.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, June 29, 2014

Tajuk 618: KAJIAN EXPERIMENTAL - ko buat MALU jika tak buat EFFECT SIZE !!

Tajuk di atas, boleh dibaca sebagai … jgn buat kajian experimental, kalau tak tahu Effect Size !!

Aku dulu buat kajian mixed-method … aku gunakan qnaire, interview, t-test dan ANOVA. Aku laporkan Effect Size (ES) sebab bahagian experimental, bila satu treatment / intervention diberikan, aku nak tahu sebesar mana kesan dari treatment / intervention tersebut selain nak tahu bolehkah dibuat inference / generalisasi kepada populasi?

Terdapat dua isu yang aku cuba dibuktikan:
1. Adakah kesan treatment / intervention tersebut significance utk di buat inference dari sampel ke populasi kajian?

2. Adakah kesan treatment / intervention tersebut lemah, sederhana atau kuat?

Semua pelajar melaporkan significance of study ( ala…. yang p < 0.05 tu….) tetapi sebahagian besar tidak melaporkan ES… sedang ES lebih informative dan GEMPAK berbanding significance of study tersebut. 

Betul ker… kenapa aku tak pernah dengar pun.. kenapa .. kenapa?

Ko memanglah…. semua tak pernah dengar…. sebabnya pensyarah sendiri utamakan p < 0.05 … ikut cara dia belajar dulu-dulu... malah ada yang tak sentuhpun ES !

Treatment / intervention yang baik bukan sahaja boleh dibuat generalisasi (p<0.05) tetapi juga menunjukkan kesan yang besar supaya “cost-effective” utk dilaksanakan !

Ada dua kes… kenapa ES lebih aulia dari sekadar significance of study !

1. Sample kecil (wpun normal)
Jika sample kecil, kajian mungkin tidak significance kerana kurang statistical power utk detect kesan yg wujud. Ketika ini, ES perlu dilaporkan berbanding hanya significance of study.

2. Sample terlalu besar, kajian berpotensi utk significance, Ketika ini, ES juga perlu dilaporkan berbanding hanya significance of study kerana mungkin ES terlalu kecil dan tidak "cost-effective". 

3. Jadi…. Lebih baiklah laporkan ES supaya dapat mengelakkan misleading of conclusion dari 1. dan 2. diatas.

Contoh dummy: Kumpulan ICT VS Kumpulan Lecture

Ko bukan sahaja nak tahu sejauh mana kesan ICT yang digunakan utk menyampaikan isi yang sama dgn kumpulan lecture utk digeneralisasikan, tetapi berapa besar kesannya pula?

Aku dulu menggunakan standardised mean effect sizes, Cohen's d (1988) yang menunjukkan “the mean difference between two variables expressed in standard deviation units” dgn nilai d [.8 = large, .5 = moderate, .2 = small]. Nilai ni sgt popular dan diterima ramai…. 

Abis camner nak kira tu bro?

Bagi yang manja2 tu... ES bagi t-test boleh dikira secara otomatik dari laman web berikut …. di

http://www.danielsoper.com/statcalc3/calc.aspx?id=48 (sila lihat pic - formulapun ada diberikan...)



Jika ko buat ANOVA….. ketahuilah cara pengiraannya yang sempoi di http://psychohawks.wordpress.com/2010/10/31/effect-size-for-analysis-of-variables-anova/

OT

Friday, June 27, 2014

Tajuk 617: Uji Research Question dgn SO WHAT?

Ini hari terakhir syaaban. Selamat menyambut Ramadhan.

Aku nak sambung penjelasan aku kerana ada yang masih bertanya... perlukah SO WHAT tersebut? Ini benda basic jer.... tapi menjentik otak aku yang otai ni ! Kenapa? Sebab ada ribu2 postgraduate sosial sains yang buat projek non-thesis yang terlibat... malah termasuk juga yang buat thesis.... yang jalankan survey...

Katakan ko ada RQ berikut:

1. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara X dan Y....?

2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kumpulan A dan B ....?

Uji dgn SO WHAT?

Katalah jawapan hipotesis 1. diatas adalah "Terdapat perhubungan yang kuat (r tinggi)...... SO WHAT ? Malangnya ko tak boleh explain apa2 lagi... sebab correlational (observational / non-experimental) study hanya membenarkan setakat tu jer. Ko tak boleh explain, X menyebabkan Y begini begitu bla... bla....

Hubungan yang kuat dan signifikan pun tak leh nak jawab SO WHAT? ... bayangkan kalau jawapan ko "hubungan yang lemah dan tak signifikan...." lansung tak bawa makna.....

Kenapalak?

Sebabnya.... X dan Y tu secara theory mestilah ada hubungan sebab tu ko buat kajian korelasi. Kalau data ko menunjukkan ada hubungan yg kuat pun tak boleh jawab soalan SO WHAT?.... apatah lagi lah yang ada hubungan lemah dan tak signifikan pulak !!

Signifikan pada kajian correlation adalah setakat mana ko konfiden bahawa dapatan ko tu dapat dikesan oleh statistik... bukan berlaku secara suratan atau kebetulan.

Jika jawapan hipotsis 2. "Terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kumpulan A dan B .... SO WHAT?
Jika kajian ko adalah kajian experimental... maka bolehlah ko explain SO WHAT? dgn menjelaskan bahawa treatment ko telah memberi kesan sekian-sekian kepada kumpuan sekian-sekian... ini kerana bla...bla... Hatta jika tidak ada perbezaan signifikan pun ko masih boleh jelaskan kenapa ia berlaku ...... dan inilah contribution kajian ko pada knowledge.

Jika kajian ko adalah survey (iaitu non-experimental) design... boleh kah ko jawab SO WHAT? Bagaimana ko bandingkan 2 kumpulan katakan ikut jantina, sedang kedua2nya tak setara.

Analogi: Kajian experimental: 

Terdapat perbezaan penggunaan minyak cap ayam yang signifikan antara kereta A (min = 10 liter) dan B (min = 20 liter) yang sama cc, pada perjalanan 100 km dgn kelajuan tetap 90 km/jam. So What? Ini bermakna... kereta A mpunyai sistem enjin yang lebih efisyen bbanding B. Kereta A yang menggunakan enjin jenis bla..bla.. bla... maka keupayaan bla.. bla... dan ini adalah satu kejayaan dalam industri pemotoran yang berupaya mengurangkan penggunaan minyak... bla..bla..apabila menggunakan sistem spt enjin A...

Analogi: Kajian survey:

Terdapat perbezaan penggunaan minyak sebulan yang signifikan antara kereta Jepun (RM400 / bulan) dan Eropah (RM/800 / bulan) yang dimaklumkan melalui satu survey dikalangan pengguna kedua2 kereta tersebut di Lembah Kelang. So WHAT?

Apa yang boleh anda katakan jika ini hanyalah survey / correlational study? Apa makna kajian jika ko tak boleh explain SO WHAT? Ko tak boleh kata kereta Jepun lebih jimat minyak sebab kajian ko hanyalah satu survey yang tidak mengawal kepelbagaian faktor lain.

Analogi:

Mana yang ko boleh jawab SO WHAT?

