.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, August 30, 2014

Tajuk 649: Problem statement – Workable dan Researchable !!

Aku nak tulis pasal problem statement yang workable dan researchable supaya kajian ko juga akan workable dan researchable.

The heart of a research is the PROBLEM STATEMENT (PS). Kalau aku baca tesis.. aku baca hok ni dulu… baru terbuka selera nak baca seterusnya. Kalau PS simple sangat, dan aku dah boleh agak dapatannya…. terbantutlah selera aku.

Cer ko bagi contoh.

Katalah ada kajian experimental… nak bandingkan kaedah ajar Sejarah traditional VS guna lakonan dgn bantuan skrip dan bimbingan guru. Cer ko agak hasilnya? 

Tentu hasilnya akan menyebelahi kumpulan experimental... klise !




Maybe 10 tahun dulu kajian sebegini masih diterima…. tambahan skop kajian terlalu “personal” dikhuatiri tidak diminati oleh scholar lain, local mahupun antarabangsa. 

PS sebenarnya juga adalah isu yang menyatakan keperluan kenapa kajian ko penting dan urgent utk dijalankan, pendek kata justification for the research to be conducted. Ko perlukan pembacaan yang luas dan mendalam dalam topic kajian ko supaya ko boleh mendapatkan satu isu / PS yang specific yet interesting. 

PS mestilah researchable dan workable. Apa maksdunya ini? Dua istilah ini membawa maksud PS ko mestilah mempunyai focus atau scope yang khusus supaya ko boleh selesaikan. Misalnya ko hanya memilih satu theory dalam ekonomi (yang ada beratus2 teori) sebagai asas menyelesaikan masalah kajian ko. Ia juga bermaksud…. Kajian ko mesti mempunyai satu dimensi yang khusus. 

Contohnya kajian gelandangan (homeless) ko hanya mengkaji aspek “mental health” sahaja atau “drug dependency” sahaja dan bukan utk masalah gelandangan secara umum kerana terdapat multifactor dan pelbagai dimensi.

Jadi workable atau researchable membawa maksud “the problem must be precisely specified and capable of being addressed with “available resources”.

Apa la plak available resources tu? 

Yang penting adalah:

1. Literature review – to get the theoretical framework dan sound methodology !
2. Researcher must have background knowledge 
3. Expert (SV lah)
4. Budget (jika melibatkan upah dll)

Dalam pengenalan tesis, ko perkenalkan dulu problem secara umum…. spt masalah gelandangan akibat pelarian, kekurangan pendidikan, masalah keluarga, ekonomi, urbanisasi, dadah, mental health … then ko juruskan kepada PS yang specific utk kajian ko katakan “mental health” dan ko juga perlu bersedia dengan “potential solution” utk PS ko tu.

Topic gelandangan ini kini semakin hangat !!!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...