.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, December 28, 2015

Tajuk 818 - Masalah dpt tajuk master / PhD

Aku di Phuket International Airport.... MAS delayed sejam.... so.... buka laptop dan tercoretlah apa yang aku fikir... utk anda juga fikir.... bukan utk anda bersetuju !



Phd adalah proses melahirkan independent researcher di bawah bimbingan SV. Mendapatkan masalah utk kajian memerlukan pengalaman, bukan sahaja pembacaan yang mendalam.
Selalunya supervisee datang kepada SV dgn membawa tajuk dan percayalah, sebahagian besar tajuk tersebut “tidak menepati” ciri-ciri utk PhD - rejected !

Aku percaya, SV sgt memahami dunia yang dia pakar mengenainya dan boleh sahaja memberikan hints masalah yang sesuai utk supervisee memulakan pembacaan... khususnya bidang yang sukar mendapatkan niche area yang memerlukan pengalaman mdlm dan kepakaran.

Tapi bro…. tak real kalau SV yang bagi tajuk….biarlah supervisee yang cari tajuk sendiri…. inikan PhD !

Memanglah PhD, sebab itulah SV perlu berikan hint supaya tajuk yang berpotensi dapat memberikan pengalaman membuat research yang paling OPTIMUM kepada supervisee. Aku hanya cadangkan beri hint… bukan berikan tajuk.

Contohnya…. mencari tajuk yang boleh extent sesuatu dapatan kajian terkini yang tidak mungkin supervisee yang novice exposed kepadanya. Tiada masalah pun utk berikan hint tersebut, dan bolehlah supervisee membuat pembacaan mendalam dan detail mengenainya.

Kenapa lak bro? Kenapa tak suruh jer supervisee cari 10 tajuk dulu?

Boleh…. 20 tajuk pun boleh…… dan ingat…. tajuk bukan dipilih over nite… dan tajuk mestilah mempunyai masalah / isu yang sesuai utk tahap PhD, signifikan dan novel. Tentulah SV ada pengetahuan tentangnya dan memberikan hint tentulah sesuatu yang wajar utk supervisee mulakan langkah.

Tidak sesuai juga jika terlalu byk masa yang terbuang kerana supervisee mencari tajuk demi tajuk demi tajuk….kena sediakan pulak sampai 10 tajuk… sedang masa yang ada lebih productive digunakan utk membuat pembacaan yang mendalam secara fokus kpd sesuatu masalah...

Jgn bimbang, selepas mendapat tajuk dari bantuan SV…. pengalaman membuat research, mengharungi labyrinth dgn segala obstacles… menghadiri konferens, seminar dan menulis artikel akan mematangkan supervisee utk mencari tajuk2 lain utk kajian yang akan datang. No big deal bro !

Bukan semua supervisee bermasalah mendapatkan tajuk, tetapi membiarkan SV yang bermasalah dgn tajuk juga tidak wajar. Malah tiada keperluan pun meminta supervisee menyediakan berpuluh2 tajuk pulak...

Membuat PhD atau master memerlukan langkah permulaan yang betul, guidance yang mencukupi.. the rest and the details perlu dilakukan sendiri oleh supervisee…

Benda ni bukan pelik pun. Proses ini ada kalanya berlaku sebelum lagi supervisee memilih SV. Ramai juga supervisee yang menghubungi potential SV utk bertanyakan kepakaran dan bentuk kajian yang sesuai utk menjadi supervisee kepada SV tersebut.

Aku dulupun menghubungi beberapa Prof setelah meneliti bidang mereka dan meminta pandangan kajian yang berpotensi dan sesuai utk dijadikan kajian... maklumlah sebelum itu aku hanya lah cikgu kimia yg ajar kimia dari buku teks selama17 thn bukannya tahu apa2 tentang kajian animasi dlm pendidikan.

Abis kalau macam tu…. tak yahlah buat PhD… semua nak kena bagi tahu ...

Abis kalau macam tu… tak yah lah ada supervision... kalau supervisee semua dah tahu !
Sekadar bhn berfikir....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...