1. Perbezaan saiz buah durian D12 dgn IOI yang ditanam dalam keadaan terkawal ?

2. Perbezaan saiz buah durian D12 dan IOI yang ko survey dari penjual durian ?

Tentu SV ko akan "tension" sebab impak maksima yang diharapkan pada kajian ko diperingkat antarabangsa, negara, kementerian. policy makers, negeri, daerah, jabatan, unit, sektor, masyarakat, individu dll tu tidak kesampaian !!

BUKAN bermakna kajian survey tak perlu....tapi lakukan dgn kefahaman bagi memenuhi tuntutan kenapa kajian survey diperlukan. Ketahuilah juga bahawa BUKAN semua kajian boleh dilakukan secara experimental....

OT

Saturday, June 21, 2014

Tajuk 616: TOPIC kajian yang “RESEARCHABLE” dan "DOABLE" !!

Aku tulis ni dalam konteks education.... pandai2lah ko fikirkan dalam bidang ko sendiri. Ini lanjutan post "teknik 2 minit" sebelum ini.

Katalah ramai yang berminat untuk membuat kajian berkaitan sesuatu theory spt problem based learning (PBL), problem-solving, project-based, multiple intelligent, conceptual change, pedagogical content knowledge (PCK), mind-mapping, concept map, mnemonic, guided-inquiry, team-based, active learning, constructivist, experiential, coorperative….. dll
Maka sayugia aku sarankan TAK CUKUP hanya ada teori sahaja tetapi ko juga perlu meneliti theory manakah yang ada model atau strategi yang lebih “structured” perlaksaannya …..bagi memudahkan kajian ko dijalankan… supaya kajian ko tu RESEARCHABLE …. dan DOABLE.



Maksud ko?

Contoh 1:
Bandingkan strategi pengajaran multiple intelligent dgn problem-based learning (PBL). Strategi multiple intelligent (oleh Gadner) lebih abstrak…. dgn 9 unsur intelligence (Logical-mathematical, Spatial, Linguistic, Bodily-kinesthetic, Musical, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic dan Existential.. phew.....) sedang strategi PBL (oleh Howard) mempunyai strategi yang konkrit dgn langkah2 yang lebih structured.

Contoh 2:
Begitu juga perlaksanaan strategi peta konsep (oleh Novak) yang lebih concrete berbanding strategi pedagogical content knowledge, PCK (oleh Shulman) yang vague, broad dan mempunyai pelbagai element lain yang perlu diambilkira. Katakan ko berminat dgn strategi PCK, terdapat at least 3 element abstract yang ko kena ambilkira iaitu element content knowledge, pedagogical knowledge serta pedagogical content knowledge…. !

Abis ada jer kajian lepas tentang multiple intelligent dan PCK aku baca?

Memang ler ada, tetapi tidak banyak dan tak meluas….kerana hal2 yang aku dah sebutkan di atas. Bukan ko tak boleh buat multiple intelligent…. PCK atau mana2 strategy bro…..Tapi jika ada pilihan….. buatlah strategi yang dah structured….. ada model yang jelas … kerana sebagai student researcher bermulalah dgn sesuatu yang lebih structured… supaya kajian ko RESEARCHABLE, DOABLE…dan boleh ko jalankan secara sistematik... dan memberikan ruang yang lebih selesa dan yakin utk mengumpul dan menganalisis data ko....sebab matlamat ko utk lengkapkan pra-syarat utk dapat Master atau PhD....dgn kajian ko.....then bila dah ada experience..... ko buatlah apapun kajian…..

Sekali lagi jgn bersandar kepada green light SV semata2...tanpa membuat pembacaan, penelitian dan pemilihan sendiri terlebih dahulu... sebab bagi sesetengah SV... semakin ":debom" topic kajian ko.... semakin dia suka atas sebab2 yang ko sendiri boleh fikirkan.... tapi akhirnya ko lah yang "makan, minum dan mandi" dgn tajuk tersebut... bukan SV ko.

Walaupun ada yang mungkin tak setuju, aku tetap doakan ko berjaya mendapatkan topic yang "researchable" dan "doable"

OT

Tajuk 615: TEKNIK 2 MINIT MENENTUKAN "RESEARCHABLE TOPIC" KAJIAN ANDA !

Aku ingin memberikan satu contoh mudah bagaimana MENDELEY boleh menjadi penentu tajuk kajian anda dalam masa 2 minit. Aku nak buat satu contoh bagi mudah faham..... Tadi aku dah demo skit dalam seminar JOM HEBAT !

Katalah ada seorang pelajar siswazah, datang bersembang2 dgn aku. Bila ditanya kajian yang ingin dibuat, dgn pantas beliau menjawab "saya nak buat kajian "virtual instructional leadership".

Aku tanya kenapa. Dgn yakin beliau menjawab "belum ada lagi yang buat virtual ni.... jadi saya nak kajilah"

Aku pun sengaja tanya soalan cepu gangsa "Ok ker tajuk tu.... tak ada masalah ker?" 

Dia jawab "SV kata ok.... tapi tulah..... macam susah sikit tak ada rujukan.... tengah tercari ni"

Aku faham kalau pelajar tak sedar bahawa tajuk2 pilihan mereka byk yang terbit dari "andaian" tanpa pembacaan arus perdana dalam bidang kajian tersebut. Tapi aku TAK FAHAM kenapa tiada penerangan diberikan kepada pelajar bagaimana menentukan skop tajuk yang sesuai. Bayangkan abis 2 semester tapi masih tercari2 tajuk yang sesuai.... masih berpura2 berkata.... sedang membaca lah ni dan sebagainya...

Aku sendiri bukan Wikipedia..... aku pun tak tahu samada tajuk "virtual instructional leadership" atau tajuk2 lain yang dipilih oleh pelajar sesuai atau tidak. Jadi aku akan gunakan Mendeley utk membuat ujian mudah dgn TEKNIK 2 MINIT.

Pic 1:
Aku dapatkan tajuk umum dahulu iaitu "instructional leadership" dari tahun 2010 - 2014. Sebanyak 48 bahan scholar termasuk artikel journal di paparkan oleh MENDELEY. 




Pic 2:
Aku tambah perkataan "virtual" dan ternyata tiada SATU pun bahan scholar yang diterbitkan dgn perkataan "virtual" yang wujud bersama bahan dengan tajuk "instructional leadership" dari senarai 48 di atas !!




Maknanya...

Tak sampai 2 minit (bukan typo error) .. aku ulang 2 minit....aku boleh "tahu" bahawa tajuk tersebut masih "alien' dalam dunia "instructional leadership" maka theory dan instrument yang berkaitan dgnnnya juga pasti masih "alien". 

Cadangan aku.... bacalah kesemua 48 artikel (dalam pic 1) berkaitan "instructional leadership" dan carilah sesuatu yang lebih konkrit sebagai gap utk dijadikan asas kepada kajian dan tajuk kajian.... yang berupaya menyumbang kepada "body of knowledge".... bukan kerana "tajuk tersebut belum ada orang buat" !!

Ingat...jgn tanya SV dahulu tajuk yang dicadangkan selagi anda tak pastikan yang anda ada rujukan yang cukup terutama utk buat LR kerana persetujuan SV tidak bermakna tajuk tersebut "researcable" dan "doable" bagi anda !! Maka jgn pulak salahkan SV.... sebab itu kajian anda dan andalah yang akan makan, tido dan mandi dgn tajuk tersebut...

