.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, August 31, 2013

Tajuk 509: Dilema nak buat qualitative atau quantitative? Jgn jadi burung kakak tua !!

Ramai yang suka menonton rancangan kendalian chief…. Kerja2 memasak nampak begitu sempoi…. Tak perlu kumpulkan kayu api, berpedih mata dengan asap, potong jer kotak santan dan perasa…. Campak jer dalam periok berjenama Cornell, Tramontina, Emeril, Stonedine, Rachael Ray, Cuisinart ….tanpa perlu menggiling chili ataupun menjaga suhu dan menunggu oven…. Semuanya dilakukan serentak dengan alat yang canggih. Setakat masak lomak cili api… 30 minit dah siap ! Kalau nak kuar airmatapun hanya ketika memotong bawang…..

Apsal ko tiba2 minat chief ni?


Aku minat semua... tapi aku nak bawa ko ke zaman dulu2... zaman nenek ko dulu…. memasak memang syahdu… memang sentimental…tangkap lentok bro....dgn dapur kayu dan periuk tanah. Mula2 ambil kayu api, kupas dan kukur kelapa, perah santan…. giling chili, cari serai, hidupkan api… tiup..tiup sampai hitam muka nenek ko…..Kalau pukul 8 mula ke dapor…. pukul 12 baru siap bro…4 jam tu !! 



Cam ni ler lebih kurang nenek ko dulu masak... berasap !!
(Photo: kfk.kompas.com)

Memang sodap… sebab bukan sahaja air tangan nenek …. air peluh dan air mata nenek ko pun ada dalam masakan tu…. pasal tu terkeluar air liur atok ko bila rasa jer masak lomak chili api tu...!

Aahlah…. sekarang ni masak 30 minit… dulu berjam2 bro !! 


Aku cuba nak kaitkan dengan satu isu yang sering bermain2 dan dimomokkan kepada calon master / PhD.


Karipap pun dah ada yang ready made....
2 minit jer goreng dah siap... sodap jugak hingga licin !!

(pic masa break bengkel Penulisan Cepat Tesis K. Kinabalu)

Isu masak ke?

Iskhh…. Bukanlah tapi isu momokan apabila ada pelajar yang nak buat kajian kualitatif .... ada saja statement “Jgn buat kajian qualitative sebab susah dan memakan masa yang lama” !!


Kenapa ni berlaku?

Contohnya seorang pelajar, A bercadang untuk membuat kajian kualitatif….. lantas disanggah oleh SVnya “Jgn buat kajian qualitative sebab susah dan memakan masa yang lama”. Pelajar A pun kata kepada pelajar B “Jgn buat kajian qualitative sebab SV aku kata susah dan memakan masa yang lama”. 


Pelajar B pulak kata kat pelajar C “Jgn buat kajian qualitative sebab SV kawan aku kata susah dan memakan masa yang lama”… then pelajar C tanya kat aku pulak “betul ker kajian qualitative susah dan memakan masa yang lama ?”…maka bersambung2lah rumours ini meniti mulut ke mulut... persis burung kakak tua yang menyebut sesuatu yang dia sendiri tidak faham.... sehingga menjadi satu STIGMA dan mendatangkan DILEMA ! 

Fuhh… sungguh sadis !


Apa yang sadis?


Mana tak sadis… A, B, C termasuk SV A sendiri TAK PERNAH pun buat kajian kualitatif…. Bukan sahaja NVIVO dia tak tahu….ATLAS.ti tu dia ingat buku peta !! Sama spt ko yang tak pernah masak lomak cili api…. tiba2 bagi nasihat .... “Jgn masak lomak cili api sebab susah dan memakan masa yang lama”... banyak ko punya cantik !!!

Taklah hairan jika SV yang expert kuantitatif tak tahu amende NVIVO dan ATLAS.ti…..sebab tak pernah buat kajian kualitatif…. tapi jgn ler buat andaian….menakut2kan supervisees... hanya kerana nak tutup kelemahan sebab tak tahu kualitatif... !! 


Malah satu lagi bro…..SV yang konon2nya cenderung ke arah kualitatifpun ada juga yang tak tahu NVIVO apatah lagi ATLAS.ti…..konon2nya mereka dah selesa "masak cara lama"....sebagai cara terbaik....sehingga pelajar yang nak buat guna ATLAS.ti pun disanggahnya !! 


Sodap ko cakap bro…. nak kono cili api ke mulut ko tu? 

