.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, July 6, 2014

Tajuk 620: 10 perkara dalam pencarian topik kajian !!

Satu skrip klise calon PhD:

"Boleh tak saya buat PhD berkaitan Sistem Pengurusan PBS (sistem membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan)"

Aku tanya kenapa?

Jawabnya dgn mata bersinar2 spt mata Felixia...."Sistem tersebut banyak kelemahan..... dan tidak berasaskan cloud computing.... saya dah ada pengalaman ribu2 data hilang.......

Aku tanya lagi "Itu jer alasannyer"

Dia jawab penuh semangat persis Neelofa ditanya penghijrahannya "Paling best masalah ni masih belum dikaji lagi...."

Respon aku "Bukan semua masalah sesuai utk PhD"

Dia jawab "Kenapa plak"

Aku jawab "Apa teori yang U nak guna?"

Dia jawab dgn tenang, setenang Mizz Nina "Mestilah ada....carilah dalam journal..... "

Aku sambung lagi "Katalah U sedang jalankan kajian .... dah abis 6 semester....tiba2 KPM mansuhkan PBS, lantik panel untuk ganti dgn sistem baru atau upgrade sistem tersebut menggunakan platform cloud.... apa jadi dgn kajian u?"


Emmmmm.... kena PBS lah.....Pi Buat Semula !!

Sooo...........

Carilah topik dan kemudian tajuk kajian yang:

1. mendalami bidang anda dgn pengetahuan baru mengatasi mencari pengetahuan dalam bidang baru

2. mestilah mengutamakan motif ilmiah mengatasi motif peribadi / SV anda.

3. boleh sumbang "some new understanding" mengatasi "fix somebody else or even government's / sponsor's problem"

4. telah ada beberapa teori yang jelas mengatasi pelbagai teori yang kabur

5. berada dalam main stream literature yang "cool" mengatasi isu pinggiran yang hot !

6. mempunyai specific sampling frame mengatasi sampling dari sample terbuka takut anda meraba2...

7. menguji variables / instrument baru mengatasi menguji polisi baru

8. mempunyai isu bersifat international mengatasi isu local

9. diperolehi dari bacaan intensif dan extensive dari pelbagai sumber mengatasi pujukan intensif dari mana2 pihak ketiga 

10. jika boleh dan sesuai..... ambil peluang buat mixed method mengatasi single method !!

Anda tak perlu bersetuju jika ada pandangan di atas yang menyonsang arus... 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...