.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, October 23, 2014

Tajuk 673: Bukan cari TAPI bina GAP: 4 cara HOT - Hybridization of Theories !

Ramai juga yang keluh kesah mencari “gap” tak jumpa2. Dalam post kali ini, aku nak berkongsi bagaimana “gap” boleh di wujudkan tanpa perlu mencarinya.

Fuyoo….

Gap bukan sahaja sesuatu yang “kurang” dalam kajian lepas tetapi GAP juga boleh dibina bagi menghasilkan contribution to knowledge. Oleh itu GAP boleh diwujudkan dgn teknik Hybridization of Theories (HOT)… bertujuan mengembangkan knowledge yang ada sebagai contribution melalui HOT.

Paling cantik jika anda ada HANDBOOK yang mengumpulkan perbincangan theory2 dalam bidang kajian anda atau bidang yang saling berkaitan. Buku ini mestilah kupasan atau compilation theory berasaskan kajian2 lepas. Prosiding yang terbaharu pun boleh digunakan kerana terdapat pelbagai theory yang dikupas dalam bidang yang sama atau dalam bidang interdisiplin yang saling berkaitan. Pembacaan dari sumber ini lebih memudahkn anda memahaminya dan mendapatkan kesesuaian pelbagai theory sebelum menjalankan HOT.

Ingat…. Tenik ini takkan anda jumpa di mana buku atau mana-mana kupasan… hanya aku jer yang tulis…

HOT atau kacukan teori bertujuan mengembangkan knowledge sedia ada dgn menggabungkan 2 atau lebih teori yang established. Samalah konsepnya dgn menggabungkan kamera, telefon dan internet utk menghasilkan smart phone…. barulah smart !

Ada empat syarat atau panduan membuat HOT iaitu:

1. Theory atau prinsip atau model yang anda nak gabungkan mestilah dalam bidang yang saling berkaitan. Sebagai contoh…. bidang pendidikan mempunyai cabang lain seperti psychology atau management. Ini bermakna…. apa sahaja teori dalam psikologi atau management pada dasarnya boleh dihibridkan dgn theory dalam pendidikan sebagai GAP.
Contohnya anda boleh gabungkan theory hypnosis (psikologi) dgn theory meaningful learning (pendidikan) utk mengetahui bagaimana hypnosis boleh accelerate meaningful learning.

2. Theory yang ingin digabungkan biarlah established
Theory yang hendak digabungkan mestilah theory yang dah established samada intra-discipline (teori pendidikan + teori pendidikan) mahupun inter-disciplines (pendidikan + psikologi).
Contohnya gabungan neuropshychology (brain psychology) dgn theory ZPD (theory cognitive dalam pendidikan) yang kedua2nya melibatkan mental representation. Ini boleh membantu anda menjalankan kajian sambil hasilnya dapat mengembangkan pemahaman terhadap fungsi neuro-cognitive dalam pembelajaran…..

3. Terdapat unsur redundancy antara thoeries
Theory constructivist dalam pendidikan mempunyai pertindihan (redundancy) dengan segmentation principle dalam cognitive theory of multimedia learning kerana kedua2 berasaskan pembinaan maklumat dari pre-knowledge. Kedua2nya spt bertindih kerana mempunyai asas yang sama iaitu pre-knowledge… maka sesuai dihibridkan utk hasilkan kajian dgn memberikan pemahaman yang lebih mendalam bagaimana keduanya membantu pencapaian pelajar.

4. Terdapat unsur extension bila dihibridkan
Teori conceptual change dalam pendidikan merujuk kepada keupayaan mengubah pemahaman (konsep) yang mudah kepada konsep yang lebih kompleks selepas melalui sesuatu instructional strategy (intervention). Theory ini boleh dikembangkan (extension) lagi kepada reconstruction of not only concept tetapi juga dalam masa yang sama keupayaan mengubah misconception kepada scientific conception. Hasil kajian akan lebih mantap kerana hybridization ini memberikan extended understanding kepada proses cognitive yang bukan sahaja melibatkan perubahan konsep tetapi juga perubahan dari misconception ke proper conception…

Tiga kajian pelajar aku yang guna HOT adalah kajian mereka berkaitan ARTMEDIA (Art + Multimedia - PhD), DBGL (Games + Learning - PhD) dan MMM (Mind-mapping + Mnemonic - MSc)

Kesimpulan:
Theory / model / prinsip yang sebelum ini dikaji secara berasingan kini boleh digabungkan utk menghasilkan sesuatu yang lebih mantap, komprehensif.

Moga anda boleh apply dalam bidang kajian anda sendiri….

Dan semoga malam anda turut HOT !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...