.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, August 7, 2014

Tajuk 634: Empat sebab kenapa ada kalanya SV tidak banyak membantu...

Terbacanya tajuk ini akan ada supervisee terus berkata…. “SV saya OK… bagus dan understanding.... saya dibantu itu dan ini“ maka itulah juga yang diharapkan oleh semua supervisee…. namun sebagaimana lazimnya…. terdapat insiden yang mungkin berbeza… dan tidak menyebelahi supervisee.

Tajuk ini ditulis secara general… bagi menggambarkan secara general juga keadaan kenapa ada supervisee yang komited tetapi tidak mendapat supervision sewajarnya. Jika ada supervisee yang jenis “buat tak tahu”…dan mengharapkan “100% supervision” tidak termasuk dalam tulisan aku ini.

Kenapa aku tulis semua ini? 

Aku seorang SV… maka aku nak beri sedikit pandangan aku dalam dunia supervision yang aku juga terlibat… yang aku juga mungkin terlalai.... utk bacaan khusus kepada supervisee supaya suatu hari nanti ko pula akan menjadi SV yang lebih cemerlang, terbilang, gemilang. 

Dunia supervision adalah dunia unik walaupun dihuni oleh hanya dua species - supervisee dan SV . Species SV walaupun berasal dari species supervisee, entah macamana boleh berfikir secara yang berbeza bila menjadi SV….



Pertama:
SV pada dasarnya tidak dilatih secara khusus untuk memberikan supervision. SV mendapat pengalaman supervision ketika menjadi supervisee…. dan pengalaman turun temurun ini membina cara berfikir atau mind set supervisee apabila menjadi SV. 

Terdapat supervisee mengalami pengalaman “yang sukar” dari SV, maka pengalaman inilah yang berada dalam mind set supervisee apabila dia menjadi SV. Sesuatu yang sukar yang dialami oleh supervisee ketika menyiapkan kajiannya dianggap “normal” oleh SV…. lalu membiarkan supervisee melalui pengalaman tersebut… tanpa diimbangi dgn supervision sewajarnya…

Kedua.
Zaman semakin menuntut banyak komitment dari SV dan supervisee. SV semakin sibuk, begitu juga supervisee. Namun.. SV agak "bernasib baik" kerana tuntutan beban tugas yang banyak dapat diseimbang bersama research team, ada RA supported pulak by RMC.... malah berkolaborasi dgn SV lain yang pakar… dipermudahkan dgn research grant. Jika ada grant boleh upah enumerator... programmer.... animator.....even upah validator dan proofreader bagai. Maka ini membentuk mind set SV bahawa research taklah susah mana.

Bagaimana dengan supervisee yang novis dan membuat research seorang diri tanpa research grant? Dengan kekurangan dalam segala aspek, bimbingan menjadi perkara utama yang diperlukan oleh supervisee namun, SV tidak semestinya berfikiran begitu malah ada yang membiarkan supervisee bergerak sendiri mengejar “standard” yang ditetapkan. 

Ketiga
Ini hal sebaliknya pula. Zaman SV berbeza dengan zaman sekarang. Expectation utk kajian yang berkualiti semakin meningkat. Kalau dulu kajian dgn analisis yang mediocre dah memadai.... kini kajian telah memasuki advanced statistical analysis.
Supervisee yang sedar, mula mendapatkan kemahiran ini….. sedang tidak semua SV mampu menyelia dengan kemahiran tersebut… maka SV akan membiarkan supervisee bergerak sendiri…

Keempat:
Tak semua SV ada skill menjadi SV yang baik. Terdapat SV yang menjadi researcher yang hebat tetapi tidak semestinya menjadi SV yang hebat. SV mempunyai mind set bahawa jika dia boleh menjadi menjadi penyelidik yang hebat tanpa supervision.... kenapa tidak supervisee?

Aku sedang berfikir.

Keadaan di atas adalah asam garam dunia supervision…. maka langkah pertama adalah memahami kenapa ia berlaku dan seterusnya membuat persiapan supaya tidak pasrah sahaja kepada situasi tersebut. Jika empat keadaan di atas dianggap sebagai “latihan” kepada supervisee…. maka bersedialah utk berfikir bagaimana utk menghadapi “latihan” tersebut….

Pertama:
Master / PhD adalah persiapan menjadi independent researcher. Ini bukan bermakna ko boleh abaikan SV tetapi bersedia utk menerima supervision yang sangat minimal.

Kedua:
Master / Phd melibatkan research dan penulisan thesis banyak mechanism dan teknikalnya. Maka luaskan networking ko kepada rakan2 satu bidang, mendalami kajian2 terkini dan kuasai bidang kajian ko sendiri… serta panjangkan langkah ko utk dapatkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dimana sahaja ko boleh perolehinya… jika bukan dari SV atau IPTA/S ko sendiri….

Ketiga:
SV wpun berpengalaman, tetapi kurang memberikan fokus kepada kajian yang ko nak jalankan sebab diapun ada kajian dia sendiri dan menyelia ramai supervisee lain. Percayalah… dgn “stay focus” kepada tanggungjawab ko sebagai supervisee… ko tidak perlu meletakkan harapan utk mendapat segala2nya dari SV. 

Keempat:
Bagi supervisee dalam social science….. ko adalah theoretician….. kajian ko menyentuh teori yang perlukan pembacaan yang mendalam…. maka gunakan masa utk menguasai sumber pembacaan dalam kajian ko… ko perlu membaca dengan banyak… tahu apa nak baca….tahu kat mana nak cari apa yang nak dibaca…. semua ini terletak dibahu ko... bukan bahu SV...

Cukuplah.

Moga perkongsian ini dapat membawa ko berfikir…kerana sukar utk mengubah SV yang dah berada dalam zon nya sendiri..... tetapi lebih mudah membentuk pemikiran dan kesedaran supervisee yang bakal berada dalam zon tersebut. 

Motif aku satu sahaja.... situasi SV-supervisee selama ini dianggap taboo... tak ada sapa nak bincang....jadi aku buka medan utk semua berfikir.... baik SV mahupun supervisee.... dan aku ambil peluang majoriti supervisee akan jadi SV.... maka perlulah mereka berfikir secara professional...

Akhirnya aku ingatkan bahawa ko tidak selamanya dapat apa yang ko hendak dan jalan terbaik buat masa ini adalah membuat persiapan dan berusaha utk mendapatkan master / PhD ko …. dgn bimbingan atau tanpa bimbingan spenuhnya dari SV….

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...