.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, April 22, 2014

Tajuk 584: Aku tak minta lahir kedunia !

Aku baru selesai menghadiri “sidang kemuncak” guru2 MRSM…. Guru2 yang mendidik anak2 cemerlang akademik. 

Tiba2 hati aku sayu…. Kerana setiap anak dilahirkan dgn fitrah yang suci… ibarat kain putih, namun Allah takdirkan lahir juga anak yang kelainan upaya mental, juga ada yang mempunyai kelainan fizikal..... dgn pelbagai nama pula - autism, dyslexia, ADHD, GDD dan sebagainya.....

Anak yang mempunyai kelainan ini juga memerlukan ruang untuk pendidikan... ruang untuk berada dalam mainstream pendidikan negara.... Aku tertanya2 lagi, di manakah sekolah mereka? Siapa yang mengajar mereka? 

Oleh kerana mereka dinamakan “insan istimewa” adakah sekolah mereka juga istimewa? Jika tidak lebih istimewa dari Sekolah PERMATA PINTAR ….. atau dari SDAR dan Tun Fatimah tentu lebih istimewa dari Sekolah Berprestasi Tinggi yang bercambah tumbuh diseluruh negeri? 

Betulkah telahan aku ini? Aku juga tertanya2….adakah guru mereka juga istimewa……. mendapat latihan khusus dan terlatih … termasuk menghadiri “sidang kemuncak” di hotel mewah untuk membicarakan pemantapan persekolahnak2 istimewa ini ?

Semasa aku belajar di Australia dulu…. Tiada taman perumahan, shopping kompleks atau apa-apa prasarana akan diluluskan pembinaannya jika salah satu syarat wajib iaitu kemudahan kepada insan istimewa ini tidak disediakan. 

Mereka betul2 istimewa…. Mereka tidak tersisih…. Sebagaimana Nick Jujicic yang tiada tangan dan kaki tetapi mendapat tempat yang istimewa disana… sehingga menjadi motivator berkelas dunia... hingga jadi icon mereka yg normal juga...malah sejarah dunia sering mencatatkan kejayaan golongan istimewa...
Mereka anugerah ALlah...

Aku ingin ucapkan terima kasih secara khusus kepada ex-pelajar ku.... dan kini menjadi sahabat... Puan Wan Nomi Wan Omar yang menjelajah keseluruh Malaysia berceramah dan mendemonstrasi memberi kefahaman betapa anak-anak ini memerlukan pendidikan dan perhatian yang sama malah sepatutnya lebih istimewa....

Dan terima kasih juga kepada insan2 lain yang turut menyumbang kudrat dan fikiran.... guru2 pendidikan khas khususnya.... sesungguhnya memang anda semua teramat ISTIMEWA....sedang aku hanya mampu sekadar menjadi pemerhati yang setia..... !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...