.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, September 29, 2013

Peringatan utk Kelas EDU5900

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua pelajar EDU5900

Kelas 2 Oktober 2013, sila..

1. hantar tugasan Pernyatan Masalah / Problem Statement (cover A4 light green)

2. Bawa lap top sendiri dan install perisian Mendeley (compulsory / wajib) di www.mendeley.com secara percuma. 

Dr OT




Saturday, September 28, 2013

Tajuk 521: Bila tesis Phd / Master jadi Kicap Jalen dan Cincau....

Dalam tajuk yang lepas aku ada tulis pasal perubahan polisi pendidikan dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang tidak pun "merujuk" mana2 tesis PhD…. dgn sebab yang ko boleh baca dalam entry tersebut…

KPM sebenarya telah melantik panel antarabangsa bagi membantu panel tempatan menyiapkan PPPM. Bayaran RM20 juta telah dikeluarkan kepada McKinsey and Co sebagai panel antarabangsa untuk menyiapkan PPPM. Emmm....aku pasti Kinsey and Co tak merujukpun mana2 tesis PhD yang ada di mana2 IPTA (apatah lagi tesis master) utk siapkan PPPM.... ko setuju tak? 



www.mckinsey.com
Setuju....!!

Tau tak per.....jadi kenapa sibuk2 bahawa tesis PhD perlu beri impak kepada policy makers….. sedang ianya spt tidak berlakupun….tidak pernah diberikan keutamaanpun......terutama dalam kebanyakkan bidang science social termasuklah bidang pendidikan. Bidang lain seperti hard science (agriculture, engineering, medical etc) maybe keadaannnya berbeza...

Kenapa plak dalam social science macam tu?

Sebabnya bagi aku sangat mudah..... tesis tersebut hanyalah academic exercises kepada calon PhD dan master.... sebelum mereka benar2 menjadi experts....wpun ramai SV yang mungkin tak mahu mengaku perkara ini lalu memomokkan bahawa tesis mesti bermatlamat mengubah dunia sebaik sahaja ianya disiapkan.... lalu mewujudkan tekanan yang "tidak perlu" kepada supervisee sedang tumpuan kepada meningkatkan competency menjalankan research, menguasai methodologi dan mendalami analisis data yang menyumbang kepada knowledge menjadi overshadowed !

Kenapa ko sangat berminat nak sentuh isu ini bro?

Aku bukan berminat… cuma tak mahu jadi hipokrit.... cakap tak serupa bikin....berikan tekanan kpd supervisee utk hasilkan tesis yang kononnya mesti mengubah itu dan ini....sedang kajian SV sendiri tak sampai kemana... tak mendapat apa2 pengikhtirafan pun.... nak masuk journal dgn impak factor yang tinggipun tak lepas2 lagi... sedang tesis supervisee pula akan berakhir di rak2 library dan dalam journal2 utk rujukan ilmiah penyelidik lain....

Betul ker cam tu?

Terserah.... may ada SV yang tak setuju....setidak2nya inilah fenomena awal yang aku observed wujud dalam minda calon2 PhD / Master yang BARU mendaftar... mereka gelisah dan stressed memikirkan tajuk kajian yang pada pemahaman mereka mesti memberi impak maksima dan implikasi kepada sebarang polisi yang ada dalam bidang kajian mereka.... spt yang diminta oleh SV masing2...

Cam tu plak...

Aku juga sekadar ingin membuka minda ko utk berfikir…. sebab persekitaran membuat research dah macam  satu environment dengan calon2 master dan PhD sangat tertekan dgn momokan tersebut… sehingga pencarian tajuk menjadi satu yang membebankan sebaik sahaja memulakan langkah sebagai pelajar pasca siswazah…. sedang ini bukan matlamat utama membuat kajian diperingkat ini.

Abis tu?

Ko tahu tak satu perkara?

Amende?

Caya tak.... jika aku katakan bahawa jabatan atau fakulti tempat ko belajar pun tak berapa nak hairan apapun tajuk kajian yang ko nak buat…. ada impak atau tidak....

Mana ada bro…. ko jangan main tulis jer… kalau mereka tak kisah, kenapa sampai ada Graduate Office yang menguruskan pelajar postgraduate…. mereka concern .....termasuk sediakan SV yang hebat2...

Memanglah mereka concern menguruskan hal2 postgraduate, malah mereka bekerja dengan penuh dedikasi....tapi percayalah akhirnya  mereka akan LEBIH kisahkan benda lain.... dan kalau benda tu tak ada.... tak lalu makan bro!

Fening aku... biarlah tulis terang2….apa dia benda lain tu.. kicap Jalen ker?

Bohonglah kalau aku katakan Jabatan atau Fakulti tak kisah lansung kajian ko…. tapi apabila ko dah mendaftar, mendapat SV dan  mulakan kajian ko....mereka akan LEBIH kisahkan "bila tesis ko nak submit ke jabatan" atau "bila tesis ko nak siap" .... tak kisahlah apa tajuk kajian ko sekalipun !

Hah... kenapa?

Kerana Jabatan dan Fakulti termasuklah SV akan gelisah jika ramai yang gagal siapkan tesis pada jangka masa yang diperuntukkan dan terpaksa pulak extention beberapa kali.....sebab ini akan memberi impak kepada prestasi SV (termasuklah aku bro... hu hu) dan KPI jabatan !

Emmm..

Malah.....pasangan (suami atau isteri ler) dan keluarga ko pun sendiri tak kisah apapun tajuk kajian yang ko buat….. samada memberi impak ataupun tidak.....yang mereka kisah…. bila ko nak siapkan tesis dan bergraduate….supaya mereka nak pergi konvo dan bergambar dgn jubah PhD ko….dan dimuatnaik dalam FB sebelum pic tu digantung diruang tamu... bersebelahan gambar konvo tadika anak ko....betul tak?

Emmm…. betul jugak kata ko tu...maksudnya?

Maksudnya kalau ko lambat siapkan tesis…. biar apa tajuk kajian ko sekalipun…..... sehebat mana tajuk ko pun....pasti memberi impak kepada statistic dan prestasi jabatan dan SV…. itu yang LEBIH diutamakan dari impak tesis ko kepada policy makers atau komuniti yang sebenarnya tak pernahpun dibincangkan diperingkat jabatan.... malah pasangan ko pun akan lebih utamakan bila ko akan konvo dari mengambil kisah samada kajian ko ada impak atau tidak....

Wo… wo… makin mendalam maksud ko tu?

Terserahlah pada tafsiran masing-masing….dalam atau cetek….dan inilah yang muncul dalam minda aku….yang aku nak kongsikan dgn ko

Abis…. Tak pentinglah tesis dan kajian tu?


