dan signifikan) maka diterjemahkan dalam bentuk soalan kajian / hipotesis dgn mengaitkan hubungan antara variable yang terlibat dalam kajian

4. Literature Review
Membuat review teori2 dan dapatan kajian lepas secara kritikal supaya menjustifikasikan masalah, variable dan teori yang anda gunakan supaya tidak tersasar dari landasan.

5. Methodology
Pembacaan LR yang mendalam, mendedahkan anda kepada pelbagai kaedah dalam bidang focus yang sama termasuklah kaedah2 yang lebih comprehensive, advanced atau terkini.
Maka anda menjustifikasikan research design.... data analysis dll yang paling sesuai untuk menjawab persoalan kajian bagi menganalisis data yang diperolehi. Data yang diperolehi perlu ditafsirkan untuk memberi makna / jawapan kepada persoalan kajian.... ini sahaja!
Cukuplah sikit….dah mengantuk.... apa yang penting…. anda tidak perlukan kepeningan dan confusion ketika membuat master / PhD maka anda tidak perlukan research gap !!

OT

Tajuk 779 - Proposal – TEBAL tapi masih BEBAL !

4 element utama dalam persediaan proposal

Pertama: Tebal tapi bebal
Proposal sifatnya draft. Draft sifatnya flexible. Proposal yang ditulis tebal, silap hari bulan menjadikan kita semakin bebal, kerana hilang focus kepada isi utama, berbanding isu remeh temeh penulisan proposal. 

Kedua: Landmark
Jika kita ingin melukis peta menuju ke suatu destinasi baru yang kompleks, maka langkah pertama adalah meneliti dan cuba mendapatkan gambaran menyeluruh kawasan yang bakal dilalui dengan mencari landmark, spt bangunan utama, bukannya gerai2 kecil tepi jalan.
Langkah seterusnya adalah membuat lakaran ringkas semua landmarks utama, supaya mudah pula bagi seseorang yang “expert” utk memberi justifikasi laluan yang kita lakar tersebut menepati destinasi. Kalau kita cuba melakarkan dengan detail, bukan sahaja masa terbuang, confius malah sukar pula dibaca dan disemak oleh orangyang lebih arif.

Percayalah, keghairahan menyiapkan proposal yang tebal dan detail, banyak kalanya membawa natijah negative, bukan satu, tetapi dua.

1. Pelajar membuang banyak masa tulis, edit, tulis sehingga hilang focus kepada memahami landmark utama kajian

2. SV maybe hanya sempat menyingkap sepintas lalu elemen dalam proposal yang mungkin bukan landmark utama kajian pelajar.

Ketiga: 4 element utama proposal

Pelajar sebagai supervisee yang novis, memerlukan SV terlebih dahulu meneliti dan memberi nasihat / justify landmark berikut, tanpa perlu terlalu sibuk utk menulis proposal yang tebal-tebal, sementelahan yang akan dinilai adalah tesis bukan proposal:

Element 1. 
Memastikan “masalah” yang dikemukakan oleh pelajar adalah “researchable” dgn mempunyai element “contribution to knowledge” yang novel dan signifikan utk dibaca dan dikongsi dgn scholar community dalam bidang kajian.

“Masalah” kajian lah yang perlu diutamakan, dibahas dan dibincang di awal2 semester utk membantu pelajar mengenalpasti element tersebut dari pembacaan yang mendalam dan menyeluruh.
Berbincanglah maksud “masalah”, “novelty”, “significant”, “contribution to knowledge” sejelas-jelasnya dan difahami oleh pelajar supaya elemen ini dapat dikenalpasti dari pembacaan bak mentari disiang hari…. kerana inilah element diperlukan dalam penulisan tesis dan penyelidikan, serta publication.

Jeng.. jeng… jeng….

