.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, July 2, 2012

Tajuk 370: Significance vs Implication of Study - Kenapa malukan diri sendiri !


Bro, aku nak menyentuh dua aspek ini “Significance of study” dan “Implication of study” yang wajib ditulis dalam tesis social science khususnya bidang education. Bidang hard sciences maybe berbeza.... dan luar pengetahuan aku nak komen....


Thank you my dear wife....for not only supporting me on the good days but encouraging me to keep going on…

Aku rasa macam nak demam setiap kali baca tesis pelajar ... apabila mereka akan guna "template" yang sama yang telah menjadi ikut2an yang dari generasi ke generasi. 

Tak faham lah.... apsal sampai demam2 bro..

Maaf bro.... tapi aku tak boleh bohongi diri aku bila aku macam nak “termuntah” bila pelajar menulis “Significance of Study” antaranya spt mengikut "template" berikut:

Kajian ini penting kerana dapatan kajian dijangka akan dapat digunakan oleh Kementerian itu dan ini (yang selama ini mungkin tak buat apa2.....menunggu dapatan kajian pelajar)

Dapatan kajian ini juga dijangka akan menjadi rujukan pihak itu dan ini (yang selama ini tidak ada bahan rujukan selain merujuk dapatan pelajar.....)

Dapatan kajian ini dijangka akan mengubah amalan dan praktis itu dan ini (yang selama ini tidak berubah tanpa dapatan kajian pelajar...)

Hasil kajian ini akan menyedarkan pihak itu dan ini akan kepentingan…  (yang selama ini tak sedar sebelum kajian yang dibuat oleh pelajar..)

Dapatan kajian ini dijangka akan menjadi rujukan pembuat dasar (supaya mengubah segera dasar apabila pelajar mendapat dapatan kajian....)

Inilah jawapan yang aku "extreme" kan kerana telah sekian lama menjadi template kepada pelajar2..... dan paling ironi pelajar yang menulis dan SV yang menyemak sedar dan tahu bahawa perkara yang ditulis diatas "hampir tidak akan berlaku"... sebab tak ada usahapun ke arah itu.

Ye ker bro?

Bagi aku satu contoh dasar kerajaan yang berubah kerana dapatan kajian pelajar ?

Kenapa yer?

Kajian ko berorientasikan scholar....akademik..... hanya menyentuh sedikit aspek teori dan mengujinya dalam konteks yang sangat terbatas.... dan lebih bertujuan menyumbang dan mengembangkan pengetahuan ko sendiri dan pengetahuan dalam bidang kajian ko. Paling mungkin pun, kajian ko akan dibaca dan dirujuk oleh penyelidik dan rakan2 ko jer... bagi mengembangkan lagi skop kajian yang ko buat...

Emmm....

Jika ko tulis spt di atas pun, tu bukan lagi "significance of study".... tapi macam "significance of findings" jer.... dan kalau "significance of findings" pun bukan itu yang patut ko tulis melainkan ko seperti mengikut "template" apa yang ditulis oleh pelajar  dalam tesis2 sebelum ko.....

Aku nak tanya hati ke hati..... Betul ker Kementerian atau pihak2 berautoriti nak rujuk kajian ko? Bila masanyer mereka datang ke pusat sumber atau library IPTA buat rujukan tu? Baik mereka rujuk kepada pakar2 yang mereka ada... macam Kementerian Pelajaran melalaui EPRD mereka sendiri....yg jalankan kajian sendiri..... atau pihak2 lain yang keluarkan geran  R & D juta2 kpd pakar2.... dari kajian ko yang novis... separuh matang.... yang dibuat secara individu berskala kecil.... dan tergesa2......yang lebih berorientasikan scholar... yang lebih sesuai diterbitkan di jurnal..utk mengembangkan lagi the body of knowledge...

Abis utk apa kajian tersebut bro?

Utk bagi ko pengetahuan buat research pada skala student dan memenuhi syarat ko dapat MSc dan PhD..... sebelum ko betul2 menceburi bidang kajian ko dan menjadi seorang pakar....

Jgnlah macam tu bro, abis nak buat camner... cara penulisan tukan dah jadi spt template yang standard bagi pelajar....... 