Ko ni tak faham2lah…. tesis dan kajian tu sangat2 penting kepada calon master / PhD bagi meningkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran menjalankan kajian, bukannya crucial dalam memberi impak lansung kepada pihak lain samada masyarakat dan policy makers... sebab mereka tak hairanpun kajian ko tu. Dgn tesis dan kajian, berkembanglah pengetahuan dan kemahiran…. yang perlu dikuasai sebelum ko menjadi seorang expert yang kemudiannya mengumpul pengalaman bertahun2 pula sehingga dilantik jadi panel atau konsultan bagi mengkaji perubahan sesuatu polisi yang membawa impak maksima kepada masyarakat...

Kalau cam tu bolehlah buat tajuk thesis yang cincai-cincai bro...

Buatlah cincai-cincai kalau ko nak kena cincang macam cincau !! Tajuk ko mestilah mantap..... berada di frontier of knowledge hasil pembacaan yang menyeluruh dari perkembangan dalam main stream bidang kajian ko....tapi bro.....penguasaan teori, pengetahuan tentang methodology dan kemahiran data analisis yang sebenarnya memberi weight kepada keperluan ko buat tesis..... diperingkat master / PhD !

Jadi tak perlulah buat tesis yang beri impak kepada masyarakat dan policy makers?

Memangler perlu memberi impak.... tetapi pastikan impaknya dahulu kepada calon tersebut utk melengkapkan diri dgn competency sebagai bakal penyelidik dan konsultan....malah kalau dah tersangatlah expert dan femes....boleh apply bekerja dengan Mc Kinsey and Co pulak...... no problem....

Bagaimana pulak dengan bahagian implikasi kajian.... yang perlu ditulis? Tak perlu lagilah?

Sapa kata tak perlu? Implikasi kajian patut lebih fokus kepada implikasi dalam aspek "contribution to the knowledge" kerana inilah antara tujuan ASAS kajian PhD / Master dilakukan daripada implikasi "turun temurun" kononnya akan ubah itu dan ini yang diwarisi dari cara penulisan tesis2 lepas. Alangkah lucunya jika ko menulis implikasi kajian ko yang kononnya dapat ubah itu dan ini sedangkan ko tak buat apa2 pun selepas ko bergraduat dan tesis ko pulak terperap jer dalam library.....then selepas beberapa ketika akan mengumpul habuk...malah aku cukup hairan tahap gaban jika SV plak yang beriya2 ajar supervisee menulis implikasi kajian sebegitu...... umpamanya seperti contoh berikut....

Dapatan kajian ini dijangka akan dapat memberi kesan kepada kementerian ABC untuk menilai semula keberkesanan polisi dan prosidur XYX yang selama ini ....... Selain dari itu, pekerja seluruh Malaysia juga diharapkan akan mendapat manfaat (fuhhh... terkesima aku dgn ayat kitar semula macam ni !!) dari dapatan kajian kerana perubahan polisi tersebut akan membawa kepada perubahan........Akhirnya dapatan kajian ini dijangka akan dapat mengubah persepsi masyarakat Malaysia terhadap......

.....sedangkan tiada satu usahapun dijalankan selepas tesis ko siap utk merealisasikan impian tersebut dan yang tinggal adalah harapan....dan jangkaan ! Ini samalah seperti menulis....

Dapatan kajian ini dijangka akan mengubah polisi alam sekitar negara dan sekaligus diharapkan akan mengubah cara rakyat Malaysia menjaga kebersihan persekitaran kediaman mereka.....

....yang akhirnya hanya tinggallah harapan, jangkaan dlm bentuk tulisan yang dikitar semula....!

Pandai ler ko komen.....abis tu camner nak tulis implikasi kajian?

Relex lah bro.... jgn emosi..... ko tulislah sesuatu yang lebih realisitik, plausible dengan implikasi yang masuk akal terhadap kajian yang ko jalankan bagi memberi impak kepada "body of knowledge" dan aplikasi praktikal kepada penyelidik dan kajian akan datang seperti..........

Dapatan kajian ini telah mengukuhkan teori ABC (Wegner, 1990) dengan penambahan dua mediator dan dua moderator yang menjelaskan lagi secara mendalam proses yang berlaku dalam perhubungan antara persekitaran pekerjaan dengan stress pekerja....... .....Dapatan kajian ini telah meningkatkan pemahaman secara lebih komprehensif terhadap teori ABC serta dapat diaplikasi dalam konteks persekitaran pekerjaan Malaysia dengan rakyat yang berbilang kaum, agama dan pelbagai budaya.... Sementara itu, pembinaan inventori baru yang terhasil dari kajian ini bagi pengukuran stress dalam konteks persekitaran pekerjaan di Malaysia  boleh digunakan oleh pengkaji akan datang tanpa perlu bergantung kepada inventori yang dibina dalam persekitaran bekerja di Barat. Inventori yang telah melalui proses validasi yang ketat melalui discriminant dan factor analysis ini juga sesuai diadaptasi dalam persekitaran pekerjaan di sektor swasta mahupun awam

Tapi bro..... aku rujuk tesis2 lepas yang kat library semua tulis sama jer....macam satu stanbdard plak di bahagian implikasi kajian tu....so akupun ikut jerlah.... takkan aku memandai2 nak ubah...

Itu bukan memandai.... tapi sebab ko dah nak dapat PhD.... so makin pandailah..... 

OT

Saturday, September 21, 2013

Tajuk 520: Beza kajian master dan PhD...tajuk cam sama jer !!

Bro tolong bagi tahu aku….. persoalan yang bermain diminda aku ni…. termasuklah persoalan samada kajian yang aku buat bertaraf master ataupun PhD. Camner nak beza antara master dan PhD?

SV ko tak bagi tahu ke?

Ada… bila aku tanya beza MSc dan PhD dia bagi tahu…. “U buat jer dulu….. nanti saya tengok”. Kalau macam tu tak yah jawab pun tak per….

Relex lah bro….cam nilah…aku bagi satu contoh mudah….. katalah satu kajian ada 5 persoalan kajian dan salah satunya adalah seperti berikut:

Apakah faktor mempengaruhi penggunaan ICT dalam pembelajaran pelajar di IPTA ?

Cuba teka…. adakan ini kajian master atau PhD?

Ko lagi terok dari SV aku… main teka2 pulak !!

Ala….cuba lah teka dulu…nanti aku jawab !

OK…..  emmmm ini persoalan kajian master !!

Salah…

Cam tu PhD lah….

Pun salah.....  

Alahai…. jgn lah ko confusedkan aku lagi….

Salah sebab jawapannya adalah "Kedua2 sekali….boleh MSc ataupun PhD" !! 


Jgn confused kerana Turki adakah kedua-duanya sekali
Asia dan juga Eropah....

Maksud ko?

Maksud aku..... persoalan kajian boleh sama tapi proses menjalankan kajian tu yang berbeza.... PhD lebih mendalam.........ni adalah perbezaan secara umum kajian master dan PhD dalam menjawab persoalan kajian di atas.

1. Kajian MSc boleh menggunakan instrument sedia ada, adopted atau adapted. Instrument ini disemak validity dan diuji reliability. Kajian PhD menggunakan literature utk dapatkan construct dan bina instrument sendiri yang kemudian diuji validity dan reliability.

