.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, December 6, 2014

Tajuk 695 - Kecelaruan PhD / Master – tulis biar sampai org tak faham !

Aku diajukan satu soalan… “Betul ke pemahaman saya bahawa menulis kajian PhD biar sampai susah difahami… sbb kalau senang nak faham itu bukan PhD !”

Fuhhh… lagi kecelaruan yang bersarang dalam minda PG. Kecelaruan ini bukan datang begitu sahaja… kecelaruan ini telah membudaya malah sebahagiannya telah membarah sehingga ada yang mengidapnya pada tahap 4 !

Kalau gap difahami sebagai “kajian yang tak pernah dibuat lagi”… original / novel sebagai “kajian baru yang menghasilkan sesuatu yang tiada sebelumnya”, signikan kajian adalah kajian yang “memberi impak maksima kepada society dan policy” dan menulis thesis pula mestilah “dgn ayat yang kompleks supaya susah difahami barulah sampai tahap PhD…”

Aku bukan pakar bahasa tapi percayalah…. setiap ayat yang ditulis mestilah menggambarkan maksud yang jelas, sebaik2nya guna ayat dan perkataan yang mudah-mudah. Yang menjadikan perkataan tersebut mungkin sukar difahami kerana istilah2 jargon / terminology yang digunakan, bukan sengaja pula mencari jalan membina ayat yang kompleks.

Contoh 1:
Ayat berikut mudah difahami bagi mereka dalam bidang kimia. Ini bukan ayat kompleks. Kalau anda bidang kimia, then tak faham…. andalah yang bermasalah. Kalau anda bukan bidang kimia…. tiba2 anda faham… ini keajaipan !

“Produk hasil tindak balas redoks boleh ditentukan dengan nisbah jisim molar setiap reaktan melalui pengiraan stoikiometri”



Contoh 2: 
Ayat berikut susah difahami wpun bagi mereka dalam bidang kimia kerana ayat ini di”complex”kan. Kalau anda bidang kimia, tak faham…. sahlah ayat ini bermasalah.

“Pengiraan pernisbahan kemolaran reaktan secara stoikiometri boleh menentukan pernisbahan molar produk”

Kecelaruan apakah ini sehingga sengaja mencipta susah berbanding yang lebih mudah....? Kajian yang dibuat dan penulisan akademik dgn segala macam formatnya dah cukup susah.... kenapa sengaja menambah kesusahn yang tidak perlu - dah tak der keje lain ke?

Kenapa selepas kita terkena duri apabila melalui satu jalan, kemudiannya mencampakkan duri yang terlekat dikaki dijalan yang sama? Tidakkah lebih baik jika duri tersebut kita buang jauh2 supaya mereka yang melalui jalan itu kemudiannya tidak akan terkena duri yang sama?

Jika anda tidak faham dua ayat dgn tanda soal di atas, itu bukan kerana ia kompleks tetapi kerana ia terlalu puitis !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...