Ini hanyalah pencarian secara mudah... Mendeley mempunyai keupayaan utk mendetailkan lagi pencarian anda..... yang itu kena bacalah buku aku !! Moga post ini membuka sedikit minda khususnya kepada pelajar2 baru....

Sebenar semua mudah dan ambil masa berapa minit sahaja.... jika anda tahu apa yang anda mahu dgn bantuan teknologi !!

INGAT BRO... INI TEKNIK 2 MINIT.... LEBIH CEPAT DARI MASAK MAGGI... BUKAN TEKNIK 2 SEMESTER ATAU 2 TAHUN YANG MENJADI AMALAN PELAJAR !!!

OT

Friday, June 20, 2014

JOM HEBAT.....

Slide JOM HEBAT:

Sila KLIK

Moga anda terus hebat !!



OT

Tajuk 614: Perbezaan PhD, EdD, MEd dan MSc?

Ada yang tanya: PhD vs EdD

Pertama: 
Kedua2nya adalah "doctorate degree" yang setara yang membawa title "DR". 
Kedua: 
PhD lebih "research-based" jika anda berminat dalam dunia scholar dan menjadi researcher khususnya pada tahap higher education... 

EdD lebih "educational-technical research-based" jika anda berminat mendalami bidang anda dalam pendidikan dgn komponen coursework dan research.

Jika anda ingin menjadi researcher khususnya di IPT - PhD lebih sesuai
Jika anda pegawai pendidikan termasuk guru - EdD lebih sesuai

Realitinya .... pegawai pendidikan (termasuk guru dan pengetua) ambil PhD manakala sebahagian pensyarah ambil EdD .... sehingga sebahagian yang ada PhD xbuat research selepas bergraduat sebaliknya yang ada EdD pulak masuk dunia scholar dan buat research dalam pendidikan !

Maybe kes yang sama berlaku antara PhD dan DBA....

Alahai MSc lawan MEd pulak !

Secara simple.... in educational context:

1. M.Sc (research-based degree) - preparation of researcher in education

2. M.Ed. (practitioner-based degree) - preparation of educational practitioners

Jadi lazimnya komponen research lebih banyak dalam MSc berbanding M.Ed. Yuran plak MEd lazimnya lebih mahal sebab lebih komponen coursework yang ko kena bayar.... tapi ada yang berhujah cam budak2.... lebih mahal maka lebih grand !!

Saya banyak bertemu pelajar Semester 1, dan kebanyakkan mereka mengambil MEd kerana ini program non-thesis atau coursework. Bila ditanya, mengapa ramai yang berminat mengambil non-thesis antaranya kerana:

1. belajar part-time, tak ada masa
2. lebih mudah lulus
3. lebih cepat konvo
4. payah ooo buat thesis-tesis ni !!

Pada dasarnya, kedua2 program MSc dan MEd adalah setara, no doubt about it. Lain perkataan, satu program tidak lebih baik dari yang satu lagi. Namun saya ingin menyentuh aspek lain iaitu perspective dan advantage. Ramai beranggapan program thesis lebih sukar spt diakui sendiri oleh pelajar non-thesis. Apa implikasinya? 

Implikasinya, sesuatu yang dianggap sukar akan dilihat sebagai lebih berharga. Jadi, tanggapan yang ada pada pelajar non-thesis menyebabkan pemegang MSc "dilihat" lebih berwibawa dari pemegang MEd sendiri.

Siapa pulak yang ada advantage ketika mengambil PhD atau EdD yang kedua-duanya ada komponen RESEARCH - pemegang MSc (research orientation) ataupun MEd (coursework orientation) ? 

Sila jawab sendiri - jgn nak spoon feed !!

Jadi balik kepada persoalan asas - mana satukah yang anda ingin pilih? Bagi aku, pilihlah mengikut plan jangka panjang anda. Jika anda hanya perlukan master degree utk promotion sesuatu jawatan selari dgn pengalaman yang meningkat..., ingin menambah pengetahuan tetapi kedudukan sebagai pendidik spt disekolah spt tidak diwajibkan mempunyai degree peringkat PhD atau EdD, maka program MEd adalah wajar untuk anda. Jika sebaliknya anda ada intention perlu menyambung ke peringkat “doctorate” maka MSc adalah pilihan lebih wajar kerana anda ada extra pengalaman membuat full scale research. 

Bagaimana jika anda tak berapa pasti hala tuju masa depan anda? Jika inilah situasinya, lebih baik ambil MSc, kerana jika tiba2 berhajat atau diperlukan utk menyambung pelajaran ke peringkat doctorate….... anda ada persediaan dalam research....

Anda boleh sahaja tidak bersetuju dgn apa yang aku tulis di atas.... tapi bagilah hujah yang non-debatable.... dan logic... bukan semata-mata "Ko nak tahu tak SV aku bagi tau....bla..bla bla...." 

OT


Tajuk 613: Dari CPR ke ICU – Menulis thesis dgn coherent dan consistent !!

Menjadi seorang calon master / PhD yang juga seorang scholar bukan mudah. Ko terpaksa membaca bermacam2 sumber terutamanya artikel dari journal. Membaca jurnal yang berbagai-bagai style dan approaches sudah cukup memeningkan. 

Aku dah perkenalkan CPR…. Kini aku nak perkenalkan pulak ICU. 

Amende plak ICU tu bro?

Itulah IDEA, CONCEPT and UNDERSTANDING !!

Menulis thesis terutamanya LITERATURE REVIEW perlulah 3C - clear, consistent dan coherent. Bagaimana nak laksanakan 3C jika semua artikel guna terminologies, approaches, context, samples hatta methodology yang berbeza2? 
Bagaimana nak “masukkan” semua material yang berbeza –beza tersebut dalam penulisan thesis supaya clear, consistent dan coherent?

Sila baca perlahan2…
1. Sbg permulaan ko mesti baca artikel dari genre atau bidang yang sama. Jika ko buat kajian pasal multimedia dalam pendidikan, hanya kumpul dan baca artikel multimedia dalam pendidikan, bukan multimedia dalam filem atau multimedia dalam komputer sains!! Jika ko baca juga multimedia dalam filem dan komputer science – confirm ko masuk ICU!

2. Wpun ko baca tajuk multimedia dalam genre / bidang yang sama, masih terdapat pelbagai cara penulisan, approach, school of thoughts, context kajian dll yang berbeza-beza… betul tak?

Abis camno?

Masa inilah ko perlu open minded dan apply ICU - IDEA, CONCEPT and UNDERSTANDING

1. IDEA 
Apabila ko mula membaca artikel2 berkaitan kajian multimedia dalam pendidikan….walaupun ko tak faham secara detail…. Tapi ko kena captured the main IDEA mengapa multimedia diperlukan dalam kajian pendidikan. IDEA ini adalah “the whole picture” bagaimana multimedia diapplikasikan dalam pendidikan.

IDEA atau the whole picture ini adalah idea keseluruhan yang menggabungkan keseluruhan idea utama dalam kajian multimedia dalam pendidikan yang dibincangkan dalam artikel2 yang ko baca. 

