.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, February 20, 2013

Tajuk 444: Kisah aku dan SV... kisah anda?

Aku nak kisahkan perihal hubungan SV-Supervisee (SV-SVe) kerana hubungan SV-SVe adalah satu hubungan yang unik. 

Apsal unik plak?

Unik kerana SV pernah menjadi SVe .... dan aku nak tulis bebrapa isu yang mungkin dapat memperbaiki hubungan tersebut... itu saja niat aku

Pertama:
Apa yang aku nak tulis ni lebih kepada common-sense, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan2.... Bila dah ada hubungan, mestilah dimulakan dengan komunikasi dua hala. 

Budaya menghormati guru adalah budaya typical dlm masyarakat di Malaysia. Jadi, guru dan dalam kes ni adalah SV, perlu dihormati sehingga semua kata2 dan arahan mereka "adalah benar dan tidak lain melainkan benar2 belaka". 

SV akan memperkenalkan diri mereka sebagai "Ehem... saya Prof. Ali... ". Dgn panggilan "Prof" maka secara tak sedar  akan wujud perbezaan antara keduanya... seorang pelajar dan seorang Prof. Maka sikap terbuka SV sgt diperlukan dan Prof tu perlulah approachable supaya suasana menjadi tidak terlalu formal.... 

Aku masih teringat hari pertama masuk kelas statistics di Adelaide University, pensyarah statistics aku masa tu  (kini mendiang) memperkenalkan diri sebagai "Im Kevin Majoribanks.... just call me Kevin"... sedangkan tercatat dalam synopsis kursus yang ada ditangan aku tertulis nama beliau sebagai "Prof Dr Kevin Majoribanks"...

Kedua:
Hubungan SV-SVe ada kalanya kelihatan spt berat sebelah. SVe memang faham kesibukan SV dengan meeting... meeting.. conferences... lectures... tugas pentadbiran... dll ...yang tidak berkesudahan. Namun SV pula dikatakan spt tidak mengambil kisah kesibukan SVe. Ramai SVe yang juga sibuk kerana bekerja, ada keluarga, tetapi segalanya spt tidak berbekas dihati SV. Bila SVe dah minta cuti utk aturkan perjumpaan, SV boleh cancel atau postpone begitu sahaja.... semua ini mendatangkan tekanan kpd SVe... sedangkan Sv dah di  maklumkan dgn email, sms... namun lansung tak berbalas.....

Ketiga:
Kat mana agaknya SV belajar supervisory skill?  Tak blaja kat mana2pun... sekadar pengalaman semasa menjadi SVe dulu. Dan realitinya terdapat  SV yang haru biru sepanjang menyiapkan thesis mereka dulu... bertahun2 jugak nak siapkan.... termasuk yang extended 3,4 kalipun ada....jadi wujud kemungkinan "keharubiruan" ini menjadi suatu yang bakal diwariskan kepada SVe. Hal ini juga mengundang conflict.... bila SV gagal membimbing SVe secara systematic maka selalulah kedengaran dialog seperti:

"U kan buat PhD.... u patut tahu semua ni"
"Kalau U nak senang, jgn buat PhD...
"Ni kajian U, U sendiri patut tahu apa nak buat"
"U bukan undergrade lagi, takkan semua saya nak bagi tau"
"Saya dulupun buat PhD jugak... tapi semua saya buat sendiri"
"Kalau saya tolong... mcm saya kena buat PhD satu lagi..."
"Memanglah susah.... kan namanya PhD !!"



Keempat:
Menjadi SV bukan bermakna individu tersebut secara automatic adalah pakar dalam bidang kajian SVe. SV dilantik kerana SV telah mempunyai pengalaman menghasilkan thesis dan membuat kajian dalam bidang  yang sama tetapi berkemungkinan dalam disiplin yang sedikit berbeza.

Lazim SVe berkata "Saya dah buat semua yang disuruh malah yang tak disuruh pun saya buat...tapi bila saya bagi manuskrip saya....komen yang saya dapat sangat sedikit dan tak jelas...yang banyak adalah question marks sana sini... yang saya tak tahu maksudnya".  Feedback  pulak terlalu umum spt "too narrow", "too broad", "not clear", "too brief"... "not critical enough" dan bukan bersifat informative feedback. Abis camnor saya nak improve !!


Kalau macam tu bro....maknanya.... SV ni tak competent lah?

Bukanlah semua begitu... namun kedengarannya seperti telah menjadi satu kelaziman pulak...Jadi aku sbg SV cuba juga memahami situasi pelajar kerana aku pernah menjadi seperti mereka.

SV perlu ada kemahiran selain dari mengetahui bidang kajian sendiri seperti kemahiran multitasking - kemahiran merancang, kemahiran teknik penulisan, analisis data, menulis article serta menguasai perisian semasa supaya bukan sahaja menjadi penyelia tetapi juga coach yang mampu membimbing pelajar secara hands-on.  

SV sendiripun suatu ketika dulu pernah menjadi SVe dan sudah barang pastilah dia juga ketika menjadi SVe mempunyai expectation yang sama spt SVe sekarang seperti memerlukan bimbingan berterusan, hubungan yang terbuka dan tidak terlalu formal, mengkritik secara berpada2, memberi feedback dngn cepat.... dan jgnlah setelah menjadi SV....... buat2 lupa ler pulak expectation ini dan zaman "tunggang langgang" menyiapkan thesis... !!

OT






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...