2. Kajian MSc maybe sekadar uji content validity dgn experts. Kajian PhD uji validity dengan content validity dgn experts dan menguji lagi dgn criterion validity, diikuti dengan factor analysis bagi mengurangkan jumlah item dan bagi mendapatkan jumlah construct yang related. 

3. Dengan data yang dikutip dari soal selidik, kajian MSc boleh menjalankan analisis deskriptif dan menjalankan multiple regression utk mengetahui factor peramal yang paling mempengaruhi penggunaan ICT dalam pembelajaran pelajar di IPTA. Kajian PhD pula, analisis structural equation model (SEM) digunakan bagi membentuk perkaitan antara factor peramal dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran pelajar di IPTA dalam bentuk model yang sepadan.

Lagi.....kajian MSc maybe menggunakan sample secara convenience manakala kajian PhD menggunakan sample secara rawak. 

Jadi kajian PhD membina instrument sendiri serta membuat validation secara lebih rigorous. Walaupun kedua-dua kajian master dan PhD dapat menentukan factor peramal paling dominan dalam mempengaruhi penggunaan ICT dalam pembelajaran pelajar, kajian MSc hanya memberikan hubungan direct IV dan DV setelah dianalisis dengan multiple regression sedangkan kajian PhD dapat memberikan hubungan dalam bentuk model yang lebih flexible.

Selain itu, kajian MSc hanya menggunakan analisis statistics intermediate iaitu multiple regression sedang kajian PhD menggunakan analisis statistic advanced melibatkan factor analysis dan SEM.

Woo…. Cam tu plak…. baru lah den faham !


Jadi persoalan kajian malah tajuk kajian pun boleh seakan2 sama…. tetapi bagi kajian PhD “proses menjalankan kajian dan analisis data” yang digunakan mesti lebih rigorous. Jelas bahawa “contribution to the body of knowledge” bagi kajian MSc tertumpu kepada dapatan kajian tetapi bagi kajian PhD, bukan sahaja dapatan, tetapi kajian tersebut juga menyumbang kepada pembinaan satu  instrument yang baru….yang validated dan reliable serta pembinaan model dalam menjawab persoalan kajian.


MSc or PhD is not about "the title of the research"
but is more about "the process of the research" !!

Oleh itu.... pelajar PhD mesti mendalami proses menjalankan kajian termasuk analisis data melebihi pelajar MSc...

OT

Thursday, September 19, 2013

Tajuk 519: Tesis mesti gempak? Dimanakan akhirnya TESIS tersebut bersemadi ?

Ramai yang geleng kepala bila aku tulis dalam entry yang lepas tajuk tesis PhD tak perlu yang bunyinya gempak-gempak…. untuk dapatkan impak yang gempak.....Tak perlu sampel yang dasyat-dasyat…. sebab bagi aku yang penting adalah "proses menjalankan kajian itu" yang perlu gempak sebab yang original adalah “data” yang dipungut dan analisis yang dijalankan secara rigorous dengan kemahiran yang diperolehi dari proses menjalankan kajian tersebut.

Tapi ada satu lagi yang ko terlupa….

Amende… bagilah tau

Kajian PhD perlu untuk menghasilkan satu saranan dan cadangan yang gempak seperti perubahan polisi kearah yang lebih baik…. SV aku pernah berkata… "Apa guna buat PhD kalau kajian tidak ada impak kepada masyarakat dan polisi... ?"….bukankah ini hanya mengabihkan boreh yo…..jawab bro jawab….

Aku setuju perkataan “impak” tersebut dan “polisi”….


Kan aku dah kata…. tapi ko selalu merendahkan tahap PhD bro….

Iskkhh….. aku hanya kata setuju dgn dua perkataan tersebut…. bukan setuju dengan apa yang ko tulis…dan sebelum aku explain.... cer ko tanya SV ko tu... apakah sumbangan kajian dia sendiri semasa dia buat PhD - kepada masyarakat dan perubahan polisi? Aku nak tahu apa polisi yang dia dah ubah dgn PhD dia dan apa pula impak maksima dapatan PhD dia pada masyarakat? Ingat...aku bukan nak tahu apa dia buat selepas dapat PhD tapi ketika dia buat PhD....

Alamak.... seganlah aku nak tanya...... 


Ko segan nak tanya.... tapi SV ko lagi segan nak bagi tau kalau tesis PhD dia dah lama bersemadi dalam library tanpa impak apa2..... 

Aku no komen.....

Ok tak per.... aku nak sambung lagi.....

1. Aku tak pernah merendahkan kajian master / PhD, malah aku sebut dimana2 bahawa PhD is the highest academic qualification....


2. Cer ko bagi tahu satu statement dari mana2 sumber yang menyatakan kajian master / PhD MESTI memberi impak kepada masyarakat dan perlu mengubah polisi?

3. Yang aku tahu dan semua pelajar tahu dan dibagi tahu…. tesis PhD dan master mesti hasilkan journal artikel… sebagai syarat bergraduate….bukan hasilkan cadangan mengubah polisi itu dan ini...

4. Kalau disyaratkan tesis mesti terbukti memberi impak dan terbukti boleh mengubah polisi (bukannya hasilkan artikel)…. maaf katalah…. selepas 5,6 tahun maybe baru ada 2,3 orang jer yang berjaya bergraduate….itu maybe dari bidang hard sciences….spt engineering atau medical.... sedang ratusan ribu lain terutama dalam bidang social science sedang menghitung hari utk quit….. percayolah cakap den !

5. Juga…cuba ko bagi tahu aku…. dalam ratusan ribu naskah PhD yang terhasil, mana satukah yang pernah dijadikan sumber rujukan dalam masyarakat atau rujukan polisi  walapun sample ko ambil satu Malaysia? Aku nak tanya......tesis siapa yang jadi rujukan TPM bila siapkan Plan Pembangunan Pendidikan Negara  2013-2025? Cer ko bagi tahu aku ! Berapa ratus tesis PhD yang dah dihimpun utk siapkan PPPN tersebut? Tesis master.... lagilah tak main !!



6. Di manakah naskah tesis ko nanti akhirnya akan di semadikan? Kalau ko bukan pegawai KPM tapi buat kajian bidang pendidikan, adakah tesis ko disimpan di KPM untuk rujukan perubahan polisi di KPM? Kat library IPTA ko pun maybe tak sapa nak rujuk tesis tu.... nikan pulak utk disimpan di KPM....

7. Akhirnya tesis ko akan tersusun rapi di perpustakaan IPTA / IPTS…. Yang makin lama nilainya makin hilang….Ada sapa kesah? Yang kesah adalah junior ko yang buat kajian bidang yang sama.. yang lama2 akan hanya jadi tempat mengumpul habuk.....

8. Kalau adapun satu dua tesis yang dahsyat…. Itu adalah “isolated cases” berbanding dengan ratusan ribu lain yang tidak dihiraukan oleh masyarakat atau polisi makers.

Abis kalu macam tu buat apa ada kajian master dan PhD?