Contohnya setelah ko membaca secara skimming dan scanning… buat kali pertama atau ko guna teknik FBOT (Filter based on Theme) dan SROT (Speed reading on target) yang aku ajar dalam bengkel aku, dan ko dapati mostly kajian berkaitan multimedia dalam pendidikan melibatkan

(i) berkesanan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
(ii) pengurusan multimedia
(iii) pembinaan bahan multimedia
(iv) bagaimana maklumat dari persembahan multimedia diproses. 

Inilah empat IDEA main stream yang perlu ko sedari terlebih dahulu. Jadi fokus ko selepas itu hanyalah kepada satu sahaja IDEA yang related dgn apa yang ko nak buat…. contohnya kepada multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Fokus dulu artikel yang berkaitan dgn main IDEA utama ini... jgn ko campur aduk dgn idea2 lain... nanti ko yang termenung sendirian.... 

Jadi menguasai IDEA utama ini penting supaya ko menguasai perbincangan dan isu melibatkan IDEA utama ini yang menjadi fokus dalam penulisan tesis ko… 

2. CONCEPT
Selepas ko menguasai IDEA utama spt di atas..…. Ko akan dapat perbagai concept / theory yang diutarakan berkaitan IDEA tersebut. Bayangkan ada 15 theoris yang berkaitan dgn multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sahaja…. dari teori modality, dual coding, CLT, spatial… sehinggalah contiguity theory yang dibahaskan oleh nama2 leading author dalam bidng multimedia spt Sweller, Mereno, Mayer , Lowe… . 

Jadi ko sendiri kena pilih konsep yang paling sesuai dengan kajian ko tersebut… sama ada satu theory atau gabungan beberapa theories. Kemudian fokuskan pula pembacaan kepada thoery2 ini….

3. UNDERSTANDING
Setelah ko kuasai 1. dan 2. di atas…. ko dah mula mempunyai fokus utk membaca secara mendalam setiap artikel yang releven…. dan mula membina kefahaman yang menyeluruh berkaitan dgn segala aspek yang ko nak gunakan dalam penulisan tesis – latar belakang kajian, terminology yang khusus, operational definition, variables yang ko nak pilih, method dan analisis data yang lazim digunakan (supaya ko boleh upgrade dalam tesis ko), gap yang ada dan cadangan kajian masa depan dari artikel2 yang ko baca yang berkaitan dgn IDEA multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dan CONCEPT yang menjadi fokus kajian. Dgn ini akan lebih mudah ko nak buat theoretical dan conceptual framework.

Kesimpulan:
Selepas ko melalui ICU, pilihlah terminologi kajian ko dari IDEA dan CONCEPT yang ko baca…. dan menggunakannya secara CONSISTENT dalam thesis ko. Malah dgn pemahaman (UNDERSTANDING) yang perolehi…. Ko boleh merge mana2 terminologi atau theories yang hampir2 sama dgn satu teminology atau theori sahaja…. Yang ko gunakan dalam tesis ko supaya consistent.

Misalnya ko guna istilah “multimedia presentation” dalam tesis wpun artikel menggunakan istilah slide presentation, animation atau simulation asalkan semuanya menepati idea dan konsep multimedia presentation. 

Tanpa ICU…. Ko akan pening memanjang….. sebab setiap artikel spt tidak consistent antara satu sama lain…. jadi ko lah yang perlu bertindak sebagai “moderator’ utk kajian ko sendiri.

Ko kena “berani” jadi “moderator”… selepas ko membaca semua artikel main stream dan captured main IDEA dan CONCEPT dalam genre kajian ko sendiri lalu memberikan ko UNDERSTANDING….maka teruskan dgn penulisan secara 3C - CLEAR, CONSISTENT DAN COHERENT. 

Last sekali… aku percaya ramai yang dah buat ICU tapi tak cukup “BERANI” kerana takut salah dan tak confident dgn pemahaman sendiri. nasihat aku jgn takut bro…. tulis jer asalkan idea ko tak lari dari idea asal... wa cabar lu !

OT

Wednesday, June 18, 2014

Tajuk 612: Calon PhD/Master – Anda sendiri pilih SEMUANYA kecuali SATU !!

Aku di KFC dekat Temiang Seremban, ada 1.5 jam sebelum observation student aku di SMK Tuanku Najihah. Aku coretkan lagi....khusus bagi mereka yang belum berkesempatan utk hadir bengkel2 aku.... yang dah hadir maybe dah faham tapi boleh baca dan share !

Sejak awal anda ingin bergelar PhD candidate….anda telah buat pilihan dan ketentuan berikut.... tanpa paksaan:

1. Anda yang pilih utk sambung belajar
2. Anda yang pilih bidang pengajian anda
3. Anda tentukan universiti utk anda teruskan pengajian
4. Anda juga tentukan topic / bidang kajian anda sendiri
5. Anda jugalah yang mencari SV ikut bidang anda
6. Anda turut menentukan coursework yang sesuai dgn anda
7. Dll yang anda boleh tambah…..kecuali SATU !

AMENDE?

Jangan pilih atau tentukan tajuk kajian (working title) anda dahulu…. !

Tapi masa apply tu dah kena buat proposal ringkas.

Itu hanya gimmick….. maybe lebih utk menempatkan anda di fakulti yang sesuai…. Namun tajuk kajian sebenar perlulah dipilih dgn teliti….

Hayati dialog lazim berikut:

A: Sesuai tak tajuk kajian saya berkaitan “mobile learning dalam sistem pendidikan di Malaysia?” 

B: Kenapa nak buat tajuk ni?

A: Mobile learning ni masih baru di Malaysia?

B: Apa yang u nak kaji?

A: Tak tahu lagi mungkin kesediaan guru … infrastruktur, tahap pengetahuan atau tahap aplikasi mobile learning … faktor-faktor menghalang perlaksanaan mobile learning…

B: Ini termasuk tak e-learning, web-based learning, internet learning, blended learning, ICT, digital lerning… computer-based learning, 
computer-aided learning…. social net- working…. dan distance learning?

A: ................... terdiam !

Cari tajuk perlukan byk langkah, sebab implikasinya besar…. ini adalah antara senario yang perlu anda lalui:

1. Mulai dgn mengumpul primary literature khususnya journal utk mengetahui isu dalam topic / bidang kajian ….. perbezaan dan pertindihan terminologies yang digunakan (spt e-learning vs mobile learning) siapa yang menjadi leading authors dan apa teori-teori yang digunakan sebab tajuk anda mesti disokong oleh teori yang mantap… dan literature yang mencukupi…

2. Pencarian tajuk (working title) mestilah “specific enough” utk anda menguasai knowledge berkaitan tajuk yang dipilih secara mendalam…. barulah dikatakan “master” atau sampai ke tahap “philosophy”…

3. Sambil membaca sambil anda memulakan penulisan proposal dan membuat citation sebab penulisan anda adalah “your thinking in form of printed material” yang anda boleh semak atau baca semula dan boleh dapatkan connection apa yang dah baca. Tanpa penulisan… anda akan sentiasa “blurred” apa yang anda dah baca.

4. Pilihlah tajuk yang anda berminat dan dan bakal menghasilkan dapatan yang juga menarik minat scholar dalam bidang tersebut. 