Baca buku ini jika nak tahu apa itu ATLAS.ti

Kenapa? Salah ker? Kalau salah betulkan lah… aku pun nak tahu… asal jangan spread rumours yang kita sendiri tak tahu hujung pangkalnya. Kalau budak2 remaja tulis dalam FB pasal rumours Heliza AF nak kawin dgn OT… tak apalah…. Ini SV bro…. SV….yg buat rumours yang dia sendiri tidak jelas !!

Kajian baik kuali mahupun kuanti ada peranan masing2 bergantung kepada nature kajian. Malah peranan keduanya sering melengkapi. Kajian kuali perlu bagi mendapatkan data non-numerical spt pendapat yang mendalam, perasaan atau analisis temubual, pemerhatian, catatan lapangan, transkrips, document, audio, video, photo… yang tak dapat diproses oleh kajian kuanti. Jika kajian ko memerlukan pemahaman terhadap sesuatu fenomena, budaya, isu ataupun proses secara mendalam dan specific , jalankanlah kajian kualitatif. Sample selalunya adalah kecil dan specific.


Sebaliknya kajian kuanti pula dijalankan bagi mengetahui variables (IV, DV, mediator, moderator…) dalam kajian dan membuat inferens kepada populasi. Sample selalunya besar dan representative kepada populasi.


Pokoknya – samada nak buat kuali atau kuanti…. yang pertama perlu jelas adalah objektif kajian. Kalau objektif kajian tersebut sesuai terjawab dengan kajian kuali, maka itulah pendekatan kajian ko… maka momokan spt “Jgn buat kajian qualitative sebab susah dan memakan masa yang lama” tak sepatutnya keluar dari mulut sesiapapun… apatah lagi dari mulut mereka yang tidak pernahpun membuat kajian kualitatif. Dgn bahasa yang mudah - diam sahaja kalau tak tahu !!


Kenapa kajian kualitatif susah? Kenapa makan masa yang lama? Tak sedarkan ko bahawa menghasilkan proposal yang patutnya 1,2 semester pun disusah2kan sampai menjangkau 5, 6 semester !! Aku nak cabar ko…. berapa ramai pelajar yang buat proposal kuantitatif yang kononnya kajian tu mudah berbanding kualitatif TETAPI penghasilan proposal jer dah berlanjutan sehingga 3, 5 semester ! Kalaulah buat proposal pun sampai berlanjutan begitu lama…. jangan salahkan pula kajian kualitatif dengan momokan “susah dan lama”.


Susah dan senangnya kajian samada kuali mahupun kuanti sangat bergantung kepada pemahaman proaktif pelajar tentang kajian yang mereka ingin jalankan. Jika kajian mereka sesuai dengan pendekatan kualitatif..... menguasai aspek coding, themes, triangulation.... yang dipermudahkan dengan kemahiran perisian NVivo mahupun Atlas.ti adalah satu kemestian. Dgn penguasaan ini.... kajian kualitatif bukanlah sesuatu yang "susah dan lama....." 


Emmm…


Aku nak sentuh sikit pasal statement “Jgn buat kajian qualitative sebab susah dan memakan masa yang lama”. Statement ini maybe releven 5, 10 tahun dulu… ketika NVIVO dan ATLAS.ti begitu asing… sama spt nenek ko berhempas pulas utk masak lomak cili api....... Dengan bantuan ATLAS.ti misalnya…. kerja2 open, axial dan selective coding dulu yang makan masa berjam2 telah dipermudahkan menjadi bbrp minit sahaja. 


Malah, ko boleh gunakan ATLAS.ti utk menguji reliability data ko dengan Cohen Kappa misalnya. Dengan ATLAS.ti juga, ko boleh bina “model” dengan networking… secara visual… explicit…. Jauh lebih meaningful dari data2 kuantitatif …. Sama spt tukang masak yang mahir menggunakan segala peralatan bagi memasak lomak cili api…

Lagi bro?


Bukan sahaja kerja2 coding jauh lebih mudah dgn ATLAS.ti…. Sample juga bersifat non-random, purposive dan convenience…. Katakan seramai 10 orang…. dan ini menjadikan kajian ATLAS.ti relatively lebih mudah. Jangan ler buat kajian utk interview gengster atau along...atau Siti Norhaliza.... payah ler ko nak jumpa bro !! 


Aku nak tanya ko?


Mana lebih mudah…. Interview 10 orang ataupun mengedarkan soal selidik kepada ratusan responden yang ko tak kenal… yang tiada jaminan akan memulangkan soal selidik ? Jadi sekali lagi… susah senang lama atau cepatnya kajian  kualitatif… ataupun kuantitatif…. yang penting adalah penguasaan ko sendiri kepada kemahiran dan pengetahuan kajian ko sendiri.


