.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, July 10, 2014

Tajuk 621: Comfort Zone ? Kenapa buat Master / PhD rasa macam nak mati…!



Aku selalu dengar …. malah disebut dimana-mana oleh hampir semua “pakar motivasi” supaya kita perlu keluar dari COMFORT ZONE jika ingin berjaya dan terus berjaya.

Otak pentium five aku ni pun berfikir…. apa itu comfort zone? Comfort zone tu maknanya lebih kurang “a situation where one feels safe or at ease and without stress”

Kemudian, jantung eight valves aku bergerak laju bila memikirkan …. betul kah kita memang berada dalam comfort zone…. selesa sehingga perlu keluar dari comfort zone tersebut utk meraih kejayaan? 

Kenapa pula pelajar master / Phd juga diminta tinggalkan comfort zone?

Kalau keluar dari comfort zone…. ko nak masuk ke zone mana pulak? 

Cer ko jawab dgn otak duo core 7i intel pentium ko?

Bagi aku…. pelajar PhD / Master…. BUKAN berada dalam comfort zone… jadi menyuruh mereka keluar dari zone tersebut adalah “out of question”. ..

Setahu aku….semua pelajar PhD/Master sebaik sahaja mendaftar akan terus rasa tak selesa, worry, distress dan torturepun ada. Tak selesa kerana masih belum dapat sesuaikan diri menjadi pelajar semula…. nak sesuaikan waktu belajar…. perasaan takut tentu wujud, bolehkan aku siapkan proposal, lulus coursework, mencari, membaca dan menyusun artikel, menulis tesis, membuat kajian, menganalisi data, menulis artikel dll…. dan terasa torture bila banyak assignment kena disiapkan. Jika inilah halnya.... bukanlah dinamakan “comfort zone”.

Jadi…. Kenapa perlu keluar dari “comfort zone” sedang pelajar tidakpun berada dalam zone tersebut!

Pada hemat aku…. pelajar master / phd layak dikatakan berada dalam “distress zone”…. bukannya comfort zone !

Abis tu?

Statement yang sepatutnya adalah - keluar dari “distress zone” masuk ke “comfort zone” !!

Kenapa nak kuar dari comfort zone sedang mereka takpun berada dalam zone tu….! 

Yang ini bukan comfort zone !!


Jadi aku menyeru supaya pelajar master/phd masuk ke dalam comfort zone, bukannya keluar bro !

Pertama:
Pelajar PhD/master sedang bertungkus lumus mengikuti pengajian.. maka mereka berada dalam “distress zone” 

Kedua:
Adalah tidak wajar terus membiarkan diri berada dalam "distress zone" sedangkan "comfort zone" ada.

Ketiga:
Utk keluar dari “distress zone” dan masuk ke “comfort zone” ko perlu terlebih dahulu berusaha menguasai kemahiran yang akan memudahkan ko mengatasi segala cabaran membuat penyelidikan dan menulis tesis.

Keempat:
Ini adalah antara kemahiran asas yang wajib ko kuasai terlebih dahulu:
a. Reference Manager – literature search, operator for sensitive and selective searching
b. Article management – thematic and chronological based management
c. Article analysis – scanning, skimming, speed reading, groundedness dgn MENDELEY
d. Thesis writing template - navigation pane
e. Thesis writing – consistence, coherent, concise, paraphrase, rephrase, summarize, citation formatting etc
f. Instrumentation development / validation
g. Data analysis – SPSS, AMOS, PLS, Atlas.ti, Nvivo (for social science)
h. Article writing and publication
i. Dll yang berkaitan

Jgn tanya aku camner nak kuasai kemahiran di atas…. selain bengkel di IPTA ko…. atau ko anjurkan sendiri…. ko juga boleh google “MPWS” utk ketahui ada bermacam bengkel dianjurkan khusus utk postgraduates… jgn ko dok diam menganga jer.... harapkn apa yg ada di fakulti jer.... kena pro aktif dan buat sedikit pelaburan utk dapatkan kemahiran...

Kelima:
Penguasaan 8 kemahiran di atas, seawal mungkin akan membolehkan ko meninggalkan “distress zone” dan masuk ke dalam “comfort zone”… kerana dgn penguasaan kemahiran tersebut ko boleh mencari artikel, membaca dan menyusun secara efisyen dan pantas. Ko juga akan menulis dgn cepat dan sistematik…. Ko akan rasa lebih comfort … seperti berada dalam comfort zone !!

Kesimpulan:
Bagi mendapat kejayaan sebagai calon PhD / Master, ko hendaklah berusaha masuk ke dalam “comfort zone” bukannya keluar bro !! 

Aku pernah bermonolog dgn diri sendiri ketika belajar di Australia … selepas aku berjaya siapkan final draft thesis aku dalam masa 22 bulan sahaja… “Mengapalah senang sangat aku buat PhD ni wpun dalam BI” sedang aku berhempas pulas macam nak mati…. semasa aku buat master wpun dlm BM?"

Sekarang baru aku tahu bahawa ketika buat master aku berada dalam “distress zone” kerana tidak menguasai apa2 kemahiran…. sekadar masuk kelas research methodologi dan kelas teori yang lain…. dan ketika buat PhD aku berada dalam “comfort zone”…. kerana aku menguasai flash (aku buat animation), aku optimised guna reference manager, aku applied navigation pane, ZDOT dll kemahiran termasuk, SPSS dan kemahiran analisis data qualitative kerana aku buat mixed method….

Jadi masuklah ke comfort zone jika ingin berjaya bukan keluar !! Cayo lah cakap den….


OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...