Aah... standard... standard sapa yang ko ikut....?

Significance of study bukan merujuk kepada “Who will benefit the study” sebab ko belumpun buat kajian dan tak tahupun lagi dapatan ko...yang ko nak kupas adalah kepentingan kajian ko.... sebagai satu sumbangan kepada perkembagan pengetahuan....

Penat juga meneliti thesis pelajar dan mengharapkan sesuatu yang semakin baik....

Abis?

Significance of study adalah “Why this research is important in the contribution to the body of knowledge”.Sebab tulah ko tulis dalam Chapter 1 (Introduction) bro. 

Contohnya tulislah spt berikut:

Kajian ini penting kerana dilaksanakan bagi mendalami  teknik X yang belum dikaji dalam kajian lepas dalam konteks Malaysia....

Kajian ini menggabungkan teori X dan Y yang sebelum ini dikaji secara terpisah dan tidak menghasilkan dapatan yang komprehensif...

Kajian ini dijalankan bagi pembinaan satu model baru yang menghubungkan model X dan Y....

Kajian ini menguji variable X dan melihat kesannya kepada situasi baru dalam teknik Y yang ...

Kajian ini akan menguji satu instrumen baru yang dibina bagi meningkat produk tindak balas....

Kajian ini penting kerana menguji satu eksperimen penggunaan biodiesel dijangka akan dapat mengurangkan pembebasan karbon dioksida semasa pembakaran....

Dan banyak lagi yang boleh ko tulis bagi menunjukkan pentingnya kajian ko tersebut khususnya dalam meningkatkan pengetahuan.... bukan utk mengubah polisi itu dan ini... perasan sungguh ko bro...

Aku dah tulis lebih kurang 11 sebab antaranya yang menjadikan kajian ko significance... sila rujuk semula Tajuk 4 blog ini bro...dan semua ini berkaitan dengan keperluan / kepentingan utk ko melaksanakan kajian.... kerana semua aspek yang aku tulis menjadi aspek yang mengisi gap dari kajian lepas dan membawa kepada sumbangan dan perkembangan dalam pengetahuan yang ko kaji....Oleh kerana bahagian ini berada dalam Chapter 1.... maka tak ada kena mengena dengan dapatan kajian.....

Abis “Implication of study” pulak?

Implication ni terletak dalam Chapter terakhir spt Chapter 5... selepas dapat findings dan discussion. Jadi barulah ko kaitkan dapatan dan perbincangan ko dengan implikasinya secara teori dan praktikal kepada key point kajian ko. 
Katalah kajian ko adalah kajian teknik X dan kesannya terhadap pencapaian murid maka:

Implikasi terhadap amalan / praktikal:
Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik x mempunyai potensi untuk di integrasikan dalam pengajaran bilik darjah dengan mengambilkira beberapa faktor seperti.....

Interpretasi data kualitatif memberi isyarat bahawa sebarang perlaksanaan teknik x dalam pengajaran multimedia mestilah mengambilkira faktor seperti....

Dll........

Implikasi terhadap teori:
Dapatan ini memantapkan lagi teori multimedia  apabila teknik x berpotensi mengurangkan beban kognitif murid yang selama ini menjadi isu dalam aplikasi multimedia.....

Dapatan kajian menambah pemahaman tentang konsep “engagement” apabila teori X dapat dibuktikan memberi kesan terhadap ingatan jangka panjang murid.....

Dapatan empirikal kajian ini boleh dijadikan indicator perlunya teknik X dimajukan sebagai ....

Dll....

Implikasi terhadap kajian akan datang:
Dapatan kajian telah membuktikan wujudnya hubungan yang negatif antara variable X dengan tahap beban kogniti murid. Hubungan ini boleh menjadi asas kepada kajian akan datang untuk membuktikan keberkesanan variable X dalam pengajaran multimedia.   Variable X ini  perlu dikaji secara lebih mendalam dan komprehensif pula terhadap murid berpencapaian rendah dan sederhana supaya...........

Jadi bro, barulah tulisan ko mantap dan berjejak dibumi nyata..... sekaligus membawa makna kepada perkembangan pengetahuan dan  memberikan impikasi yang jelas dan spesifik dan projection utk kajian akan datang.... bukannya dengan menulis mengikut template yang diwarisi turun temurun....