OT - adanya

Friday, August 30, 2013

Tajuk 508: Bengkel di KK… Berbanggalah dgn MAJOR CORRECTION – MERDEKA !!

Syukur.... kehadiran aku di KK utk kali ke-5 masih mendapat sambutan, malah lebih dari jangkaan. Kehadiran peserta bengkel yang memenuhi ruang kompleks TH KK sangat mengharukan....

Tahniah bro…  dan selamat Hari Merdeka !

Sempena merdeka ni…..aku ingin berpesan… calon2 PhD dan Master boleh berbangga jika mendapat MAJOR CORRECTION (MC) semasa viva.

Woi… apsallak ko nak calon PhD dan Master dapat MC… kan elok dapat minor correction!

Tulah ko…. jangan melihat dari hanya satu aspek…. lihatlah secara global dan holistic!

Amende tu bro…. jgn kasi aku fening… straight to the point please….

Ada nak singkap beberapa scenario…. katalah ko jadi subjek scenario tersebut yang sedang buat master, sebagai contoh…

Pertama:
Ko akan menulis tesis sebaik mungkin supaya dapat minor bukan?

Mestilah…. Sapalah nak MC bro

Betapa ramai pelajar yang takut…. tak yakin….termasuk SUPERVISOR pun tak yakin.. sehingga ko terpaksa buat perubahan itu dan ini dalam penulisan dan terpaksa submit tesis ada kalanya melangkau 5 tahun….  namun itupun tiada jaminan utk dapat minor sebab panel VIVA maybe mempunyai pandangan yang berbeza…dan kemungkinan mendapat MC selepas 5 tahun tetap ada dan ini banyak kali berlaku

Kedua:
Katakan ko mempercepatkan penulisan, memastikan perkara asas kajian ko dipersetujui supervisor dan bersegera menghantar tesis setelah mencapai 2 tahun.... masa yang diberikan kepada ko …

Abis kalau dapat MC?

Sapa ler pulak nak dapat MC? Jika semuanya dah disemak oleh supervisor, tapi masih dapat MC, sepatutnya ko masih boleh berbangga kerana:

i. Ko telah berjaya menghantar tesis ko dalam tempoh yang sepatutnya iaitu 2 tahun...

ii. Tesis ko telah diperiksa oleh panel VIVA yang tersangatlah pakarnyer....dan mereka bermurah hati memurnikan tesis ko walaupun dgn MAJOR CORRECTION !

iii. Ko akan diberi tempoh 6 bulan utk baiki tesis ko bermakna ko akan selesaikan semuanya selepas 2 tahun 6 bulan

Setuju?

Tak faham lah bro...apa yang ko cuba bagi tau ni ?

Aku cuma nak bagi tahu…. adalah lebih baik tesis ko berjaya disiapkan wpun dgn MC dan kemudian buat pembetulan berdasarkan report yang disiapkan oleh panel... dan selalunya report ini agak objective bagi memudahkan pembetulan dilakukan oleh pelajar.....dan pelajar boleh submit selepas 2 tahun 6 bulan dan selepas itu MERDEKA berbanding ko submit selepas 5 tahun kononnya utk buat yang terbaik sedang tiada jaminanpun ko akan dapat minor bukan major correction ! Bayangkan selepas 5 tahun…. ko masih dapat MC ?

Emmm…..plausible ...

Jgn confused…. aku bukanlah kejam dan bermaksud supaya ko buat tesis utk dapat MC…. Tapi siapkan tesis dgn cepat tanpa menunggu terhasilnya naskah yang SEMPURNA.. kerana kesempurnaan tesis hampir tidak wujud....biarlah kesempurnaan tersebut ditentukan oleh panel VIVA. 

Jadi?

Jadi.... letakkan PRIORITY kepada menyiapkan penulisan secepat mungkin…dan biarlah panel VIVA menilainya….. kalau minor syukur…. kalau major…. pun syukur sebab kedua2nya adalah satu proses yang biasa jer dalam penilaian tesis. Percaya tak.....berapa ramai professor yang tersohor sekarang ni dan maybe termasuk SV ko yang dulu dapat MC bro.... so what a big deal? 

Malah ada kalanya ko akan belajar LEBIH BANYAK benda dengan mendapat MC dari mendapat minor. Maka persoalan major atau minor tu bukanlah sesuatu yang perlu ko bimbang sangat…. mengatasi usaha ko untuk menyiapkan tesis secepat mungkin dan kemudian MERDEKA !

Merdeka? 

