.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 7, 2015

Tajuk 770: 10 contoh cara penulisan yg tak patut diamalkan dalam LR !

READ and SHARE because it is RARE !
Semua PG aku percaya dapat distinction dalam BM SPM.... tetapi kenapa suka sgt menulis secara berbelit2 ....dan menyonsang
Tulislah straight forward sayang oii.... dan buang "lazy words" yang tidak perlu spt "adalah" "di mana"... "tertentu", "dan lain-lain"....
Berikut 10 contoh "sebenar" dari satu thesis pelajar yang sampai dimeja aku... utk tatapan PG yg tulis dalam BM (spt UKM):
Contoh 1:
a. Pembelajaran berkesan wujud apabila pelajar memperolehi kemahiran tertentu serta mampu menggabungkan sikap, pengetahuan, minat dan lain-lain .
Lebih baik::
b. Pembelajaran berkesan wujud apabila pelajar memperolehi kemahiran mengenalpasti isi penting serta mampu menggabungkan aspek psikologi seperti sikap, minat dan pengetahuan sedia ada.
Contoh 2:
a. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang kita semua tahu, pendekatan PCK telah dikritik kerana kesukaran untuk merealisasikannya dalam pengajaran bilik darjah.
Lebih baik:
b. Walau bagaimanapun, pendekatan PCK telah dikritik kerana kesukaran untuk merealisasikan pendekatan tersebut dalam pengajaran bilik darjah.
Contoh 3:
a. Tujuan kajian ini dibentuk adalah bagi mengenalpasti .... (adoii sesak nafas aku...)
Lebih baik:
b. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti.....
Contoh 4:
a. Satu pendekatan pendidikan di mana penyelesaian masalah dijadikan fokus.....
Lebih baik:
b. Penyelesaian masalah dijadikan fokus dalam....
Contoh 5:
a. Pencapaian kumpulan pelajar dari ujian pasca diukur di mana kumpulan yang mendapat skor tertinggi.... (iskhhh.. mesti nak guna jugak "di mana"...)
Lebih baik:
b. Kumpulan pelajar yang mendapat skor tertinggi dalam ujian pasca....
Contoh 6:
a. Batasan kajian ini adalah melibatkan hanya sekolah teknik dan vokasional......
Lebih baik:
b. Kajian ini dibataskan kepada sekolah sekolah teknik dan vokasional....
Contoh 7:
a. Fokus dalam PBL adalah pembelajaran yang cuba menyelesaikan masalah sebenar....
Lebih baik:
b. PBL memberi fokus kepada penyelesaian masalah sebenar....
Contoh 8:
a. Menggunakan PBL sebagai satu pendekatan dalam pembelajaran adalah kini menjadi keutamaan...
Lebih baik:
b. PBL adalah satu pendekatan dalam pembelajaran yang kini menjadi keutamaan..
Contoh 9:
a. Teori PBL ini penting di mana dalam teori ini pelajar didedahkan kepada penyelesaian masalah sebenar dalam kehidupan seharian.
Lebih baik:
b. Berdasarkan teori PBL, pelajar didedahkan kepada aktiviti penyelesaian masalah sebenar dalam kehidupan seharian.
Contoh 10:
a. Dalam mencipta masalah menerusi pendekatan PBL, aras kognitif Bloom perlu diambilkira.
..
Lebih baik:
b. Mencipta masalah dalam pendekatan PBL perlulah mengambilkira aras kognitif Bloom.
OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...