5. Setelah anda lakukan langkah 1-4…. tanya SV anda tentang “unavoidable problems / obstacles ” jika tajuk tersebut menjadi pilihan… seperti masalah mendapatkan sample, membina instrumen, mengumpul data dll….yang mungkin luar pengetahuan dan pengalaman anda… maklumlah SV mempunyai pengalaman lebih luas….dan anda patut dimaklumkan apa2 yang bakal anda hadapi…. sebagai precaution…. kerana anda ada contraint budget, masa dan tenaga.

Andai SV asyik kata “OK”…. atau “u fikirlah sendiri” atau “u baca lah lagi” baik anda dapatkan pandangan orang ketiga…. takut2 SV andapun sama-sama tak sure.... 

Beberapa perkara tentang memilih tajuk (working title). 

1. Jangan pilih tajuk (working title) dgn isu yang kompleks dan terbuka spt…. “aplikasi mobile learning dalam sistem pendidikan negara” … fuhh…. Ini tajuk KPM pun ambil masa 10 tahun nak buat pilot !

2. Fokus kepada specific problem spt working title “Students’ achievement in concept X using mobile application” - mobile application lebih khusus dari mobile learning !!

3.Tajuk (working title) yang specific akan mudah diterjemahkan dalam bentuk research question (dan hipotesis) dan mempunyai variables yang jelas spt “Bolehkah mobile application meningkatkan pencapaian pelajar dalam konsep XXX ?” yang juga boleh ditulis dalam bentuk hipotesis….. 

Jika kajian quantitatif pula research question spt “Sejauh manakah / Bagaimanakah mobile application meningkatkan pencapaian pelajar dalam konsep XXX?”

4. Jika diperingkat PhD yang lebih rigorous, perlulah persoalan kajian tersebut dijawab dgn pembinaan instrumen baru yang diuji validity dan reliability atau bagi pendekatan kualitatif dijalankan kajian kes yang mendalam, atau mixed-method.

5. Tajuk yang specifik akan mengurangkan “kefeningan” anda apabila mendapatkan reka bentuk kajian, intrumen dan analisis data yang “appropriate”dan “suitable”. 

Jadi menjadi tanggungjawab anda memastikan dulu anda mendpat working title yang specific…. Yang dalam masa yang sama memadai utk mengisi gap dan menyumbang kepada knowledge…. 

Kalau anda bukan bidang education... pandai2lah buat inference sendiri !

OT

Monday, June 16, 2014

Tajuk 611: Student research VS Lecturer research

Ada dua klasifikasi asas dalam research – basic dan applied research. Kedua2nya penting sebab tanpa yang basic tak ada yang applied…. Tanpa yang applied tak berguna yang basic.

Basic research lebih bertujuan “to generate / enhance a body of knowledge” dgn memahami sesuatu teori atau prinsip. Sebab itu conceptual framework / theoretical framework seakan satu kewajipan dalam thesis. Basics research yang baik mesti berasaskan kepada critically review of previous studies in the area and try to improve what has already been studied !

Student mesti memastikan 3 perkara ini sebelum memulakan kajian:
• Having a broad “basic” knowledge of the topic
• Choosing an area of investigation 
• Proposing a significant contribution to the field

Applied research lebih bertujuan utk selesaikan masalah “sebenar” spt mengatasi pencemaran, mengawal penyakit, menghasilkan enjin yang efisyen…. pada skala sebenar…. dan selalunya dikendalikan oleh scientist atau pakar termasuk lecturers yang telah menguasai bidang yang dikaji …. dgn peruntukkan / geran yang sampai mencecah jutaan RM.

Kerajaan atau organisasi spt Petronas, MARA, bank juga keluarkan biaya / pinjaman utk pelajar master / PhD atas kesedaran utk lahirkan generasi baru bakal2 scientist dan pakar yang akhirnya nanti bukan sahaja boleh membuat basic research tetapi lebih didambakan utk membuat applied research utk pembangunan negara dalam pelbagai bidang.

Jadi…. fahami perbezaan antara keduanya…kerana pelajar mempunyai beberapa constraints – masa, finance dan man power. Dgn masa yang terbatas, sumber kewangan yang terhad serta tanpa bantuan man power… SV perlu membimbing pelajar supaya tahap dan skop kajian pelajar appropriate dgn tahap master atau PhD dan bukan terlebih2.... meminta mereka mengkaji sesuatu yang "baru" yg mereka tiada pengetahuan mengenainya ... atau yang melibatkan kos yang terlalu tinggi.... atau masa yang lama utk data collection.....dan seumpamanya...

Dalam satu kisah benar..... seorang pelajar PhD bertanyakan kajiannya yang "baru" .... lantas aku meminta kata kunci kajian tersebut. Sebaik sahaja aku search dalam Mendeley.... hanya SATU sahaja artikel yang muncul.... !! SV patut nasihatkan supaya ini tidak berlaku kpd pelajar yang masih "cempedak diluar pagar"... dann pelajar juga perlu sedar hal ini...

OT

Sunday, June 15, 2014

Tajuk 610: Bila supervisee pulak yang spoon feed SV !

Tidak mungkin bro.... ! 

Apapun bacalah post ini dgn hati terbuka.... 

Pelajar PhD / Master adalah pelajar matured... sekurang2 dari segi umur dan pengalaman hidup. Walau bagaimanapun, mereka mungkin tidak matured bila berhadapan dgn satu situasi baru....yang kompleks lagi abstrak yg bersifat heuristik. 

Ini terjadi kepada semua orang..... dan semua orang melaluinya.... termasuk SV yang dulupun adalah calon master/PhD.... bukan lepas 1st degree terus dpt PhD..... then dgn kerja keras dan bantuan paper2 dr supervisee sedikit sebyk tambah merit utk promotion....

Post ini menyentuh tajuk di atas....apabila kedengaran bahawa calon master/PhD jgn terlalu dimanja... elakkan "spoon feeding".... mesti boleh berdikari...befikir sendiri....

Ini dunia scholar.... jadi aku nak kupas secara santai....tajuk di atas.... utk bacaan bakal-bakal SV .... 

Apa sebenarnya maksud spoon feeding?

1. Bagi makan dgn sudulah.... macam baby....
2. Beri segala informasi yang telah sedia sehingga penerima tidak perlu mencari dan berfikir apa2 lagi.... sebab semua dah tersedia...

Jadi satu di ataspun tidak menepati dunia supervision. Calon master/PhD pada asasnya telah bersedia utk berdikari tetapi memerlukan bimbingan SV... merekapun tak mahu di spoon feed kan macam baby.

Soalan 1 - Ada ke SV sediakn jurnal utk pelajar baca.... tuliskan artikel utk pelajar...sedang pelajar tak buat apa2 ? 

Soalan 2 - Ada tak pelajar carikan artikel utk SV.... tulis artikel letak nama SV..... sedang SV tak sumbang apa2 yang signifikan?

Sila jawab dua soalan di atas dahulu....

Soalan 1... tu aku percaya tak pernah berlaku..... 

Soalan 2....ini aku percaya berlaku.... jika terjadi maka... pelajar yang spoon feed SV bukan sebaliknya.... abih camno?

Emmm.....



