.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, June 5, 2012

Tajuk 366: Empat langkah sempoi hasilkan paragraph yg kritis


Ko tahu bro.... aku dulu mengajar kimia organik tau.... asyik2 sintesis.....asyik sintesis.... pening aku nak fahamkan students aku


Abis.... kenapa tiba2 jer sintesis ni?


Bukan tu saja..... ko dulupun dalam juta2 saudara kembar ko... hanya ko jer seorang yang berjaya di sintesis ... maknanya ko yang paling kuat bro mengatasi saudara kembar ko dalam satu swimming marathon utk di sintesis.....selepas 9 bulan tiba2 Dr kata kat mak ko....."Congratulation.... Its a baby BOY !!"  Sapa lagi...ko lah tu ! sambil disambut dgn air mata kegembiraan mak ko..... !! Now ko dah besar bro jgn ko pulak asyik ghairah nak sintesis jer.....tapi sintesis thesis ko tu tak lak ko ghairah... mana nak cepat siap...


Maknyer..... mendalam sungguh analisis ko bro.....apapun thanks ko buatkan aku bersyukur akan kejadian Allah dan dalam masa yang sama.....aku kena stay strong.....


Analisis pic atas bantal ni bro..... boleh ko bagi pandangan yang kritis.....?



Rupanya sintesis tak abis kat situ.... skang pun aku kena ajar camner nak sintesis ayat dalam tesis supaya kritis...


Apa sebenarnya maksud kritis tu bro.. sebab SV aku hari2 bising paragraph aku tak kritis..... tapi aku takut nak tanya dia....SV aku ada sebut pasal mengkritik kelemahan kajian lepas....cam tu ker kritis?



Sapa ler ko nak kritik kajian lepas.... yang telah di reviewed dan dipublished.... sedang ko nak buat paragraph pun menggigil2... tak keharuan apa nak tulis...iskh...ni kan nak tulis kelemahan kajian lepas.... 


Abis SV aku selalu kata cam tu...


Kalau dia suka cakap cam tu.... ko minta jer artikel SV ko tu dan cuba ko kritik kelemahan dalam artikel tu... then ko sebut satu2 kelemahan artikel tersebut depan dia..... amacam ada berani?


Gulp.....1000 tahunpun takkan mungkin bro... abis tu camner?


OKlah....dalam bengkel aku selalu terangkan.... utk menulis secara kritis ko kena buat analisis dulu.... apa yang ko baca.... then ko sintesis.....menjadi paragraph kajian ko..... dan ini menjadikan paragraph tersebut kritis.... sebab terhasil dari kombinasi idea dari pelbagai sumber yang diintegrasikan bersama !


Terang lagi bro...... aku ni slow skit.... 


Analisis tu ko cari "common idea / point" dari sumber bacaan ko yang relevan dan sintesis tu macam "ko combine common idea tersebut jadi satu bentuk yang mewakili idea ko"


Tak faham lah.....


OK...cam ni.... ko perlu lakukan 4 langkah k...sempoi2 jer


OK.... pedia.... bagi ko semua sempoi bro....


1. Read: Ko kena baca artikel..... analisis idea2 yang common
2. Write:Tulis ideas tersebut (dalam komputer bukan atas kertas)
3. Rewrite: Tulis semula dgn combine idea2 yang common
4. Revise: Tulis semula dgn sintesis supaya idea2 tersebut menjadi consistent dgn kajian ko.....


Bagi ler contoh bro.... baru ler faham....


Banyaklah tahi lalat ko.... semua nak bagi contoh....ok.... ini adalah 4 langkah tersebut:


1. Read


Pertama ko kena baca ler.... baca terus dari Mendeley....katakan ko baca 4 artikel yang relevan dgn kajian ko..... kalau ko tido jer....sampai melele air liur basi pun ko tak dapat....