Entah datang dari sumber mana, lalu dianuti turun temurun sehingga sibuk betul pelajar awal2 dah ditanya dan disergah dengan “research gap”, “originality” serta ditagih “impact” kajian kepada pelbagai pihak lain bukannya dibincangkan element “masalah”, “novelty”, “significant”, “contribution to knowledge” !

Ironinya pulak.... yang sibuk bertanya "research gap" pun tak jelas apa yang dimaksudkan dgn “gap” ....malah kajian mereka pun tak ada impak apa2 selain mendapat PhD !

Kajian dijalankan "to solve problem" sebab itu dimulakan dgn "Problem Statement" maka perlu difahami sejelas2nya maksud "masalah" dan ciri- masalah yang ada nilai novelty dan signifikan dalam bidang kajian sebelum boleh dikaji bukan di kona pulak "to fill the gap" sebab "gap" bukan semestinya "problem" dan "to solve the problem so that the findings will contribute to the knowledge" bukan di kona plak "to give impact to society / nation / ministry" ... mana tak confused !

Element 2. 
Mengenal pasti “theory” yang appropriate dari literature yang mendasari “masalah ” supaya pemilihan variable / parameter yang juga appropriate utk kajian.

Element 3.
Mengenalpasti “approach” kajian samada kuali atau kaunti atau mixed. Nature masalah dan theory akan menentukan approach yang sesuai. Mana boleh semua kajian mesti buat secara kuanti termasuklah kajian phenomenology spt penceraian, masalah rumah tangga, study cases kerana SV hanya tahunya SPSS sahaja. Approach ini juga memerlukan pelajar kenalpasti sample kajian dan instrument dari sumber LR.

Element 4.
Mengenalpasti “analisis data” yang bakal digunakan. Pelajar perlu mengetahui (by hook or by crook bukan bye-bye) dapatan yang bakal dikumpul dgn instrument. Sekurang2nya pelajar boleh menyebut contohnya “Kajian ini akan menggunakan MANOVA kerana melibatkan lebih dari satu DV “ atau “Kajian ini akan menggunakan CFA utk mendapatkan construct validity qnaire” dll. Pelajar mungkin belum lagi mendalami setiap analisis data, tetapi mesti memahami secara umum apa yang bakal dilakukan.

Kelima: Proposal
Proposal bertulis hanyalah syarat sahaja. Jika supervisee dapat menjelaskan 4 element / landmarks di atas dengan baik dan yakin , satu proposal 10 pages dah memadai untuk dibentangkan, malah mudah disemak dan dibaca oleh SV berbanding dgn proposal 100 pages bukan sahaja lebih banyak merapu tanpa makna kepada pelajar, tetapi juga mengambil masa pelajar yang panjang utk menyiapkannya. Lebih sadis lagi, proposal ditebal2kan hanya untuk memuaskan nafsu “lagi tebal bagi baik” sedang hakikatnya terbalik.

Penutup
Jika perkara di atas hanya dipandang sebelah mata .. . maka wujudkan spt sekarang, kelompok pelajar yang dah bentang dan diterima proposal, tapi masih bertanyakan soalan.. “Kalau saya buat kajian macam nilah, apa agaknya analisis yang sesuai?” Alahaii....
SV spt aku juga bukan wikipedia yang tahu semua informasi kerana diupload oleh pelbagai pihak tanpa henti setiap saat tapi SV jgn sampai tak tahu mana yang utama mana yang bukan....

Tajuk 778 - Sampai bila thesis mesti tebal dan monochrome ?

Sampai bila thesis mesti tebal dan monochrome ?
Kenapa tak jadikan tesis kecil, comel, nakal - menggoda !

Katanya thesis mestilah ada impact. Kata-kata tersebut hanyalah klise turun temurun sebab tak sapapun akan baca tesis yang tebal, menjela2, monochrome dan tersimpan rapi dan dijaga dgn ketat dilibrary. Nak pinjam bawa kuar pun tak boleh - antagonist !