Tulisan ini bukan nak menuding jari.... tapi utk membuka ruang sama2 berfikir... kerana aku juga pernah menjadi pelajar... dalam dan luar negara....sementelahan banyak maklumat first hand yang aku terima.... sehingga tercoretnya post ini....

Apa pulak opposite kepada spoon feed? 

NEGLECT !

Apa yang dibimbangi SV kononnya tidak mahu "spoon feed" lalu tanpa disedari mengambil sikap "neglect" supervisee.... sehingga masuklah dalam PM aku kata2 sebegini....antaranya

"U buat sendiri sebab ini kajian U..."
"U bacalah lagi.... sampai faham.... kalau tak faham camner buat PhD"
"Kalau saya tunjuk.... macam saya yang buat PhD"
"Tulis jer... tunggulah komen masa defend proposal"
"Memanglah susah.... PhD bukan senang...."

Kedua2 spoon feed dan neglect ini perlu dihindari. Sebab itulah expectation kedua pihak perlu difahami terlebih dahulu.

SV harapkan pelajar yang boleh berdikari.... manakala supervisee mengharapkan SV yang supportive. 

Oleh itu.... SV perlu mendahului membimbing pelajar menjadi seorang yang boleh berdikari.... spt kata2 seorang Prof....

"My role is to guide you through the minefield that is the modern research process. You will learn how to identify gaps in knowledge, critically review literature, pose useful research questions, devise testable hypotheses, crawl through the morass that is research governance, acquire the necessary ethical approvals, collect and analyse data and so on..."

"At the beginning of this journey I will provide leadership and instruction. But a PhD is an evolving process towards independence as a researcher, so by the end you will be in control of supervisions and you will be telling me what you need from me. I am very happy to see this happen...."

OT

Saturday, June 14, 2014

Tajuk 609: Heuristic Vs Algorithmic: Mengapa calon master / PhD mudah confused !

Sering terjadi SV akan meminta pelajar berfikir sendiri atau terus membaca apabila diajukan kemusyhkilan atau soalan berkaitan kajian. Ada 2 kemungkinan:

1. SV tak tahu apa yang ditanya pelajar
2. SV sengaja nak uji pelajar…. 

Walau apapun kemungkinannya… pelajar terus strucked dan confused… sebab tak tahu apa lagi yang nak dibaca atau nak difikirkan. Cayalah tak cakap den ?

Kenapa ini berlaku….?

Ini kerana research bersifat heuristic iaitu tidak ada satu method tertentu yang khusus utk melakukannya…. dan sesuatu yang heuristic memerlukan lebih dari sekadar membaca dan berfikir sama ada dalam kotak apatah lagi diluar kotak.

Research dikatakan heuristic kerana ia adalah ill-structured or ill-defined problem. Maknanya…. setiap research terbuka utk dijalankan dgn berbagai pendekatan…. malah jika satu tajuk yang sama pun boleh dijalankan dengan beberapa method…. Asalkan menepati objektif kajian.

Oleh itu.. hanya mereka yang berpengalaman dan pakar berkeupaya berfikir secara heuristic. Oleh sebab itulah….. bila ada isu2 berkaitan sesuatu perkara… hanya pakar sahaja yang diminta berikan pendapat… bukan novis…. 
Calon master /PhD adalah novis. Mereka lebih banyak berfikir dan bertindak secara algorithmic…. iaitu ikut prosidur satu persatu. Bagi mereka, kajian akan menjadi mudah jika ianya bersifat well-defined atau well-structured research. Sebab itulah jika apa yang dibaca dan difikirkan oleh pelajar ini disergah oleh SV…. maka panic lah mereka serta bertambah2 confused lagilah fikiran mereka.

Mereka bukan tidak membaca…. Malah ada yang dah membaca ratusan artikel ….. dan maybe dah berfikir keluar dari semua kotak yang ada…. tapi masih ada kemusykilan yg “tak tercapai aqalku”…. Bukan itu sahaja…. Nak tukar ayat dalam questionnaire pun mereka takut… menggigil seluruh jasad sebab tidak ada pengalaman….. sedang SV tak komenpun apa2....

Disinilah INTISARI SUPERVISION YANG DIPERLUKAN OLEH PELAJAR….. DALAM HAL-HAL HEURISTIC…. bukan setakat suruh baca dan berfikir….tapi yg penting membimbing pelajar dgn berkongsi pengalaman sedikit demi sedikit sehingga mereka mendapat panduan yang jelas.

Jgn biarkan mereka berfikir dan terus membaca ….dan membaca.. tapi bagilah senario yang jelas yang mereka mungkin tidak pernah lalui lagi.. sebab itu mereka mudah confused n panic....

Jgn bimbang…. sampai masanya… pelajar ini akan menguasai heuristik kajian dan bakal menjadi pakar juga…. sebab SV dulupun begitu… bukan tiba2 jadi pakar !!

Arahan seperti “U buatkah intervention…. dan kawal lah extranoues variables….. kenalah tahu caranya dan berfikir….. sebab u yang buat PhD” tidak banyak membantu pelajar… sebab merekapun tahu membaca dan berfikir…. tapi lebih secara algorithmic dari heuristic ! Minta pelajar jelaskan satu persatu dan bimbinglah mana2 kemungkinan yang pelajar akan hadapi masalah…..

Jadi supervision bukan sekadar mengarah pelajar yang novis dan masih dalam dunia algorithmic khususnya berkaitan research utk terus membaca….. berfikir…. tanpa feedback yang jelas utk mereka menambah pengetahuan dan pengalaman.

OT

Friday, June 13, 2014

Tajuk 608: Literature Search - Sensitive, Specific dan Systematic

Apa yang aku tulis ni bukan benda baru…. tapi aku nak abadikan sebagai catatan dalam blog aku… .. lagipun 5 langkah ini sering diabaikan dipermulaan perjalanan sebagai calon master / PhD.

Aku cadangkan satu perkara yang ko mungkin tak setuju…. bila ko mula menulis… menulis dgn banyak tanpa perlu terlalu banyak berfikir…. tapi dgn satu syarat…. ko dah ada semua bahan yang ko nak tulis… 

Camner tu bro?

Syaratnya sebelum ko nak mulakan kajian dan menulis proposal / thesis ko kena lakukan 5 langkah berikut iaitu mencari bahan rujukan secara sensitive, specific yang dilakukan secara systematic.

Langkah 1: Define the main keywords of the topic / area of investigation – sensitive and specific !
Ko kenalah senaraikan perkataan utama bagi konsep / keyword topic kajian ko supaya pencarian ko sensitive dan specific. Sensitive tu maknanya tak ada yang tidak diproses dalam pencarian dan specific adalah hasil pencarian tersebut semuanya releven dgn scope topik kajian ko. 