Soalan yang cerdik.... tapi ramai yang beri jawapan yang tak berapa cerdik....meh aku bagi tahu…. ada beberapa sebab:

1. Untuk mengembangkan pengetahuan dalam bidang kajian ko.... ini matlamat asas dengan pernyataan yang jelas "contribution to the body of knowledge" sebab pengetahuan sentiasa perlu direview dan dikembangkan...

2. Menambah pengetahuan dan kemahiran membuat kajian kepada novis-novis macam ko.....supaya ko boleh menyumbang suatu dan memberi impak selepas ko bergraduate

3. Melahirkan bakal2 expert masa depan dalam sesuatu bidang… SELEPAS bergraduate…. sebab ko bukan expert lagi semasa menjadi calon PhD / Master..

4.Melahirkan bakal2 expert SELEPAS mendapat PhD yang kemudiannya akan dipertanggungjawabkan untuk memimpin masyarakat, mengkaji polisi2, menghasilkan polisi2 baru, product baru, dan mengembangkan R & D.

Maknanya?

Maknanya…. Kajian peringkat master / PhD hanyalah satu "latihan intensif" student-research-centred untuk buat kajian dan exploration...  dgn fokus perlu diberikan kepada mencari pengetahuan dan kemahiran menjalankan kajian secara sistematik…. BUKAN dibebankan dengan keperluan untuk mengubah mana2 polisi….atau memberi impak pada masyarakat !

Aku masih tak caya…..katakan itu semua hanya tipu belaka....

Relex lah bro.....cam nilah….. kalau data kajian yang ko tulis dalam artikel ko pun tak dapek nak diterbitkan dalam journal ber”impak” tinggi…. Jgn ler pulak ko mimpi data ko tu nak beri impak kepada masyarakat atau mengubah mana2 polisi…. Nak kuar dalam journalpun dah kena reject beberapa kali !!

Aku tetap tak percaya…. aku bangkang….

OKlah…. Satu contoh sempoi aku nak bagi ko…

Bagilah….. aku tetap tak percaya….



Emmm.... "Prof Koo Kay Kim graduated dgn PhD bidang politik tetapi tulisannya
memberi impak kepada perkembangan sukan negara...."
Ko tahu berapa byk tesis terhasil dalam bidang curriculum and instruction? Ada ribu2 bro…. ribu2 wa cakap lu !

Apa maksud ko?

Ko tahukan… KBSR dah tukar ke KSSR. Sapa yang tukar tu?

KPM lah….

Apakah rujukan KPM utk hasilkan KSSR tu? Thesis PhD dalam curriculum and instruction atau thesis master?

Manalah aku tahu.... 


Ko tak tahu atau pura2 tak tahu? Kalau ko nak tahu....pegawai KPM telah jelajah serata dunia….. dari Australia, NZ…. US sehingga ke negara2 Scandinavian utk develop KSSR dengan setiap subject ada benchmark masing2 yang bertaraf international…. dan KPM sendiri jalankan pilot utk uji KSSR….. sebab mereka dah ada pakar2 yang tahu selok belok kajian…. tak kisah samada mereka tu dari bidang berlainan dalam pendidikan ….tahu tak? Soalan aku lagi…. adakah mana2 thesis PhD apatah lagi master dalam curriculum and instruction yang dihasilkan oleh pelajar PhD / master yang dirujuk atau dijadikan “benchmark” KSSR….. ? Tak ada bro...aku ulang... tak ada !!

Maknanya?

Maknanya….. pegawai KPM meneliti curriculum negara lain dan meminta penyelidik di KPM menjalankan kajian wpun tidak ada kena mengena dengan kajian mereka semasa menghasilkan tesis master mahupun PhD. Impak kepada curriculum dan polisi tidak berlaku SEMASA mereka membuat tesis tersebut tetapi berlaku SELEPAS mereka menjadi pegawai di KPM.

Emm....

Aku terdorong utk menulis lagi dan lagi isu ini kerana ada pelajar siswazah 1st semester yang telah bercita2 utk buat kajian keberkesanan kurikulum JQAF dan ada pula yang nak kaji kurikulum sekolah Cina samada ianya perlu diteruskan mahupun tidak oleh KPM... fuhhhh.... meremang bulu mata aku mendengar tajuk gempak tersebut....... sedang aku tanya apa itu multiple regression pun tak boleh jawab apatah lagi RAMSEA yang mereka tak pernah dengar pun !!!

Jadi?

Jadi mengapa macam nak giler menekankan aspek kononnya tesis mesti memberi impak kepada masyarat dan kepada itu dan ini.....sedang nak publish dalam impak journal pun belum tentu lagi... termasuk SV pun tak lepas artikel nak publish dalam journal berimpak tinggi ! Oleh itu....ketika menentukan kajian dan menghasilkan tesis…fokus perlu diberikan kepada “the acquisition of knowledge and rigorous research skills” semaksima mungkin.... bukannya impian mengubah itu dan ini…. sehingga pelajar tertekan dan terbeban dan terperosok dgn momokan kononnya tesis mesti hasilkan sesuatu yang gempak dan memberi impak.....sedangkan itu tidak berlaku !! 

OT

Wednesday, September 18, 2013

Tajuk 518: Email kejayaan rakan anda !!

Email yang aku terima...utk dikongsi....

Assalamualaikum Dr OT

Saya tak pernah masuk bengkel Dr. Saya tak pernah balik M'sia sejak 2009, jadi saya jumpa Blog Dr semasa tengah surfing website untk cari guidelines utk menulis thesis. Saya terpaksa baca entry2 Dr yg masa itu dah banyak, dan saya select mana yg perlu dan juga motivasi, lepas itu saya faham betul2 apa yg Dr tulis, then saya tulis! 

Alhamdulillah...bila materials dah ada, results dah ada, articles dah ada, sudah baca articles…..jadi penulisan amat2 lancar. Saya seriously menulis chapter 1 (sebagai trial and error dulu) semasa cuti Christmas 2011, selepas menghadam semua entry Blog Dr. Selepas dah nampak rupa bentuk Chapter, apa lagi...chapters yang lain lancar saja lah...

Alhamdulillah, saya telah selamat menjalani viva semalam di University of xxx dan awarded PhD with minor corrections. Viva saya hanya sejam saja. Minor corrections itu pula ialah typo errors dan tiada sebarang tambahan maklumat. Alhamdulillah...

Thesis saya akan dijadikan rujukan utama (Mat saleh kata 'Bible') dalam bidang berkaitan. Alhamdulillah.

Saya ingin mengucapkan terima kasih pada blog Dr OT kerana 'membimbing' saya in silence sehingga thesis saya diangkat sebegitu rupa. Alhamdulillah...

Sekian, 

Miss Sy
 



Tajuk 517 - TAJUK TESIS – Fikirkan 3 langkah awal ini !!

Dalam Tajuk 516 aku menulis betapa calon master/PhD sering menggali kubur sendiri kerana memilih tajuk tanpa sebarang pembacaan dan penelitian awal….. semua main ikut rasa dan sentiment sahaja.