Aah merdeka.... sebab kalau ko calon master…. ko dah merdeka untuk meneruskan pulak pengajian ko peringkat PhD. Kalau ko calon PhD… ko dah merdeka untuk meneruskan kehidupan ko sebagai penyelidik bergelar “Dr” tanpa dibelenggu oleh status calon PhD yang melemas dan merimaskan….setuju?


Dan last sekali aku nak bagi pendapat...... pemurniaan thesis semasa viva adalah penting bagi memantapkan kajian pelajar....masih perlu dibuat mana2 pembetulan tetapi aku berpendapatan yang lebih wajar istilah "pass with correction" sahaja digunakan tanpa perlu adanya major atau minor....sebab kalau major - adakah bermakna pelajar telah salah dibimbing oleh supervisor ?

Saksikan pics bengkel di kompleks TH KK...









































Tuesday, August 27, 2013

Tajuk 507: Bengkel di KUCHING - Master Vs PhD?

Selesai bengkel penulisan pertama di Kuching.... kebetulan diadakah di Institute Engineer of Malaysia yang bersebelahan dengan hotel penginapan aku. Pukul 7.30 am aku keluar hotel meninggalkan isteri dan the two boys menyambung mimpi...

Bengkel dan penjualan buku aku berjalan lancar... alhamdullillah.... moga dapat manfaat. Semasa bengkel pula bertalu2 persoalan yang aku terima dan salah satunya keluhan beberapa peserta berkaitan sample yang terlibat dengan kajian. Soalan tersebut berbunyi begini:

"Saya ingin membuat kajian berkaitan dgn XXX di daerah Kuching. Belum sempat apa2 SV terus kata tidak boleh buat di Kuching sebab kajian PhD kena buat seluruh Malaysia "

Aku tertanya2.... mengapa ini terjadi dan kenapa buat kajian seluruh Malaysia hanya kerana buat PhD ? 

Sampel bergantung kepada keperluan / objektif kajian. Jika pelajar ingin membuat kajian eksperiment, 30 sampel utk satu kumpulan sudah memadai. Malah tidak perlupun mengambil sample seluruh Sarawak apatah lagi Malaysia. Kajian eksperimen memberi fokus kepada kawalan extraneous variable dan keberkesanan treatment terhadap kumpulan2 sampel kajian yang identical (setelah dilakukan random assignment).


Jika kajian melibatkan objektif yang dicapai dgn pendekatan kualitatif... etnografi, fenomenalogi, grounded theory, study case....apa perlunya gesaan sample mestilah seluruh seluruh Malaysia? Jika kajian terhadap budaya masyarakat Malanau.... maka buat di Sarawak jer lah ! Lakukan sahaja purposif sampling.... sehingga mencapai tahap saturated sample !!


Jika kajian survey pula..selain target population diseluruh Malaysia, kajian masih boleh dilakukan terhadap accessible population seperti satu Sarawak sahaja atau beberapa zon mengikut cluster. Ada peserta yang menyatakan bahawa SV berpendapat sample seluruh Malaysia akan membezakan kajian PhD berbanding master ? Abis kalau pelajar buat PhD kajian survey di Amerika, kena buat kajian seluruh Amerika lah sebab semasa master dah buat seluruh Texas misalnya..... sedangkan Amerika 28 kali lebih besar dari Australia dan Australia pula 20 kali lebih besar dari Malaysia? 

Bukan cara itu yang membezakan Master atau PhD. Kenapa takut2kan pelajar..... sebab satu perkataan yang perlu wujud adalah "rigorous".... iaitu kajian PhD > rigorous bergading dgn Master. Amender rigorous tu? Secara mudah ia bermaksud "lebih detail" dan "lebih mendalam" atau "lebih advanced" dari segi review, methodologi dan analisis data bukan  dari luas atau banyakknya sample. 

Apa kajian pun baik master mahupun PhD, sample perlulan "adequate" dan "appropriate" bukannya bila buat PhD sample mesti lebih banyak dari Master. Semua depend kepada objektif kajian yang membawa kepada pendekatan kajian samada kualitatif ataupun kuantitatif.

Berikut adalah bengkel di Kuching...PHEWW...ceria.. serius dan excited semua ada....



Lokasi bangkel


Yezzaaa !!!


Catat bang jgn tak catat


Memeluk buku Tulis Tesis Cepat.....


Akhirnya buku ini dapat dimiliki....


Berkongsi cerita


Fokus....


Break for tea....


Full concentration


Sijil kepada peserta


Pasangan suami isteri...




Tanda tangan di buku Tulis Tesis Cepat


Atlas.ti kini milik ku.....























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...