.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, October 28, 2015

Tajuk 799 - 10 CARA JADIKAN ANDA PENULIS BUKU / THESIS / APA SAJA KAW-KAW !

Masih ada yang bertanya, masa bila aku menulis... ini jawapan aku... 

Aku bukan penulis. Tetapi tiba2 dah macam jadi habit ler pulak. Sementelahan anda semua sedang menulis proposal atau thesis atau apa sahaja…. Meh aku kongsikan sikit kenapa tangan aku ni gatal jer nak menulis... tips dari penulis tersohor mungkin lain sebab aku ni penulis picisan jer...

Peminat aku di YORK UK.
Masa TALK di York, Manchester dan London

Pertama:
Jadilah seorang activationist yang akan "bertindak" menulis apa sahaja bila ada idea. Bila terfikir sesuatu, terus jot down wpun pada note dalam hp… atau rakam idea anda jika berada di dlm kereta dll. .. supaya x lupa... terutama yang dah tua macam aku ni ! Terlihat sahaja satu fenomena, dtg idea... catch the idea instantly.

Kedua:
Ketahuilah bahawa idea tanpa penulisan sama spt tiada apa-apa idea. Idea pun ada jangka hayat... selepas beberapa lama idea anda mungkin hilang diganti idea lain plak yang juga akan hilang... so tulislah supaya xhilang...

Ketiga:
Jgn tunggu idea menjadi perfect. Idea tidak akan pernah perfect tetapi boleh menjadi lebih baik bila anda mula menulis. Bila anda mula menulis anda mula berfikir. Bila anda mula berfikir anda akan "dipaksa" berfikir utk kembangkan idea dgn baik, bukan perfect.
Jadi anda sebenarnya bukan stuck kerana tidak ada idea tapi anda gagal dikembangkan idea anda. Idea anda sampai bilapun tak akan berkembang kalau anda tidak menulis. Stuck menulis lebih baik dari tak menulis apa2.

Tapi stuck lepas tu tak nak menulis... ini pun tragis...jadi bro.... menulis tidak sesuai bagi seorang perfectionist !

Keempat:
Jgn menulis terlalu nak ikut sekuen dulu. Inilah idea teknik ZDOT aku. Tulis dulu apa2 idea hatta terlompat2…. then barulah kemudian aturkan sekuennya.... macam puzzle. Kalau tak mula satu dulu sampai bilapun anda tak mula... malah anda boleh mula dari tengah atau belakang.... kalau itu idea yang anda dapat dulu....

Kelima:
Jgn takut utk menulis dan terima kritikan. Kalau takut…. sekali kena kritik merajuk....ingat ada sesapa nak pujuk?

Kritikan ada dua - satu kritikan membina (terima dgn hati terbuka), kedua kritikan tak bguna (terima dan buat tak tahu jer) !

Keenam:
Menulis adalah tindakan mekanik bukan magik. Jadi bila ada idea…. bangun.... buka computer, hp, nota dan menulis… bukan tunggu magik !!

Ketujuh:
Banyak membaca bro.... dlm topik yang anda minat dan tak minat juga....membaca membuka ruang "dejavu" utk menjumpai idea utk anda tulis... kalau tak membaca....berangan tunggu idea.... baik jual pisang berangan !

Kelapan:
Pastikan tulisan ada boleh menyumbang kepada kebaikkan.... atau sekurang2nya membuat pembaca berfikir.... kalau tidak lebih baik dok diam2... abiskan masa dgn berzikir....

Kesembilan:
Utamakan menulis idea sendiri.. atau ambil idea orang dgn membuat kupasan dari perspeltif sendiri. Elakkan menulis semula apa yang orang lain dah banyak tulis - boring !

Kesepuluh:
Aku suka menulis....Neelofa pun suka menulis !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...