Tu lah pasal bro…. akupun dulu cam tu gak he he…

Tapi aku ada satu kisah yang sampai kepada aku…. seorang pelajar Msia buah PhD di obersi…
Kisah apa tu bro…

Dia ni memang suka rujuk artikel….. jadi sebaik sahaja sampai di obersi…. dia mencari sebanyak mungkin artikel dalam kajian yang dia nak buat…
Baguslah macam tu….

Tapi bro…. ko tahu dia buat apa?

Manalah aku tahu…

Dia senaraikan semua tajuk artikel2 tersebut…. senaraikan semua keywords…. dan dia cuba mendapatkan tajuk kajian yang TIDAK ADA  dalam senarai artikel2 tersebut !!

Fuhhh…apsallak cam tu?
Sebabnya dia fikir buat PhD mestilah sesuatu yang belum pernah dibuat lagi… dan dia nak impress kan SV dia kat obersi tu dgn tajuk kajian yang belum pernah ada dalam artikel !!

Abis?

Abislah dia bro… dia tak sedar pulak bahawa tajuk pilihan dia tu akan mendatang masalah untuk mendapatkan sumber rujukan…. Dia nak samakan PhD dengan konsep R&D agaknya. PhD dijalankan oleh “student” manakala R&D dilaksanakan oleh experts dgn budget yang lumayan dan kemudahan yang cukup. Kalau ko bukan expert jgn mimpi nak joint team R & D mana2 company…





Jadi dalam entry ini aku nak tulis lah pula…. Langkah2 yang perlu ko ikut ….semasa menentukan tajuk tesis ko….. supaya fenomena gali kubur sendiri tu akan terkubur dgn sendirinya….

Ini 3 langkah yang aku nak cadangkan…. wpun aku dah sentuh disana sini dalam blog aku ni….

Pertama:
Perlu dan sayugia dimaklumkan bahawa pencarian isu yang”baru” dan “original” bukan bermakna isu tersebut tidak pernah dibuat orang lain. Yang “baru” dan “original” tersebut seeloknya melibatkan variable, methodology serta analisis data…. dalam sesuatu isu….bukannya isu itu sendiri ! I


Ini kerana isu yang “baru” sukar untuk mendapat rujukan dan bahan maka ko akan membuang masa……... contohnya isu dalam “home schooling” yang tidak banyak kajian dilakukan dan sukar mendapatkan academic published materials termasuk buku akademik juga. Satu kes yang sampai ke cuping telinga aku ni… seorang pelajar yang dah bbrp semester mendaftar… masih belum ada proposal “Home schooling” yang disogokkan oleh SVnya....kerana ketiadaan rujukan…

Sebagai permulaan…. kKetahui “Topic of Interest’ ko sendiri dan sediakan beberapa kata kunci supaya ko boleh mulakan Literature Search. Tiada masalah jika ko berminat dalam beberapa aspek berbeza tetapi mesti dalam “Topic of Interest” yang sama. Sediakan 2, 3 tajuk buat permulaanpun tak apa… tajuk yang ko minat.. researchable dan feasible. Ingat jangan pilih tajuk yang lansung tidak muncul dalam mana2 rujukan walaupun SV ko beriya2 benar sukakan tajuk tersebut…. dan kalau dia paksa jugak…. suruh dia jer yang buat… abis citer !! 

Kedua:
Tajuk tu seboleh mungkin dapat memberi impak kepada kerjaya ko sendiri…. bukan untuk kepentingan SV mahupun jabatan dan fakulti. Alasannya mudah…. Ini kajian ko…. apsal pulak jabatan yang nak tentukan tajuk kajian ko….asalkan tajuk tersebut ada kepakaran di jabatan tersebut dah ler. Lainlah ko pensyarah di jabatan tersebut dan akan menjadi pakar dalam bidang yang diajar di sana !! Pemilihan tajuk yang betul bukan sahaja memberi advantages kepada kerjaya ko dan jika ko belum bekerja….. pilih tajuk yang akan menjadikan ko “bakal pekerja yang terhangat dipasaran”.

Ketiga:

Ko bukan expert. Ko maybe belajar part-time. Jadi ketahuilah limitations ko. Jadi bro....pastikan ko dah ada idea akan instrument yang bakal ko gunakan, ada idea tentang methodologi dan level of analisis serta sampling frame ko... 

Camner aku nak ada idea tu?

La... kan langkah pertama ko adalah Literature Search... kat situlah ko dapat idea...

Aahlah... lupo lah den !

Satu kisah....seorang pelajar di IPTA pantai timur Semenanjung yang ambil masa 6 bulan nak set waktu temuduga dengan CEO usahawan kecil dan sederhana SME…. punyalah sibuk 
CEO-CEO tu wpun baru kendalikan company SME….Jadi jgn lah mimpi pulak nak interview CEO syarikat multinational…. hanya kerana ko nak buat PhD…. kecualilah ko tu anak "somebody" dan bukannya "nobody"!! Kalau ko nak interview jugak CEO dapatkan PhD ko dulu then apply grant then pergilah interview CEO syarikat yang terlibat …. malah silap2 haribulan ko pulak yang akan jadi CEO selepas dapat PhD.... masa tu ko pun tak pandang wpun sebelah mata pelajar PhD yang nak interview ko..... kerana hari2 ko meeting dari KL sampai London then singgah di Paris....utk main golf !! Betul tak?


Tak main golf.... main go kart jer..
Alamak tak bestlah tak dapat interview CEO tu... tak gempaklah PhD tu....

Kalau ko nak betul2 gempak .... bukan interview CEO.... ko interview jer  CEO macamTony Fernandes atau Bill Gate..... silap haribulan ko sampai kat gate jer !!

Dgn penguasaan dan pembacaan awal serta precaution limitation ko...…. barulah ko cuba finalise tajuk…. supaya menepati pengetahuan yang ko dah mulai kuasai disamping ambilkira keterbatasan masa dan kewangan ko. Jgn perasan nak buat kajian satu Malaysia kalau library kat IPTA pun ko sesat sebab tak pernah pergi !! Jika tak…. sit down dgn SV ko dan bincang supaya SV boleh berikan pandangan. Cuma bro…. kadang2 ada SV yang tak kisah benda2 ni… kalau boleh dia memang nak ko ambil sample satu Malaysia…. malah kalau boleh satu ASEAN !! Tepuk dada dan tanya pengetahuan dan limitasi ko !!

Tuesday, September 17, 2013

Bengkel bersama pejuang negara - Kolej Sains Kesihatan Bersekutu !

Selepas subuh aku terus memecut menuju Sg Buluh. Aku ni jenis malas nak hadapi jem... dan tepat jam 7.15 aku dah berada di Sg Buluh....dihadapan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB). Ini nama agak baru bagi aku, dan maybe bagi ramai orang. Namun aku akui, disinilah lahirnya pejuang negara..... nurse, inspektor kesihatan, juru x-ray dll yang berada dibarisan hadapan menjaga kesihatan.... yang bekerja siang malam menjaga pesakit dan memastikan semua operasi hospital dan klinik kesihatan berjalan dengan baik...

