.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, March 30, 2013

Tajuk 460: Questionnaire - Pengukuran dan Pemerhatian?

Aku slow skit sejak dua minggu ni kerana baru nak back to normal selepas dilanda deman, batuk dan sakit mata selama 2 minggu. Sakit juga satu nikmat kerana dengan sakit aku lebih menghargai rasa sihat, syukur dgn nikmat mata dan anggota.

Aku terima beberapa persoalan asas berkaitan data ordinal dari pelajar yang baru. Jadi, aku nak recall terdapat 4 jenis skala pengukuran yang melibatkan number iaitu Norminal, Ordinal, Interval dan Ratio (N.O.I. R atau senang nak ingat sebagai No Oil In River !). 

Selalunya skala dibincangkan dari aspek makna, ranking, absolute zero.....aku nak pembaca ketahui satu persoalan asas lain yang melibatkan skala ini - apakah skala2 tersebut satu PENGUKURAN mengunakan ALAT UKUR / INSTRUMENT ?

Apa maksud pengukuran / measurement? Kita buat pengukuran kerana ingin "quantify" sesuatu seperti berapa tinggi, banyak, berat dan nak tahu mana yang lebih dan yang kurang. Kita ukur guna alat / instrument. Jika tiada instrument, kita tidak buat pengukuran...maka kita sekadar membuat observation dan memberikan jawapan secara anggaran.

Katakan, Ali lebih berat sedikit dari Ahmad - ini adalah pemerhatian sebab Ali kelihatan lebih gemuk, dan ini bukan pengukuran. Jika kita ukur Ali 55 kg dan Ahmad 44.7 kg, maka dgn pasti Ali lebih berat. Kita telah melakukan pengukuran utk bandingkan  berat kedua2nya. Jadi yang pertama adalah pemerhatian sahaja tetapi yang kedua adalah pengukuran - mana satu yang lebih tepat dan lebih kita percayai - pengukuran atau pemerhatian ?

Aku nak buat briefing tentang skala2 dalam research sosial science:

Nominal:
Contoh: 1: Islam   2: Buddha  3: Kristian
Adakah kita mengukur agama? Macamana kita mengukur agama? Apa instrument yang kita gunakan untuk ukur agama ? Sebab itu nominal "BUKAN" satu pengukuran tetapi hanyalah kategori yang boleh dilakukan dari pemerhatian sahaja. Kalau dah pergi masjid tu... muslim ler !! Kalau nama Christopher tu takkan Buddha. Sama juga spt jantina - kalau pakai skirt dan bra tu .... mesti ler perempuan... tak kisahlah size apa bra dia tu atau skirt dia tu pendek atau panjang !! 

Ordinal:
Contoh: Kekerapan melayari facebook:
1: Tidak pernah  2: Beberapa kali seminggu  3. Beberapa kali sehari  4. Beberapa kali sejam

Apakah alat yang telah digunakan untuk mengukur "Tidak pernah" atau "Beberapa kali seminggu" seseorang? "Beberapa kali sehari " hanyalah secara relatif lebih banyak dari "Beberapa kali seminggu" dan ini hanya anggaran sahaja.... dan bukan satu "pengukuran" sebab kita tak ukur apa2 pun dgn apa2 alat.

Abis kaji selidik / questionnaire tu bukan alat ukur ker?


Ini adalah kaji selidik OMR yang aku gunakan utk satu kajian baru2 ni...target dapatkan 1500 responden !!

Ini wang "sagu hati" kepada responden
yang isi kaji selidik OMR di atas.... pheww....

Jawapan pada item kaji selidik boleh sahaja dilakukan dgn observation terhadap tingkah laku sendiri atau orang lain. Jadi item ordinal ini juga bukan satu pengukuran sebab kita tak ukurpun dgn apa2 alat !!

Kedua2 skala nominal dan ordinal di atas selalunya dikatakan dapat "diukur" dgn kajiselidik / questionnaire sedangkan data diperolehi adalah respons dari responden bukannya pengukuran dilakukan.

Ianya sama spt interview dgn bertanya soalan - Sejauhmanakah anda setuju dengan XYZ dan responden menjawab "Saya sangat tidak setuju" atau "Saya sangat setuju" yang masih mempunyai unsur qualitative, bukan pengukuran quantitative. 

Interval:
Perhatikan skor Sejarah berikut:

Ali = 60  Ahmad = 80    Siti = 90

Apakah alat yang telah digunakan utk mengukur skor diatas - sudah pastilah Ujian / Peperiksaan / Kuiz !! Setelah diukur dgn ujian Sejarah...Siti didapati mempunyai pengetahuan yang lebih dari Ali dengan perbezaan 30 skor dan Ahmad dengan perbezaan 10 skor sahaja. Ini adalah nombor dan melibatkan pengukuran / alat.

Ratio:
Berkut adalah berat badan 3 pelajar:

Ali = 45 kg Ahmad = 80 kg dan Siti = 90 kg.

Apakah alat yang telah digunakan utk mengukur skor diatas - sudah pastilah alat timbangan !! Setelah diukur berat masing2.....Siti didapati mempunyai berat tertinggi iaitu  2 kali ganda dari berat Ali atau dengan perbezaan 45 kg. Ini adalah nombor dan melibatkan pengukuran.

Kesimpulan:
Mengukur mestilah melibatkan pengiraan menggunakan alat. Mengukur skor Sejarah melibatkan test paper (alat) dan pengiraan dibuat kepada jawapan yang betul sebagai skor. Mengukur berat badan melibatkan penimbang (alat) dan pengiraan dibuat oleh alat tersebut dgn menunjukkan ukuran berat pada jarum penimbang.

Oleh itu seboleh mungkin, cubalah dapatkan data pada skala interval dan ratio kerana anda melakukan pengukuran dgn alat bagi mendapatkan data utk dianalisis secara quantitive..... 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...