2. Write


Mula menulis (katakan dalam zero draft) idea yang ko analisis dari 4 artikel berbeza di atas dan tulis di bawah heading yang dah ko tentukan...... katakan 4 point / idea yang ko analisis adalah spt berikut:


  • pelajar bermotivasi dgn pengajaran berasaskan komputer (Don, 1999)
  • pelajar seronok bila didedahkan dengan bahan multimedia (Sweller, 2001)
  • multimedia dapat meningkatkan kualiti pengajaran (Jonassen, 2009)
  • animasi meningkatkan domain afektif murid (Rudiah, 2011)

Perhatikan bahawa kesemua pernyataan di atas yang berwarna purple, red and blue tidak konsisten, menggunakan terminologi yang berbeza.... sebab sumbernya pun dah berbeza.... mahu jam otak pentium i7 duo core tu.....


Ko ni sama cam ajar budak tadika ler pulak ada kaler2.....


Saja bagi kaler... supaya ko jgn panik ..... relex jer bro.... sebab ko boleh MERGE term2 yang berbeza tu sebab asasnya sama....dan yang tergantung2 tu ko tambah ler sendiri dgn ayat ko....cer ko perhatikan macamana aku merge.... sempoi...


  • motivasi = seronok
  • komputer = animasi= multimedia
  • kualiti - kembangkan term ni supaya tak tergantung..
  • afektif - ko kembangkan term ini dgn pasangannya kognitif




3. Rewrite:


Ini adalah percubaan awal ko nak sintesis... dgn menjadikan idea di atas dalam bentuk ayat ko sendiri.... so ko sambung2 jer lah...


Kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar yang didedahkan dengan aktiviti pengajaran berasaskan komputer dan multimedia mempunyai motivasi tinggi untuk terus belajar (Don, 1999;  Sweller, 2001).  Sementara itu guru sekolah yang sering menggunakan multimedia berupaya  memperbaiki kualiti pengajaran (Jonassen, 2009). Oleh itu pengajaran berasaskan  animasi mampu meransang  domain afektif murid (Rudiah, 2011). 


Perhatikan term dalam ayat yang TIDAK CONSISTENT dan TAK COHERENT dan spt ringkasan dari petikan kajian lepas yang dicantum2kan begitu aja. Paragraph macam ni kalau dalam proposal masih boleh diterima lagi....tapi kalau dalam tesis.... memang patut kepala ko kena plangkung....


4. Revise (for synthesis)


Kemudian dgn pemahaman ko yang makin baik....maklumlah semakin banyak ko membaca...... maka ko sepatutnya dengan BERANI dan penuh SELAMBA boleh mensintesis dgn membina  paragraph dgn term yang CONSISTENT dan ayat yang COHERENT sambil memasukkan idea dan pemahaman ko sendiri.


Kajian lepas menunjukkan motivasi pelajar untuk belajar meningkat apabila didedahkan kepada aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer (Don, 1999; Sweller, 2001). Bukan itu sahaja, aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer juga berupaya meningkatkan kualiti pengajaran guru (Jonassen, 2009). Hal ini terjadi kerana aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer menggunakan bahan pengajaran multimedia yang efektif hasil gabungan elemen animasi, suara, text, grafik dan video. Elemen-elemen ini bukan sahaja dapat mempengaruhi domain kognitif hasil dari persembahan aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer yang menarik, interaktif dan mudah difahami, tetapi juga dapat meningkatkan domain afektif pelajar (Rudiah, 2011)


Cer ko bandingkan 2 paragraph di atas, dan amati perbezaannya. Ko tak ubah maksud, point atau idea dalam petikan asal tetapi mensintesis semula seperti ayat ko sendiri yang menggunakan term yang konsisten dgn kajian ko sendiri.....seperti "pengajaran berasaskan komputer" dan memasukkan "suara ko" dalam ayat tersebut sambil mengembangkannya ...barulah kritis.....ada faham bro? Paling penting jangan takut utk menulis, masukkan idea sendiri.... ko bukan budak tadika bro.... dah buat master atau PhD.... tulis jer !


Fuhhh.... clear bro....line clear....mekacih....tapi kalau dalam BI bro?


Sama jer lah.... ikut 4 langkah di atas.... ko ni malas betul nak berfikir....semua nak ke suap....


OK..OK....


OT






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...