.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, December 23, 2012

Tajuk 431: ATLAS.TI Siri 11 - Kenapa mesti CODE data kualitatif ???


Kalau data kualitatif jer mesti nak kena buat CODE, buat ler  benda lain tak boleh ke bro... macam buat biskut ker? Ko tolong explain skit  bro….

Cam nilah….serius sgt masalah ko ni.... yang sempoi pun ko nak tanya !! 

Kalau ko buat kajian quantitative… ko dah tentukan dulu VARIABLE ko TERLEBIH DAHULU dalam persoalan kajian misalnya:

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara skor IQ pelajar berbeza jantina?

Lepas tu ko buat ujian IQ dan tanya jantina pelajar…..collect data… maka ko dapatlah data IQ… sebagai satu variable dan sex satu lagi variable dalam kajian ko…maka ko run t-test ......settled dan sempoi !

Tapi dalam kajian qualitative katakan ko ada persoalan kajian:

Bagaimanakah remaja perempuan terpengaruh dgn “seks sebelum kawin”?

Mana satu variable dalam persoalan kajian tu? Tak adakan? 

Then utk dapatkan data, ko kena jalankan interview…. secara mendalam bro bagi menjawap soalan di atas seperti:
  • Bolehkah terangkan apakah yang mempengaruhi saudari mengamalkan  aktiviti seks luar nikah?
  • Dengan siapakah saudari mengamalkan seks luar nikah?
  • Bilakah saudari lakukan seks luar nikah?
  • Mengapakah saudari melakukan seks luar nikah?
  • Dimanakah….
  • Etc….

Jadi kat mana variable ko?

Oleh kerana ko tak ada variable lagi.... ko kena tanyalah soalan seperti spt Who, What, What, Why, How, When……etc…. utk dapatkan variable?

Maknanya variable ko "akan muncul" selepas ko buat kajian bukan "sebelum" spt kajian kuantitatif !! Sebab ituler ramai yang anggap buat kajian quali ni susah giler berbanding quanti !!


Aku akan "muncul"
Jika ko berdua akulah yang ketiga....
Oleh kerana data transkrip tu menjela2 macam jala sehingga beberapa ela….boleh jadi giler..... maka ko kena CONDENSE data tu sekecil yang mungkin dalam bentuk CODE.

Code inilah akhirnya menjadi VARIABLE kajian ko  supaya memudahkan ko utk analisis data dgn ATLAS.TI. Takkanlah ko nak sumbatkan semua transkrip ko dalam ATLAS.TI, mana boleh diproses..... jadi ko perlukan code2 yang lebih kecil dan mudah diproses.... 

Contohnya sebahagian kecil pernyataan berikut:

 “Saya tak kisah seks sebelum kahwin sebab saya tengok kawan-kawan saya OK jer… mereka enjoy gak ada apa2…. Jeleslah saya… jadi bile mereka ajak joint, syapun joint lah…. Saya pun selalu lepak2 kat cyber tengok Internet….remaja2 dalam Internet semuanya lakukan seks sebelum kahwin, lebih2 lagi facebook…senang jer nak couple then buat seks…. Mula2 ringan2 pas tu tau2 jerlah….pandai2lah buat supaya jgn mengandung ker… kena HIV ker atau malukan mak bapak macam kena buang2 anak atau gagal ler pulak dalam exam… dan banayk klip2 lucah ni….. u beli handphone jer mesti dapat…. Budak2 sekolahpun banyak yang buat seks ni…..sebab balak ni bukan boleh percaya…. Diaorang ni nak suka2 jer… nak seronok2 dan tunjuk lagak…. lepas tu nasib ler….”

Then pecahkan kepada segmen2 utk memudahkan pembacaan….dan proses memberi kod:

1.Saya tak kisah seks sebelum kahwin sebab saya tengok kawan-kawan saya OK jer… mereka enjoy gak ada apa2….
[Code : Pengaruh kawan]

2. Jeleslah saya… jadi bile mereka ajak joint, syapun joint lah…. 
[Code : Pengaruh kawan]

3. Saya pun selalu lepak2 kat cyber tengok Internet….remaja2 dalam Internet semuanya lakukan seks sebelum kahwin, lebih2 lagi facebook…senang jer nak couple then buat seks…. 
[Code: Pengaruh Internet]
[Code: Pengaruh Facebook]


4. Mula2 ringan2 pas tu tau2 jerlah….pandai2lah buat supaya jgn mengandung ker… 

5. Kena HIV ker atau malukan mak bapak macam kena buang2 anak atau gagal ler pulak dalam exam… 
[Code: Buang anak]

6. Banyak klip2 lucah ni….. u beli handphone jer mesti dapat…. 
[Code: Bahan lucah]

7. Budak2 sekolahpun banyak yang buat seks ni…..tu yang nak cuba tu..
[Code: Ingin tahu]

8. Balak ni bukan boleh percaya…. Diaorang ni nak suka2 jer… nak seronok2 dan tunjuk lagak…. lepas tu nasib ler….”
[Code:Pengaruh kawan]

Then pernyataan di atas boleh di condense sebagai code “Social network  dan “Kawan” , "Ingin tahu" dan "Bahan lucah" yang juga adalah mewakili satu variable iaitu variable “Pengaruh" terhadap berlakunya gejala seks luar nikah. 