Katakan ko nak buat kajian e-learning…. Ko kena juga masukkan dalam pencarian konsep yang setara spt mobile-learning, web-based learning, internet learning, computer-based learning, online learning dll…… tanpa semua ini…. pencarian ko dikatakan tidak sensitive. Namun jangan pula ko masukkan juga perkataan spt multimedia atau animation sebab pencarian dah tak jadi specific lagi…. sebab itu bukan skop kajian ko lagi…

Langkah 2: Identify database with search engine !
Ko kena tahu data base yang paling sesuai utk mendapatkan artikel secara sensitive dan specific. Jika education maybe banyak di ERIC, Wiley dan ScienceDirect dan jika berkaitan medical di PubMed dan Medline Plus… dan kalau management di EMERALD dan sebagainya. Pun begitu…. Ko juga boleh cuba database general spt Google Scholar. 
Kalau ko tak tahu kat mana databases tu berada boleh cuba dapatkan panduan di http://www.teachthought.com/technology/100-search-engines-for-academic-research

Langkah 3: Search information - make it systematic !
Dah tahu sumber data bases dari Langkah 2…. ko mesti expert dgn Boolean Operator dan juga explore habis2san advanced search…. supaya pencarian ko betul2 sensitive dan specific…. dilakukan secara systematic !

Langkah 4: Download relevant information
Katakan ko dah dapat artikel yang relevan…. selepas ko selesai kan semua langkah 1-3… then ko pun download …. save atau export ke Reference Manager spt EndNote dan Mendeley…. ketika inilah FB ko tu berguna utk contact kawan2 di IPTA lain jika IPTA ko tak subscribed artikel tu….esp rakan2 yang belajar di obersi.

Langkah 5: Manage and read articles effectively….
Dah dapat semua artikel….. masukkan dalam Mendeley dan masa nilah ko gunakan Mendeley utk membaca secara selektif dan mendalam mana yang paling releven sekali berdasarkan theme2 yang berkaitan dgn penulisan proposal / thesis. Effective tu maknanya ko terus dpt hasil apa yg ko nak tahu dr artikel2 tsebut tanpa perlu ko baca semua artikel satu persatu....

Jadi?

Jadi…. setelah ko dapat mengumpulkan artikel yang “terlebih-lebih”yang releven dan specific… sebab ada jutaan artikel diluar sana….maka membacalah dgn effective dan terus menulislah sebanyak mungkin dgn teknik CPR….. copy phase rephrase (aku dah ajar dalam bengkel2 aku) ke dalam ZDOT….sehingga fakta-fakta yang banyak tersebut akan memberikan gambaran tentang argument, theory, instrumentation, sampling, research design dll dalam topik kajian ko.

Jadi dgn bahan yang lebih dari mencukupi….specific dan releven….. bukan sahaja ko mudah guna CPR… ko jugak boleh terus menulis tanpa perlu pecah kepala !

Tajuk 607: CIRI dan LANGKAH PENCARIAN RESEARCH GAP – KENAPA MASIH TERGAGAP-GAGAP !

Sekonyong2 datang seorang calon PhD menemui aku….. dalam satu bengkel baru2 ini… katanya baru pergi ke EPRD, KPM nun jauh di Putrajaya kemudian ke UPM, UKM dan katanya akan ke UM plak… 

Bertanyalah aku – Apakah gerangannya sehingga meronda2 sebegitu rupa?


Katanya mencari bahan utk PhD… 


Rupanya dia bukan seorang yang berbuat demikian… ramai kawan2nya yang lainpun spt mengikut jejak yang sama… termasuk dari Sabah dan Sarawak… baik yang buat master mahupun PhD.


Lantas dia menambah - Kami cuba mengikut apa yang kami faham dari satu kursus bagi penerima biasiswa….. utk mencari RESEACH GAP….salah ker?


Oleh kerana aku diajukan soalan “salah ker?” aku nak kongsikan respon aku disini..


Aku tahu…. Semua calon master /PhD mulakan langkah dgn mencari RG atau ada juga disebut research problem. RG antara lain adalah sesuatu bahagian atau ruang atau unsur hasil dari pembacaan “critical review in the existing literature" yang memerlukan kajian lebih mendalam / komprehensif .... 


Maka RG ini akan....


1. jadi asas pembinaan persoalan kajian 


2. menjadi penentu research design bagi menjawab persoalan kajian dlm 1.


3. menjadikan manuscript thesis anda publishable (dlm bentuk journal) yang juga sebagai bukti “contribution to knowledge”


4. akan anda gunakan utk menunjukkan “signifikannya kajian” yang dilakukan


5. akan menyumbang kpd “originality” kajian anda


6.. akhirnya menjadi asas tajuk kajian anda !


Jadi kenapa habiskan duit dan masa pergi ke EPRD, then ke IPTA-IPTA yang lain sedangkan itu bukan langkah awal yang perlu anda lakukan?


Research gap adalah sesuatu yang anda “tidak akan tahu” selagi anda tidak membaca literature secara intensive, extensive, sensitive dan specific... sila baca post aku dan juga blog "drotspss" tentang istilah2 ini... dalam bidang kajian anda.


Oleh itu..... inilah langkah yang lebih logik dan masuk akal yang perlu anda lakukan. 


Katalah anda guru biology dan berminat dgn kajian dalam topik / bidang “Pendidikan Sains”, dan ingin membuat kajian dalam area of investigation “pedagogy” atau “kaedah pengajaran Biologi"


1. Kenalpasti dari pembacaan dalam literature semua keywords / istilah / terminologi / konsep dalam bidang “Pendidikan Sains” melibatkan aspek “Pedagogy” yang menjadi perbahasan dan isu.... utk dikaji lebih lanjut....


2.. Jika anda tidak pasti semua aspek dalam 1. di atas, mulakan pencarian literature dalam pendidikan sains mengkhusus kepada “Biology education” dan “Teaching Biology” dahulu. Dari pembacaan awal ini, dapatkan keywords / istilah / terminologi / konsep yang lebih specific untuk pencarian seterusnya berkaitan perbahasan dalam main stream pendidikan biologi yang terkini !


3. Setelah mengetahui secara lebih khusus “area of investigation” dgn beberapa keywords / istilah / terminologi / konsep, teruskan pembacaan secara lebih mendalam… sehingga anda mendapat “gambaran” isu yang dibahaskan dalam “dunia pendidikan biologi” terkini utk anda jadikan gap kajian anda.... bukannya isu disekolah anda, isu perbadi anda..... atau isu yang boleh memberi impak kepada KPM... atau mana-mana pihak.... tapi mberi impak kpd knowledge dlm pendidikn sains yg dibaca pula oleh scholar seluruh dunia..... dn at same time anda mjadi seorang researcher yg akan menguasai pendidik sains ... dan inilah impak PhD / master !


Apakah maknanya semua ini?


Semua ini membawa makna....


1. Research gap bukanlah “sesuatu kajian yang belum pernah orang lain buat” atau "kajian baru" .... sehingga calon master / PhD tergaru2....


2. Research gap bukanlah “sesuatu kajian yang akan memberi impak kepada majikan, sponsor biasiswa, atau mana-mana pihak... tetapi impak kpd knowledge dlm bidang yg dikaji dan kpd pengetahuan n kemahiran calon sendiri.


Calon inilah yg bakal beri impak seterusnya sbg tenaga pakar negara... jika dia terus buat kajian... bukannya hanya bbangga dgn gelaran 'DR' pasti tu tak buat apa2..... satu kajianpun xbuat lagi.....sampai obselete apa yg dulu diketahui.....


3. Research gap “adalah pengisian ruang yang ada didalam knowledge yang sedia ada…. knowledge dalam main stream.... bukan terpencil.... sebagai satu sumbangan kepada knowledge tersebut”


Maka…..