Aku berbengkel dengan pensyarah2 KSKB.... sambil melihat pelajar KSKB dgn anika uniform.... dijaga dengan baik... dengan kemudahan pembelajaran yang condusive... Aku akan bersama pensyarah2 ini utk membantu penulisan tesis / projek dan ATLAS.ti.....
























Saturday, September 14, 2013

Tajuk 516: Tajuk Tesis - Kenapa calon Master / PhD gali kubur sendiri ?

Gali kubur sendiri? Ini dakwaan yang keras bro…. dan tak berasas….sapalak nak gali kubur sendiri?

Tu lah ko.....  tak tahu cerita sebenar.....cer ko baca petikan email yang aku terima ni dan beberapa lagi yang aku tak siarkan....email ni bertarikh 3/9/13... masih panazzz

Saya dalam dilema yang amat berat..saya pelajar PhD yang telah berdaftar setahun yang lalu. Tapi sehingga kini masih terkontang-kanting menyiapkan proposal dan sehingga sekarang masih tidak jelas macamana nak buat, Ini disebabkan saya set dulu tajuk......sememangnya saya menggali kubur sendiri dan saya faham (setelah membaca blog) yang kajian yang dipilih adalah not researchable..... 

Ini bukan satu kes gali kubur sendiri bro.... berapa ramai malah majoriti siswazah sedang fikir apakah tajuk untuk kajian mereka....tanpa kesah sama ada ianya viable... researcable ataupun ada banyak sumber ....dah kira macam gali kubur beramai-ramai ler pulak !!


Jgn macam tu... takut lak aku bro....


 
www.czygyny.wordpress.com

Aiseh..... tu hanya perumpamaan.... tapi bukan murah harga yang hendak dibeli bila tajuk pilih sendiri ... dgn otak kosong.....tanpa terlebih dulu membuat persiapan rapi....dgn pembacaan yang teliti...

Tapi ada satu jenis kes lagi....kes pihak jabatan atau SV pulak yang tolong galikan….

Wow ini dakwaan lagi keras… 

Aku tak buat dakwaan…aku dah tulispun kisah ini dalam entry lepas....aku hanya reflex petikan email berikut….tapi yang ini email yang baru aku terima...

Dilema besar yang saya hadapi, tempat pengajian  saya mewajibkan  kajian bidang xxx ..yakni kajian baru yang amat "rare" orang buat. Oleh itu, saya telah teroka ScienceDirect, Wiley, Emerald, Proquest untuk mencari ....article....saya bingung sebab tidak ada artikel yang merujuk kepada xxx...

Ko tahu maksud “rare”?

Tahulah…. benda yang jarang orang buat…kan..kan..kan !

Tau tak per...hairan jugak… pelajar suka cari tajuk kajian dahulu….sebelum membuat sebarang literature search..... tapi aku lagi hairan ada jabatan atau SV yang suruh buat tajuk yang “rare” yang confirm tak ada atau sedikit sahaja rujukan. 


Tak boleh ke cam tu?

Bukan tak boleh.... bahkan nak suruh buat tajuk dasar laut atau bulan pun boleh....tapi biarlah fahami maksud kenapa perlunya PhD tersebut? PhD bukannya mesti kena buat benda pelik2...yang "rare" supaya mencapai standard yang tinggi.... itu aku fikir kurang tepat. PhD hanyalah "the highest academic qualification"  bukan ruang utk memomokkan benda2 pelik utk dibuat kajian.... dgn ayat klise "U mesti buat kajian yang org lain tak pernah buat" sedang satu jabatan sendiri tak sanggup nak buat !! 


Apasallak ko hairan…. PhD mestilah camtu… mesti tahu cari tajuk dan paling best jika org lain tak buat…lagi “rare” lagi power PhD tu... lagi "rare" lagi ummppp !!

Ko tahu tak bro…. apa maksud rare tu?

Ha ha.... maksudnya kajian yang "unusual" atau "uncommon" atau bahasa kampungnya yang "luar dari kebiasaan"... 

Ko tahu sebab apa kajian tu “rare” ?

Sebab tak ramai yang buatlah !

Ko tahu kenapa tak ramai orang buat?

Ntah.... susah kot? Masih baru? 

Tak ramai yang nak buat.... samada penyelidik dalam atau luar negara.... tak diterbitkan dalam juornal....termasuklah expert-expert pun tak nak buat kajian tu…. termasuklah SV pun tak nak kaji.... sebab tu “rare”....tiba2 ko lak nak buat....... atau disuruh buat benda "rare" macam tu !!


Bagilah contoh bro?

Sama macam kaji fenomena amok dan histeria.... sapa ahli psikologi .... psiakiatri yang pakar kedua2 amok dan histeria ? Conflict samada fenomena tersebut gangguan mental atau makhluk halus atau depression atau.. atau....pun belum terungkai... Kalau ko nak buat kajian...ko kena tunggu ada orang mengamok dulu utk dapat data. Silap2 hari bulan... ko plak yang mengamok dan kena histeria .... sebab tak siap2 PhD ko...then ada calon PhD lain yang jadikan ko sampel kajian dia pulak.... barulah real punya "rare" ....!

Ya tak yer jugak ! 

Then bila expert sendiri tak buat kajian yang "rare" alih2 suruh plak calon PhD yang masih hingusan, novice, tak ada grant, buat kajian “rare” tersebut… iskh macam tak masuk aqal sungguh !! 

Kenapa plak?

Buat PhD adalah medium utk menimba pengetahuan dan kemahiran….supaya boleh buat kajian yang lebih dasyat setelah menguasai pengetahuan dan kemahiran tersebut.....bukan awal2 lagi kena buat kajian yang “rare”.

Bagi contoh skit bro...

Thomas Edision  buat kajian utk hasilkan mentol yang “rare” ketika itu pun dah ada ratusan patent sebelumnya ..... maknanya dia dah expert….seorang inventor yang competent.....dan "rare" ada orang macam tu....tapi masih gagal beribu kali utk hasilkan mentol yang reliable….. dan stable.....bayangkan kalau bagi student PhD.... yang masih terkebil2.....jawabnya 1000 tahun takkan mungkin !!


Apalah ko ni...tak futuristic lansung...tak sanggup hadapi cabaran !

Bukan tak futuristik... tapi PhD bukan utk yang "rare" tapi utk contribute to the body of knowledge.... dah abis ke bidang kajian yang sesuai utk calon PhD mahupun master menimba kemahiran dan menyumbang knowledge.... tak tak ada lagi ker.....sehingga sengajalak cari yang "rare". 


Memanglah PhD perlu hasilkan kajian dgn standard yang tinggi. Standard yang tinggi dicapai dengan penguasaan pengetahuan dalam literature review.....dan kemahiran menjalankan proses penyelidikan yang terperinci utk kemudiannya hasilkan data berkualiti tinggi…. dgn instrument yang highly validated, calibrated, reliable quali atau quanti..... termasuk dgn advanced, comprehensive statistics. Dgn kemahiran ini…. selepas dapat PhD, barulah ko berkemampuan meneroka kajian yang maybe termasuk dalam kategori “rare”….masa tu tok sapo pun haire sebak mu doh hebak ..... tok gitu we  !!