Code "Buang Anak" maybe ko abaikan sahaja sebab ko tak nak bincang (ko perlu bersikap selective) sebab code tu tak relevan dengan apa yang ko nak tahu....jadi ko mesti juga bersifat selective !!

Katalah selepas proses coding, dapatlah code “Pengaruh” yang berbagai  kategori yang sama maka ko group dibawah satu variable baru yang ko namakan contohnya "Pengaruh Persekitaran" dgn 4 kategori iaitu:
  • Pengaruh media Social Network
  • Pengaruh kawan
  • Pengaruh ingin tahu / cuba-cuba
  • Pengaruh bahan lucah

Maka variable “Pengaruh Persekitaran"  ada 4 kategori iaitu “Kawan”, “Ingin Tahu”, “Social Network”, “Bahan Lucah”. Proses ini dikatakan sebagai proses inductive (dari data utk generate theory)

Maka penghasilan kod dan kategori ini memudahkan ko analisis variable2 ko dalam perisian spt ATLAS.TI supaya ko boleh membuat tafsiran dan melihat perkaitan antara  variable dan kategorinya supaya akhirnya ko boleh menjawap persoalan kajian ko dan mentafsir fenomena seks luar nikah dalam kalangan remaja.

Secara umum ada 3 proses coding (baca jer buku ko jumpa ler 3 istilah ni):
  • Open coding – open minded dulu utk cari variable dalam bentuk code
  • Axial coding – cuba bina kategori dari code-code tersebut
  • Selective coding – Pilih code-code dgn kategori yang hanya boleh memberi makna / tafsiran / cerita (spt ko hanya select 4 code sahaja dan mengabaikan code "Buang anak")

Apapun… open, axial dan selective coding tu hanya sebagai satu bentuk heuristic (cara melakukan coding atau sekadar panduan bagaimana utk berfikir semasa memproses mentafsir transkrip dan tak semestinya kena ikut satu persatu…..) dan ko tak semestinya ada buat open coding dulu... then axial.... Selalunya bila ko baca terus transkrip ko, terus buat code then analisis utk secara selective utk buat analisis data. So jgn panik.... relex bro...

Maka ko boleh bincangan variable tersebut dan kategori yang wujud bukan sahaja secara quali tapi juga secara quanti bagi menjawab persoalan kajian di atas 

Bagaimanakah remaja perempuan terpengaruh dgn “seks sebelum kawin”?

Lebih kurang macam nilah jawapan ko:

Remaja adalah golongan paling mudah terlibat dengan seks luar nikah akibat mudah terpengaruh dengan peredaran zaman. Dapatan menunjukkan  faktor pengaruh yang paling dominan adalah fakor bahan lucah (60%) diikuti dengan factor internet (20%) mengikut kekerapan dalam transkrip seperti berikut:

  • Pengaruh bahan lucah (60%)
  • Pengaruh media Social Network (20 %)
  • Pengaruh kawan (10%)
  • Pengaruh ingin tahu / cuba-cuba (10%)

Selain daripada itu, pengedaran bahan lucah yang begitu mudah diperoleh memberikan impak lansung kepada perasaan ingin mencuba dalam kalangan remaja. Bahan-bahan lucah seperti tidak dikawal ini diperincikan oleh Remaja A “u beli handphone jer mesti dapat….” [P1:(12-2)]

Pernyataan ini diperkuatkan dengan sifat remaja yang mudah dipengaruhi kawan sebagaimana Remaja C menyebut “kawan aku siap bagi koleksi budak2 buat seks…” [P3:(14-1)]….dan Remaja F "tiap-tiap hari ada jer video seks ni kawan aku bawak balik siap tengok ramai2 lagi....." [P6(14-30)]

Keseluruhan analisis diatas boleh diringkaskan dalam satu rangkaian semantik (semantic network) bagi memberi gambaran keseluruhan perkaitan antara variable seperti rajah berikut:


[ Ko paparkan rajah network hubungan antara variable ko menggunakan aplikasi network ATLAS.TI ]


So bro...... itulah gunanya code.... dan proses coding ni memang menjerihkan so pastikan ko guna perisian ATLAS.TI supaya proses coding tu berjalan dgn lancar cepat malah berdesup2....

Gud luck !!












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...