Bukan itu sahaja, ada gak yang dah jadi SV, segan pulak nak pinjamkan tesis utk rujukan pelajar, takut pelajar tak jumpa pulak "impact pada negara" dan "gap yang telah diisi" dalam tesis tersebut spt yang ditagih sehingga pelajar tak siap2 proposal - cakap tak serupa bikin !

1. Cadangan
Aku nak cadangkan sesuatu. Thesis yang dah siap, perlu di permudahkan (spt ringkaskan LR) dalam bentuk buku yang comel, warna warni... utk diedarkan atau disimpan dalam unit pinjaman library. Tesis asal yang tebal dan monochrome disimpan saja oleh empunya diri dan maybe difakulti.\

Mana boleh bro.... itu tak pernah berlaku di Msia ! Ohh tidakk !!

Sesapa yang pernah pergi Denmark, silalah singgah uni. di sana. Sekadar makluman, University of Copenhagen misalnya adalah universiti 50 terbaik ranking dunia, jauh meninggalkan IPTA Malaysia.
Di sana, pelajar yang dah diluluskan oleh supervisory committee, jabatan cetakkan tesis yang disiapkan oleh pelaja dalam bentuk buku yang comel dan diadakah satu sesi VIVA yang santai dan informal, utk mempersembahkan hasil kajian, bukan utk defend. Buku tersebut boleh diedarkan kepada hadirin.

2. Mohon ISBN
Jadi, kalau IPTA di Msia, ambil satu langkah inovatif, supaya pelajar memohon ISBN (boleh isi online ... sempoi jer ) melalui fakulti masing2.... utk buku yang dipermudahkan dari tesis maka sekurang2nya setiap pelajar PhD dah ada satu buku..... perghh !! - selain dari artikel yang diterbitkan! Buku ini mudah disimpan dan diedarkan, maybe adalah "skit" impaknya pada society !
Saya sertakan beberapa foto.. thesis dalam bentuk buku yang saya perolehi ketika berbengkel dgn pelajar Msia di Copenhagen, Denmark. ....sebagai membuka minda. Takut2 ada yang kata idea saya ni giler !!

Technical Uni of Denmark (DTU) yang buat thesis dalam bentuk buku ini spt foto dibawah.... adalah world ranked 31 !!



OT - bandingkan thesis yang tebal dan monochrome tu dgn yang kecil comel dan nakal - mana paling menggoda !! Auwww...

Tajuk 777 - TIGA ASPEK PENYEDIAAN PROPOSAL

Boleh tak SV dan pelajar sama-sama trauma ? Lalu tertumpah air mata dihadapanku !

1. Tiga aspek:

Tiga aspek yang perlu dilalui sebaik sahaja pelajar mendaftar dan diminta menyediakan proposal...

Pertama: Mendapat bimbingan yang betul dan mencukupi dari SV / advisor.

Kedua: Kuasai pengetahuan bidang kajian - membaca dan cuba menguasai secara overall (wpun belum mendalam) bidang kajian.

Ketiga: Kuasai asas kemahiran membangunkan proposal - tahu mengenalpasti masalah, menulis objektif, membuat review, menentukan instrumen dan analisis data

Banyak dibincangkan kegagalan pelajar menyediakan proposal kerana perkara KEDUA dan KETIGA, dgn harapan yang besar diletakkan kepada kelas Research Methodology yang bersifat “general knowledge” sedang perkara PERTAMA menjadi TABOO untuk disentuh.

Ambil contoh, kekalutan pelajar nak siapkan Problem Statement. Bila PS blurr… objektif, RQ dll semuanya yang akan gelap ! Tanpa bimbingan SV, ramai pelajar yang melilau tak tahu apa nak buat !
Pelajar perlu terlebih dahulu dibimbing untuk mengenalpasti “problem” dalam bidang kajian yang juga bidang “kepakaran’ SV. Jgn terus biarkan pelajar mencari dan menulis PS dan kalau silap, cari gap lagi dan lagi dan lagi... ntah amende yang gap pun pelajar tak tahu !