Ye ker?

Ko ada pilihan bro…. nak buat yang “rare” ketika PhD atau selepas PhD? Memanglah ada satu dua individu yang dianugerahkan keistimewaan luar biasa utk meneroka yang “rare” tapi jumlahnya jugak “rare”. 
Kalaupun ko buat kajian yang biasa ….. ko masih boleh hasilkan sesuatu yang juga "luar biasa" dgn kemahiran ko selepas dapat PhD.... then ko terokalah apa2pun yang “rare” sebab ko dah ada asas penyelidikan yang strong !! Ini lebih baik dari mencuba sesuatu yang “rare” sedang ruang dalam kajian sedia adapun masih banyak yang belum dikaji... banyak bro  !

Jadi pilihan ditangan ko.... jgn sampai menggali kubur sendiri... dengan membuat penyelidikan yang kabur.... sedang yang jelaspun masih banyak gap yang terbuka luas.....  

OT

Thursday, September 12, 2013

Bengkel Penulisan Cepat Tesis dan Mendeley siri 3..... Putrajaya

Bengkel kali ini sedikit unik. Pertama, keseluruhan bengkel telah dirakam. Kedua, kehadiran peserta pemerhati untuk berkongsi apa yang aku sampaikan. Ketiga, kehadiran Ustzh Firuz, juara program realiti Astro Oasis Ustazah Pilihan dan keempat kehadiran ramai peserta yang otai....

syabazzz......

Bersama Ustazah Firus dan salah seorang peserta 

Wajah2 excited

Focuss...

Just a click away....
 














Wednesday, September 11, 2013

Sipnosis kursus EDU5900 Kelas Dr OT

Selamat datang ke kelas EDU5900. Entry ini hanya untuk pelajar PG yang mengambil EDU5900. Berikut adalah sipnosis kursus.



Monday, September 9, 2013

Tajuk 515: Cinta Jannah - 3 wajah Likert's scale pada satu questionnaire !!

Aku teringat semasa pendaftaran postgraduate UKM sabtu lepas di dewan Tun Abdullah....di satu sudut aku melihat pasangan ibubapa muda membawa baby comel …. si isteri mendaftar sebagai postgraduate student… dan si suami kelihatan panik ….

Apsallak panik?

Panik ler…. 4,5 tahun lagi isteri dia ada gelaran Dr….then Prof Madya then Professor.... kejap2 gi obersi... kejab2 masuk TV then jadi TNC then....dapat gelaran Dato Sri..... masa tu .... duit ee.. bertingkek-tingkek... dari Bangi sampai Bongek.... jgn sampai lupa diri..... biarlah biar cinta sampai ke jannah yang abadi !

Itu lumrah bro…. asal saling memahami…dan berkomunikasi dgn baik..… insyaALlah… semua itu hanya habuan dunia…. tak sepatutnya menjejaskan rasa hormat kepada suami sebagai ketua rumahtangga…dah jadi TNC pun masih boleh manja2 per.... macam muda2 dulu... dgn suamilah...



Tapi ada satu lagi spesis tak tahu panik….student yang guna questionnaire Likert's scale then guna t-test dan ANOVA dalam analisis data!

Bila kau tanya spesis ni mereka jawab...."Kenapa tak boleh guna t-test dan ANOVA…. tesis2 yang lepas buat cam tu gak……. boleh jer .... ”

Emmm itulah jawapan yang paling aku suka dengar….tergolek2 jantung aku ketawa....nanti dalam viva bagi ler jawapan cam tu… dan kalau boleh ko tambah lagi… nenek saya pun kata ok per !

Abis tu… nak jawab cam ner?

Bukan jawab…. fahami dulu Likert's scale tu !

Camner nak faham tu….

Sebelum tu ko hayati situasi berikut….

Likert scale pada prinsipnya adalah berskala ordinal atau ordered-categorical data. Jarak atau interval nilai yang nak diukur antara 1,2,3,4, 5 dan seterusnya adalah tidak sama sebagaimana data interval. Contoh item “dummy” berikut:

Item1: Saya suka menghisap rokok

Ali (ketagih): respon 5

Mat (suka2): respon 5

Ali ketagih rokok jadi dia bagi respon 5 ...Mat juga tandakan 5. Adakah tahap ini sama menggambarkan siapa Ali dan Mat? Tentu tidak !

Bagi memendekkan cerita …..ketahui dulu apa yang ko nak buat dgn item2 questionnaire ko dulu sebab Likert scale boleh dikategorikan kepada 3 kategori.


Hah 3 kategori? Camner tu bro?

Meh aku buat ringkas2 jer... satu questionnaire tentang kesukaan makan durian !! Satu questionnaire dgn Likert's scale ini boleh ada 3 jenis skala....bergantung kepada persoalan kajian dan cara ko proses respon ko...

Pertama: Skala Nominal


Persoalan kajian:
Adakah terdapat perbezaan bersetuju yang signifikan antara Lelaki dan Ppuan terhadap makan durian?

Item1: Saya suka makan durian

Bilangan responden (10 Lelaki + 10 Ppuan)

Lelaki: Setuju = 5,4,5,4,5.4,5 dan Tak setuju = 2,2,1


Ppuan: Setuju = 4,4,4,5 dan Tak setuju = 2,2,1,2,2,2


Ko layan questionnaire ko sebagai individual item bersesuaian dengan persoalan kajian ko dan ko groupkan respon kepada dua kategori sahaja iaitu Setuju (Sgt Setuju + Setuju) vs Tak Setuju (Sgt Tak setuju + Tak setuju) dan ko tak ambil kira respon neutral (Tak Pasti), maka makam skala ordinal turun jadi nominal. 

Dalam kes ini, ko hanya layak kira frekuensi dan guna non-parametrik Chi-square test (bukan ko yang kira.. SPSS ler yang analisa utk ko) !!

Amaran: Ramai yang cari min then guna t-test... memang cari nahas sapa yang buat macam ni !!

Kedua: Skala Ordinal


Persoalan kajian:
Adakah terdapat perbezaan tahap persetujuan yang signifikan antara lelaki dan perempuan terhadap makan durian?

Katalah ko masih layan setiap item secara individual item, dan ko nak bandingkan 10 responden (5 Lelaki + 5 Perempuan) akan kesukaan makan durian.

Item1: Saya suka makan durian 

Bilangan responden (10 Lelaki + 10 Ppuan)

Lelaki: 5,4,5,4,5,4,5, 2,2,1

Ppuan: 4,4,4,5,2,2,1,2,2,2

Ko hanya boleh bandingkan kumpulan Lelaki Vs Perempuan berdasar ujian non-parametrik Mann-Whitney (guna ranking dari respon yang diperolehi)… bukannya t-test (guna min)

Kalau ko banding lebih dari dua kumpulan, gunalah Kruskal-Wallis (juga guna ranking bukan min)

Amaran: Jgn guna parametrik test spt t-test (banding 2 kumpulan) atau ANOVA (banding > 2 kumpulan)

Ketiga: Interval



Persoalan kajian:
Adakah terdapat perbezaan tahap persetujuan yang signifikan antara lelaki dan perempuan terhadap makan durian?

