.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, March 4, 2013

Tajuk 452: QIQQA + Mendeley - is it the END of ENDNOTE era?

Assalamualakum dan salam 1 File 1 Thesis bro...

W'salam... 

Ada seorang pembaca blog tanya aku pasal QIQQA... 

Apatu bro... nama anak kuching ker?

Aah... kalau ko suka bolehlah namakan anak kucing ko dgn qiqqa...

Apsal tetiba jer ko sebut qiqqa....

Itu bukan nama anak kucing atau girl fren aku... tu nama software reference manager. Bila aku mula explore QIQQA, ianya seperti menjawab soalan yan berputar2 dalam minda aku ni....semasa ingin membuat rujukan kajian aku sejak tahun 2000.

Aku selalu bertanya, apasal tak der software boleh buat cenggini dan cenggitu...kan sonang den !!

Pada tahun 2002 aku mengguna ENDNOTE the best reference manager masa tu....satu2nya reference manager yang semua orang tahu ....yang sgt glamer di AUSTRALIA..... lepas tu tahun 2010 aku mula guna reference manager free yang lebih sempoi....maka aku perkenalkan Mendeley sampai sekarang..... 

QIQQA pula baru diperkenalkan sekitar tahun 2009 dan mulakan versi beta tahun 2010 di LONDON.... now QIQQA dah mula menonjol selepas menang beberapa awards... macam Shila Amzah...makin popular

Tahun 2010 Mendeley mula popular kerana sempoi dan free membuatkan ramai pelajar yang guna ENDNOTE berpaling tadah. Bertahun2 memadu kasih dgn ENDNOTE tiba2 lalu Mendeley, terus berubah hati. 

Mendeley ibarat Najwa Latif gadis moden bertudung yang mudah didekati dan mudah difahami.... dan pandai memetik gitar...


Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tulisan dan juga citationku
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh..

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah Mendeleyku
Menjadi sahabatku


Abis tu QIQQA pulak?

QIQQA launced sedikit lewat dari Mendeley. QIQQA ada potensi yang sama spt Mendeley. Fungsi pada QIQQA menjadikan ENDNOTE macam software zaman dinasour....ini pendapat aku dan pengguna ENDNOTE jgn terasa plak selagi tak lihat dan cuba QIQQA. 

Walaupun logo QIQQA agak extreme.... dgn otak bersayap... tapi ada kebenarannya jugak....sebab penulisan hari ini byk guna otak dari kudrat !! QIQQA membolehkan ko menyusun koleksi PDF, annotation dan import export PDF dgn mudah... 

Bagi pelajar yang baru nak kenal reference manager... interface QIQQA agak semak... penuh dgn tulisan... boleh lemas dibuatnyer.... aku harap version yang baru akan lebih kemas...

Dalam konteks reference manager .. aku suka interface dan GUI Mendeley... sejuk mata memandang.... straight to the point...dan aku fikir pada newbies.... students baru....yang tak berapa nak tahu BibTex, CSL dll tu elok cuba Mendeley yg lebih sempoi. 

Bagi researcher yang TEGAR... kaki research atau lecturer2 muda... QIQQA lebih comprehensive...


Ni ler logo QIQQA - ianya FREE 

Nampaknya Mendeley dan kini  QIQQA menambah isyarat  The END of the ENDNOTE, sama spt WORDSTAR apabila datangnya MSWORD.... atau web crawler setelah datangnya yahoo.... kini pupus !! 

Ini telahan aku saja.. kecuali ENDNOTE buat sesuatu yang drastik termasuk lupuskan lesen. Aku akan explore QIQQA sikit2.... dan akan sentiasa tulis dalam blog aku ni masa ke semasa.

Apapun buat masa ni.... Mendeley masih releven....kerana kesempoiannya. So teruskan guna Mendeley. Apapun jika ko nak cuba QIQQA... semuanya disediakan dalam QIQQA dgn hanya mengklik satu icon sahaja.... semua library dalam Mendeley dan ENDNOTE akan berada dalam QIQQA !! 


Ni ler QIQQA dalam komputer aku....wow...
namun aku masih selesa dengan Mendeley..

Entry ini aku tulis sebagai alertness.... pelajar baru mesti terus meneroka reference manager baru spt Mendeley dan QIQQA....kerana ENDNOTE mahupun refwork yang disarankan oleh IPTA anda sedang menanti hari2 suram....

Aku akan terus explore QIQQA ....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...