.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, January 17, 2012

TAJUK 301: Research Gap – mesti yang RESEARCHABLE bro !

Research Gap – mesti yang RESEARCHABLE bro…. 


Salam bro….. pe citer…. 3,4 hari ni sonyap yo…. Tak menulis ker?


He he….. adalah sibuk skit dgn marking paper final exam.


Nipun aku baru balik dari KMS…. Banting.


Amender KMS tu?


Kolej Matrikulasi Selangor…. Dasyat jugak sebab kat banting saja ada politeknik, Kolej MARA, IKBN, ILP, Giat MARA, KMS dan sekolah sains pulak….. 


Per ko buat kat sana bro?


Adalah…. Nak buat kolaborasi research ler…. Terkenang semasa aku jadi pensyarah matrikulasi dulu….ko pulak buat  per….terima kasih kepada KMS esp kepada two Roses....sdr Roslan dan sdri Rosna kerana melayan saya dgn baik..... dan belanja makan....dan terjumpa pulak seorang bekas peserta bengkel LR di UUM yang juga pensyarah KMS.... keciknya dunia ini....


Semangat menerangkan courseware animation kepada wakil program Sains KMS... dah lama tak pakai smart2 dgn neck-tie bro...


Bangunan pentadbiran KMS

Beruntung budak2 kat sini.... dari TADIKA sampai Matrikulasi tak yah keluar dari Banting...




Aku….. huhu termenung dah 3 hari bro…. fening…fening…sampai tak lalu makan….


Dah agak dah….. amende ler ko ni…. 


Mana taknyer bro….. theory utk kajian aku ni ok…. Tapi susahlah pulak aku nak jadikan procedure utk dapatkan data aku…. Buat apapun cam tak kena jer…..aku fening….   Tolong aku bro….. 


Apa maksud ko?


Aku nak buat kajian strategi goal-setting  motivation dan kesannya pada pencapaian pelajar dalam SPM…. 


Then?


Teori OK…. Tapi bila aku nak jadikan strategi yang boleh aku laksanakan utk dapat data…… tak ada satu procudure yang concrete utk aku ikut lah bro…fening aku bro…..


OOO…..maknanya kajian ko tak berapa researchable lah tu


Amender lah tu bro?


Cam nilah…..ramai  pelajar yang berminat untuk membuat kajian keberkesanan sesuatu theory terutamanya dalam pengajaran spt problem based learning (PBL), problem-solving, project-based, multiple intelligent, conceptual change, pedagogical content knowledge (PCK), mind-mapping, concept map, mnemonic,  guided-inquiry, team-based, active learning, constructivist, experiential, coorperative…..dan lain-lain strategi…. Banyak ooo…..dan setiap strategi mempunyia pro-cons serta teori yang menyokong….kalau tidak alamat fening ler…. 


Jadi….


Aku sarankan TAK CUKUP hanya ada teori sahaja tetapi ko juga perlu meneliti theory manakah yang juga  mempunyai MODEL ATAU PROCEDURE yang concrete untuk dilaksanakan. Maksud aku……startegi yang dah “structured” perlaksaannya di SOKONG oleh kajian terdahulu dari segi perlaksanaannya …..bagi memudahkan kajian ko dijalankan… supaya kajian ko tu RESEARCHABLE ….


Maksud ko? 


Maksud aku..... jgn jumpanya theory kononnya anda minat..... terus nak buat kajian..... ini tak .. asal ada air jer ko nak memancing.....ada air jer...ko nak memancing.... wpun memang minat ko memancing.... sebab ada air tak semestinya ada ikan bro.... kenalah buat further observation....kalau memang ko dah tengok orang memancing kat situ dan sah ada ikan.... ko pancing ler.....


Alamak bro lagi confused lah....


Macam ni…. Bandingkan strategi pengajaran multiple intelligent dgn problem-based learning (PBL). Strategi multiple intelligent (oleh Gadner) adalah strategi yang abstrak…. dgn 9 unsur intelligence yang perlu diambilkira, tapi sukar nak dapatkan strategi perlaksanaan yang konkrit dalam pengajaran….sedang strategi PBL (oleh Howard) selain theory juga mempunyai strategi yang konkrit dgn langkah2 yang structured dan tersusun serta disokong oleh banyak kajian berbanding perlaksanaan multiple intelligent yng samar2  tanpa banyak sokongan kajian lepas. 



Camner nak dapat ikan.... ada yang menyibuk nak ikut..... iskhhh...