Dan.....lebih diburukkan lagi dgn template spt:

Dapatan kajian ini menyokong kajian lepas oleh si anu si anu...

Dapatan kajian ini selari dengan kajian si anu si anu....

Dapatan kajian ini bertentangan dengan dapatan si anu....si anu

Apalah pentingnya ko nak buat kajian jika ko nak kupas bahawa dapatan kajian ko menyokong atau bertentangan dengan dapatan kajian lepas yang dah bertahun2 dibuat..... yang pasti dah tak relevan lagi....paling sadis kajian ko bertahap PhD dan ko tulis dapatan kajian PhD ko tu menyokong kajian si anu si anu yang bertaraf final year projek atau MSc... ape kehe nyer yop !!

Ko sendiri bersungguh2 cari kajian yang di minta oleh SV yang kononnya kajian ko "belum pernah orang lain buat" atau "kajian berstatus semasa" tapi akhirnya ko tulis pulak ".. bahawa dapatan ini menyokong kajian si anu si anu....".. spt ko memberitahu pembaca bahawa kajian ko pernah dibuat sebelumnya....bukankan ini satu contradiction yang sangat ketara? Jadi please bro.....jangan malukan diri sendiri...dan memualkan examiner ko... 


Lain macam jer pendapat ko tu....akupun masih confused sebab  pelajar dah menulis macam tu dan dah diterima sejak berkurun lama oleh SV......kami ni ikut jer...

Aku sekadar memberi sedikit pendapat....sebab otak pentium IV aku yang tak pernah upgrade2 sebab slot dah penuh...tak dapat faham....kenapa semua ini ditulis hanya utk melengkapkan thesis tanpa membawa makna khusus kepada kajian yang sedang dilakukan dan tidak membawa apa2 kepada perkembangan pengetahuan.... semuanya menjadi ikutan sejak aku jadi student sampai sekarang.... itu itu lah juga......... Ko tak perlah.... mengadap thesis ko jer... tapi aku baru baca 3,4 thesis pun dah tahu.... benda yang sama juga ditulis yang sekadar melengkapkan tesis.....


Aku tak tolak perkara yang betul.....yang ada rasional.....spt analisis statistik dll yang ada rasionalnya...biar berkurunpun diturun temurunkan... contohnya analisis t-test tetap t-test sampai bila2... Aku cuma tak boleh terima sesuatu yang ikut2an tanpa rasional..... 

Maksud ko?

Contoh mudah.... aku tak boleh terima analisis parametric yang diamalkan sekian lama tanpa diuji assumption data tersebut terlebih dahulu. Dah ratusan ribuan bro.....tesis pelajar menganalisis data tanpa dibuktikan data tersebut memenuhi ciri normality, homogeneity dll..... sedang ko bukaklah buku Statistik dan SPSS.... semuanya dimulakan dengan keperluan dibuktikan assumption tersebut. Walaupun ramai SV yang tak kisah assuption ni....ikut sahaja apa yang dibuat sekian lama.... tapi aku kisah...kerana rasionalnya... data yang tak normal hanya boleh dianalisis secara non-parametric... bukan parametric.....

Apa yang ko nak buat?

Akupun SV jugak....aku tahu benda ni sensitif.... tapi dalam academic research kalau nak main sensitif.... lebih baik masuk bidang lain.....Yang dah berlalu biarkanlah....nak buek camnor..... tapi yang sedang berlaku dan akan datang.... tradisi ikut2an perlu di perbetulkan....... buatlah kerana pemahaman dan keperluan bukan kerana ikut2an.....kerana ramai pelajar memegang pendapat:

"Kalau kajian lepas buat macam ni lulus dan dapat PhD / Master.....tentu aku jugak lulus kalau ikut cara yang sama...." 

kerana statement di atas hanya akan merendahkan makam ko sendiri....begitulah adanya...dan maaf ler kalau aku terlalu berterus terang dan berfikir berbeza dari SV ko.....sebab ko kawan baik aku... aku nak ko hasilkan thesis yang terbaek.... focus on your research, write about your research....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...