2. PS dan contoh:

Izinkan aku jelaskan PS ni.. buat kesekian kalinya dgn contoh. Semasa aku kendalikan bengkel, ramai peserta aku juga pensyarah (maybe SV juga) yang bila ditanya tentang PS ni.... berbelit2 jawapan yang diberi.... teragak2 nak jawab.... mahu pening kalau pelajar yang dengar !
Problem adalah satu ISU dalam bidang kajian untuk anda mendapatkan JAWAPAN kepada isu tersebut. JAWAPAN boleh diperolehi melalui KAJIAN. 

Isu mestilah clear, concise, & researchable.

Malaysia antara negara menduduki TIMMS (Trends in Mathematics and Science Study). Timbul ISU bila ranking Malaysia dalam TIMMS hampir tercorot. Bagi mendapatkan JAWAPAN kepada isu ini, maka anda boleh merangka satu KAJIAN samada:

a. kajian tinjauan dengan mengedarkan KAJI SELIDIK yang dibina dari konstruk literature terkini dalam pendidikan sains dan matematik serta memasukan konstruk HOTS (unsur NOVELTY) utk diisi oleh guru sains / Maths bagi mengetahui antara faktor utama dari senarai faktor yang telah dikenalpasti

b. kajian eksperimen bagi membezakan pelajar yang mengikuti kaedah convensional vs kaedah HOTS (unsur NOVELTY) bagi mengetahui kesan pendekatan HOTS kepada pencapaian pelajar dalam menjawab soalan TIMMS.

c. kajian grounded theory dengan menemuduga beberapa tokoh pendidikan sains, pendidikan mathematik dan pakar pemikiran dalam pendidikan bagi generate satu theory (unsur NOVELTY) yang dapat menjelaskan fenomena kemerosotan tersebut.

d. kajian fenomenalogi dengan menemuduga peserta TIMSS yang mendapat skor tertinggi untuk mengategorikan (unsur NOVELTY) pengalaman individu peserta tersebut dan perpektif mereka dalam satu dalam menyediakan diri sehingga mendapat skor tertinggi.

Kesemua DAPATAN dari kajian diatas, akan menjawab “part and partial” isu kemerosotan pencapaian Malaysia dalam TIMMS, menghasilkan kajian dan juga dapatan yang NOVEL dan SIGNIFIKAN untuk contribute to knowledge ! (NOT to fill the gap baby !!)

Isu di atas clear dan concise berdasarkan laporan TIMMS 2013 yang dikeluarkan oleh KPM, isu ini juga adalah isu global dalam pendidikan sains dan matematiks dan menjadi perhatian scholar dalam bidang yang sama dalam dan luar negara.

3. Trauma:
Aku baru didatang pelajar yang aku kenali sebagai seorang yang gigih dan tak kenal jemu, malangnya dah nak masuk 5 semester, bahagian PS proposal pelajar ini tak selesai-selesai lagi. Apa sahaja yang dilakukan tidak menepati “standard” SV lalu diminta betulkan.. betulkan.. betulkan... dgn hanya komen ringkas... "saya tak nampak masalah" sehingga pelajar ini trauma ! Tertumpah air mata dihadapanku !

Ala bro.. biasalah tu.... kalau trauma jgnlah buat PhD !

Katalah… mana2 SV yang pelajarnya (bukan sebab2 sakit atau hilangkan diri tak berjumpa SV) gagal menyediakan proposal dalam tempuh 5 semester, akan memberi kesan kepada kenaikan pangkat, kerana supervision adalah juga tugas hakiki pensyarah.... trauma tak?

Ala bro.. biasalah tu.... kalau trauma jgnlah jadi SV !

OT

Tajuk 776 - AROT dan ROT


AROT - Article Rule of Thumb and ROT - Research Operational Template


AROT



ROT - Research Operational Template

ONE PAGE PROPOSAL !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...