OO…cam tu pulak…


Begitu juga strategi menggunakan problem solving strategy (oleh Polya) dah siap dgn step satu persatu... ko tinggal adjust skit jer sesuaikan dengan kajian ko....atau perlaksanaan strategi alat pengajaran peta konsep (oleh Novak) yang concrete berbanding strategi pedagogical content knowledge, PCK (oleh Shulman) yang vague, broad dan mempunyai pelbagai element lain yang perlu diambilkira. Tak ada satupun langkap atau procedure uang concrete camner nak laksanakan PCK ni seba itulah kajian strategi pengajaran PCK ni “kurang” researchable berbanding problem-solving strategy… ada faham ker?


Lagi bro….


Jika data yang diperolehi dari satu strategi yang structured dan konkrit, disokong oleh kajian terdahulu yang mantap…..maka data yang ko dapat dari kajian sedemikian akan lebih bersifat OBJECTIVE dan boleh dipertahankan  VERIFIABILITY nya…. dan ini akan membawa kepada dapatan yang valid dan realible... dan mudah ko pertahankan semasa VIVA....


Alamak….canggih tul bahasa ko bro…..tak fahamlah bro….tergeliat lidah aku nak membacanyer.... 

Apsalah slow sgt ko ni…..emmm….. katakan ko mengajar strategi PCK dalam subjek sains, terdapat element yang termasuk dalam strategi ini spt content knowledge, pedagogical knowledge serta pedagogical content knowledge….yang perlu ko laksanakan juga….. jika tidak dapatan yang akan dipersolkan validity nya. 

Begitu juga jika multiple intelligent….. bagaimana ko nak menggabungkan kesemua 9 elements dalam strategi pengajaran ko….. termasuk Logical-mathematical, Spatial, Linguistic, Bodily-kinesthetic, Musical, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic dan Existential…. Phew….aku menulisnyapun dah mengah.... belum lagi nak buat kajian!! 

Ini tak.... asal baca sikit.... terjumpa teori multiple intelligent... dan baca buku sikit2.....pas tu SV kata "No Problem" terus ko terlompat nak buat kajian..... 


Emmm…. Abis ada jer kajian lepas tentang multiple intelligent to bro aku baca?


Memang ler ada, tetapi tidak banyak dan tak meluas….kerana hal2 yang aku dah sebutkan di atas. Bila ko nak mulakan pencarian gap….. pastikan ko dapatkan beberapa gap dan buat penelitian seterusnya …. Gap mana satukan yang boleh diisi dgn satu procedure, model atau perlaksanaan yang lebih structured atau concrete… selain theory yang mantap. Kenapa nak pilih sesuatu yang vague….dan broad… akhirnya ko fening dan mual..... 


Wooow…. Sampai ke situ ko terfikir bro….tak tercapai aqal ku !


Ialah….. bukan ko tak boleh buat multiple intelligent…. PCK atau mana2 strategy bro…..Tapi jika ada pilihan….. buatlah strategi yang dah structured….. ada model yang jelas….. step-by-step lagi….sebab yang penting adalah analisis data ko yang mendalam…..dan bila dah dapat Master /PhD… buatlah intelligent apapun…..tak der hal punya…..sebab ko sekarang hanyalah student researcher bro…student yang baru belajar nak buat research…..buah cempedak bro..... so belajarlah dari sesuatu yang dah structured… supaya kajian ko RESEARCHABLE… aku ulang..... RESEARCHABLE.... dan memberikan ruang yang lebih selesa dan yakin utk mengumpul dan menganalis data ko....sebab matlamat ko utk lengkapkan pra-syarat utk dapat Master atau PhD....dgn kajian ko.....then bila dah ada experience cam aku ni…. Hehe…. Ko buatlah apapun kajian…..


Alamak bro…. apasal ko tak bagi nasihat ni awal2 bro…. sebab bila aku tanya SV aku…. Dia kata OK jer…


Memanglah dia kata OK…..abis dia nak kata apa lagi...... tapi ko kena tahulah… ke “RESEARCHABLE” kan kajian ko sendiri…..sebab ko yang membuatnyer.. menanggungnyer dan kalau fening ko feninglah sorang2.....



Wokey…. aku kena semak balik ler theory aku ni….dan cari yang structured huhu… mekacih bro….nasib baik aku baru first semester bro kalau tidak..... tangguh lagilah aku nak kawin tahun ni..... takut tahan....kalau aku sorang ok bro ni takut dua2 tak tahan.....emmmm


U r welcome....


OT

1 comment:

  1. whew, rasanya i kena tengok semulalah theory MI dalam research PhD i, ni dah semester 5 tapi study asyik tergendala je disebabkan theory ini. something "researchable" for me.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...