4. Langkah pertama….. adalah menguasai literature dalam bidang kajian anda…. maybe belum perlu ke EPRD atau mana2 tempat lain lagi......


5. Anda hanya perlu duduk dpn komputer utk beberapa jam bagi maybe beberapa hari tanpa perlu kemana2 …utk mulakan literature search dari berbilion2 artikel serata dunia dalam main stream bidang kajian anda data base seperti ERIC, ScienceDirect, Wiley, SAGE dll yang terpapar di skrin komputer anda.


Setiap database ini mempunyai “Advanced Search” utk anda mencapai SEMUA tujuan di atas. Maaf..... pergi ke koleksi kajian di EPRD tidak akan memberikan anda byk ruang mencari gap dlm main stream knowledge........apatah lagi dtg sejauh sabah n swak... berbanding dgn apa yang akan anda dapati dari pencarian di databases2 tersebut ! 


Lepas pasti apa gap yg selesa bg anda... boleh lah ke EPRD atau mana2 utk dpt info tambahan.... statistik... data dll....no problem...


6. Namun..... pencarian anda juga sia2 tidak sensitive dan specific jika anda tidak menguasai pengetahuan dan kemahiran menggunakan operator dalam pencarian AND, OR, NOT, *, “___”, +, -, ?, title, author, year, open acces, type dll… 


Jika anda tak tahu amende semua operator ini…. anda hanya memalukan diri anda sendiri sebagai calon master / PhD. 


Mmg ler org dulu2 xtahu pun benda ni siap gak tesis... samalah org dulu xder komputer.... siap gak tulis 3, 4 buku... 


7. Selain itu, aku mencadangkan supaya anda kuasai perisian Mendeley yang boleh bertindak sebagai “ONE STOP CENTRE” utk semua bidang….sebagai pelengkap pencarian literature anda selain dari langkah


6. YOU WILL BE AMAZED dgn apa yang MEndeley boleh lakukan !!


Akhirnya ….jika anda tak faham apa yang aku tulis di atas…. anda akan terus dilanda kekeliruan.... dan akan tergagap-gagap bila ditanya research gap....


Tuesday, June 10, 2014

Tajuk 606: Bila calon PhD / master gagal abiskan pengajian.... salah siapa?


Bila calon PhD / master gagal abiskan pengajian.... salah siapa?

Sapa nak jawab soalan di atas..... salah siapa?

Antara jawapannya adalah....

Kaunselor kata - calon tak cukup motivasi dan tiada matlamat yang jelas !

SV kata - calon tidak mahu datang berbincang....

Dean kata - mesti SV tak pandai supervised 

Pelajar kata - banyak kali tukar2 tajuk.....tak leh focused 

Rakan2 FB kata - dah lama dia tak online minta bantuan!

Girl friend dia kata - ntah... tapi nampak muram sejak akhir2 ni...

Sdr Shuhairy Norhisham kata - kenalah ikuti bengkel MPWS

Dato Fadhilah Kamsah kata - dia tak pelok isteri pagi2... (dia pelok malam jer)

Dato Fazlee Yaakob kata - kurangkan hobi selfie !

Dr Tengku Asmadi kata - perlu makan juzQ30

Ust Don kata - perbanyakkan doa dan solat hajat 

PM kata - dia patut beli buku Dr OT guna baucer buku 1Malaysia 

Jeng.... jeng....jeng....

OT kata - SEMUA diatas !!

Tajuk 605: 5 langkah wajib supaya ko banyak menulis dari banyak berfikir dan mengomel...

Apa yang aku tukis ni bukan benda baru…. tapi aku nak abadikan sebagai catatan dalam blog aku… .. lagipun 5 langkah ini sering diabaikan dipermulaan perjalanan sebagai calon master / PhD.
Aku cadangkan satu perkara yang ko mungkin tak setuju…. bila ko mula menulis… menulis dgn banyak tanpa perlu terlalu banyak berfikir…. tapi dgn satu syarat…. ko dah ada semua bahan yang ko nak tulis…

Apa syaratnya?

Syaratnya sebelum ko nak mulakan kajian dan menulis proposal / thesis ko kena lakukan 5 langkah berikut iaitu mencari bahan rujukan secara sensitive, specific yang dilakukan secara systematic.

Langkah 1: Define the main keywords of the topic / area of investigation – sensitive and specific !
Ko kenalah senaraikan perkataan utama bagi konsep / keyword topic kajian ko supaya pencarian ko sensitive dan specific. Sensitive tu maknanya tak ada yang tidak diproses dalam pencarian dan specific adalah hasil pencarian tersebut semuanya releven dgn scope topik kajian ko.

Katakan ko nak buat kajian e-learning…. Ko kena juga masukkan dalam pencarian konsep yang setara spt mobile-learning, web-based learning, internet learning, computer-based learning, online learning dll…… tanpa semua ini…. pencarian ko dikatakan tidak sensitive. Namun jangan pula ko masukkan juga perkataan spt multimedia atau animation sebab pencarian dah tak jadi specific lagi…. sebab itu bukan skop kajian ko lagi…

Langkah 2: Identify database with search engine !
Ko kena tahu data base yang paling sesuai utk mendapatkan artikel secara sensitive dan specific. Jika education maybe banyak di ERIC, Wiley dan ScienceDirect dan jika berkaitan medical di PubMed dan Medline Plus… dan kalau management di EMERALD dan sebagainya. Pun begitu…. Ko juga boleh cuba database general spt Google Scholar. 

Kalau ko tak tahu kat mana databases tu berada boleh cuba dapatkan panduan di http://www.teachthought.com/technology/100-search-engines-for-academic-research
Langkah 3: Search information - make it systematic !
Dah tahu sumber data bases dari Langkah 2…. ko mesti expert dgn Boolean Operator dan juga explore habis2san advanced search…. supaya pencarian ko betul2 sensitive dan specific…. dilakukan secara systematic !

Langkah 4: Download relevant information
Katakan ko dah dapat artikel yang relevan…. selepas ko selesai kan semua langkah 1-3… then ko pun download …. save atau export ke Reference Manager spt EndNote dan Mendeley…. ketika inilah FB ko tu berguna utk contact kawan2 di IPTA lain jika IPTA ko tak subscribed artikel tu….esp rakan2 yang belajar di obersi.

Langkah 5: Manage and read articles effectively….
Dah dapat semua artikel….. masukkan dalam Mendeley dan masa nilah ko gunakan Mendeley utk membaca secara selektif mana yang paling releven sekali berdasarkan theme2 yang berkaitan dgn penulisan proposal / thesis.

Jadi?

Jadi…. setelah ko dapat mengumpulkan artikel yang “terlebih-lebih”yang releven dan specific… sebab ada jutaan artikel diluar sana….maka membacalah dgn effective dan terus menulislah sebanyak mungkin dgn teknik CPR….. copy phase rephrase (aku dah ajar dalam bengkel2 aku) ke dalam ZDOT….sehingga fakta-fakta yang banyak tersebut akan memberikan gambaran tentang argument, theory, instrumentation, sampling, research design dll dalam topik kajian ko.

Jadi dgn bahan yang lebih dari mencukupi….specific dan releven….. bukan sahaja ko mudah guna CPR… ko jugak boleh terus menulis tanpa perlu pecah kepala !

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...