Berikut adalah Item1 sampai 10 yang diringkaskan...

Item1: Saya suka makan durian
Item2: Saya habiskan duit untuk beli durian
Item 3 - Item 9
Item10: Saya tak sabar menunggu musim durian

Kali ni ko tak layan individu item sebaliknya ko layan semua item (katakan 10 item). Ko jumlahkan semua skor bagi setiap responden - maka skor ini dinamakan summative scales. 

Katalah berikut adalah jumlah respon bagi 4 responden (2 lelaki + 2 ppuan) yang jawab 10 item (Item 1, 2 sampai Item 10), maka jumlah skor:

Ali : 50 (semua item dia jawab 5 - sangat setuju x 10 item)

Abu: 40 (semua item dia jawab 4 – setuju x 10 item)

Siti: 30 (semua item dia jawab 3 - tak kisah x 10 item)
Sarah: 40 (semua item dia jawab 4 – setuju x 10 item)

Jumlah summative 50,40 (lelaki) dan jumlah 30,40 (ppuan) ini dikatakan menghampiri ciri-ciri skala interval dengan syarat sample yang besar dan mencukupi. Angka2 summative scales ini seolah2 sama spt skor IQ atau skor sains yang berisfat interval yang ko boleh cari min.... hatta ko boleh uji kenormalan.

Jika inilah keadaannya maka “bolehlah” ko layan spt data interval dan dijalankan ujian parametrik spt t-test, ANOVA dll.

Fuhh…. Loteh otak den nak tulis dan nak jelaskan….. harap2 ko faham…jgn main ikut suka hati ko jer bro… tolonglah….

Wokey..begheh..

OT

Sunday, September 8, 2013

Tajuk 514: Atlas.ti kawin Mendeley dalam ZDOT – Lahirlah Literature Review yg comel…!

Aku dah popularkan idea hybridization lama dulu. Sila baca Tajuk 242 blog ini. Then aku telah menulis dalam entry Tajuk 430 pada 20 Disember 2012 bagaimana membina Literature Review dengan Atlas.ti. Kemudian aku terfikir, kenapa tak hibridkan sahaja Atlas.ti dgn Mendeley dan insert dalam ZDOT (peserta yg dah ikut bengkel penulisan cepat tesis jgn tak tahu apa itu ZDOT)....

Ko ni macam saintis…main hibrid2 ler pulak !

Bukan saintis tapi creative… he he

Perasanlah ko….

Tak kisahlah perasan atau perasaan sebab idea hybrid tu dah lama aku simpan…. Tak sempat buat experiment lagi… ….now aku nak demo kat ko… dgn andaian ko dah tahu operate Mendeley dan Atlas.ti. Kalau belum… kenalah beli buku aku atau masuk bengkel…. Hu hu

Yezza…. Aku memang dah tahu guna dua2 tu…. tapi secara terpisah…. macam tidor bilik asing2….

Jgn takut… aku akan kawinkan Atlas.ti dgn Mendeley malam ini juga…. supaya mereka boleh tinggal sebilik dan tidur sebantal… dan esok akan melahirkan zuriat sorotan literatur yang comel.

Analogilah tu !

Agaknya lah.....tapi aku buat demo dgn skala kecil2an jer…. katalah ko ada 20 artikel yang aku ringkaskan kepada 2 sahaja !! Ko dah masukkan kedua2 dalam Mendeley. Artikel tersebut adalah oleh Wilson (2011) dan Ashton (2005) spt 2 artikel teratas dalam rajah Mendeley berikut:



Then ko masukkan juga kedua2nya dalam Atlas.ti dan mulakan proses coding mengikut tema. Katalah ko nak buat tema Problem Statement dan Analysis Data supaya kesemua maklumat dari kedua2 artikel berkaitan problem statement dan data analysis dapat dicantumkan dalam ZDOT dan terus dicite dengan Mendeley !! Ko boleh bina tema2 lain seperti background, theory, dll spt dalam ZDOT... tak ada hal punya asal ko buat coding tema2 tersebut dalam atlas.ti.... Berikut satu coding Prob statememt berjaya ko buat pada artikel Wilson....lakukan hal yang sama pada artikel Ashton dengan semua tema yang ko ada....



Perhatikan code yang terhasil dari kedua-dua artikel dalam Atlas.ti berkaitan dengan problem statement dan analysis data apabila ko buka Quotation Manager adalah spt berikut....


Ko highlightkan kesemua quotation dan lakukan langkah berikut….. 




then klik Editor. Inilah hasil outputnya....siap dengan nama author sekali.....



Kemudian save as katakan sorotan literature, fail di atas akan terus ditukar dalam file document MS Word secara default maka ko akan dapat file baru spt berikut:




Then dalam MS Word ko dah boleh guna Mendeley.... yahoo...!! Cuma ko kena delete info yang tak perlu spt author supaya kemudiannya boleh dimasukkan copy dan insert terus dalam Chapter Two ZDOT ko.  

Berikut adalah semua citation yang ko dah gabungkan dari 2 artikel dalam atlas.ti (ko boleh gabungkan banyak manapun).... dan kini dalam bentuk MS Word ZDOT.... then ko siapkan heading sebagaimana yang aku ajar dalam bengkel Tulis Tesis Cepat aku...



Tugas seterusnya adalah menggabungkan kesemua statement dari beberapa artikel secara analitikal (juga dah aku ajar dalam bengkel).....supaya terhasil LR yang kritis..... lagi komprehensif...

Woo.... baru aku nampak bro....

Bahagian REFERENCES tu ko tulis diakhir tesis atau proposal ko lah....bukan spt dalam rajah di atas yang hanya untuk tunjukkan bahawa semua citation yang ko masukkan dalam ZDOT melalui References - Insert Citation Mendeley akan menghasilkan references secara automatic....

Seperkara lagi.... bagi yang buat pure kuantitatif dan tak tahu atlas.ti....jgn risau sebab dalam ZDOT sendiri dah boleh buat tema-tema / heading / sub heading dan masukkan semua citation mengikut tema-tema / heading / sub heading dari seberapa banyak artikel pun tak kisah. Apa yang aku tulis ini hanyalah tambahan... mungkin ada yang suka menggunakan kedua2 atlas.ti dan mendeley.... semua ini boleh dimanfaatkan....

Tu dia bro..... nampaknya semua dah dihujung jari.... 

Aah....jadi apa lagi yang ko nak?

Ada satu lagi....?

Apa dia?

Aku pun nak kawin jugak macam  Atlas.ti dan Mendeley.... hu hu....

Tu ko uruskan sendiri.....tak dapek den nak tolong...

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...