.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, October 28, 2011

TAJUK 253: SIMPLESITI dan TAIB and THE TYPE WRITER: TUKAR THESIS SEDIA ADA KEPADA DOCUMENT MAP

Saya rasa teruja sebab usaha saya mempopularkan doc map atau abangnya navigation pane telah mula menampakkan hasil. Inilah asas penulisan pantas dan effisyen yang tidak dikuasai oleh hampir semua pelajar siswazah yang bakal membuat thesis dan menggunakan MS Word. 


Sungguh sadis bila komputer canggih manggih anda dalam berbagai bentuk dan saiz juga warna.....dengan MS Word yang power...diguna persis  typewriter sahaja.... Jika nama anda Taib..... maka jadilah Taib and the typewriter...... jika Siti jadilah Simplesiti sebab guna features Word  yang simple2 jer masa menaip tesis......(tapi pakai Simplysiti yang mahal2 woo...New Age...Clear Skin)... bila tanya Document Map, Compare, Split, Cross Reference, Break, Caption semua tak tau amende dan bagaimana nak guna....wpun icon2 tu dok tercongok (dah sedia ada ler) kat features MS Word tiap kali anda buka MS Word nak menaip tesis......maka keluarlah jerih anda bila nak mengedit thesis anda yang menjela2.... buka file ni, tutup file tu, edit file ni, format file tu.....dan membuatnya secara manual... macam type writer ! Bukan sahaja jerih..... masa yang lama dan sangat membosankan anda membuat kerja2 yang sama berulang2 kali.
Saya simple.....?  Biarlah rahsia.....
(Saya buka mulut masuk ribu2.... Anda buka MS Word kena taip ribu2)


Come on bro..... wa guna typewriter sebab tulis lirik  satu page jer tapi korang tulis ribu2 perkataan woo...
apsal korang tiru wa....guna type writer ?



Banyak komen2 positif saya terima dari peserta bengkel dan paling syahdu bila ramai yang dahulunya menulis macam kura-kura sehingga deman kura-kura kini dah mula bergerak laju. Thesis yang dulu terpendam macam harta karun berkurun2...kini dah mula terbongkar dan mula menulis macam org tak sedar diri sedang menurun !! 


Ada peserta bengkel yang email dan maklumkan berjaya siapkan proposal utk presentation dalam 3 hari 3 malam sahaja selepas lebih 3 bulan mengeram.....


Namun ramai peserta bengkel yang bertanya jika mereka telahpun menulis thesis dan bagaimana nak reverse proses menjadikan thesis tersebut dalam mode doc map atau navigation pane. Walaupun saya dah tunjukkan dalam bengkel (dengan menjadikan semua file dalam mode Normal), namun saya ingin tunjukkan satu lagi fungsi yang sgt mudah untuk tujuan tersebut, khusus buat peserta bengkel.


Langkah 1:
Anda copy and paste semua chapter2 anda dan jadikannya dalam satu file sahaja.


Langkah 2:
Anda pilih Home - Select - Select All


Langkah 3:
Anda pilih Home - Clear Formatting (icon gambar eraser)


Langkah 4:
Semua format yang pelik2 akan hilang dan file anda akan jadi text tanpa heading


Langkah 5:
Mulakan operasi document map / navigation pane - Heading, caption dll seperti dalam bengkel..... 


Saya paparkan operasi diatas dengan dua pic berikut sebab tanpa pic..... payoh nok nampok !!


Kelihatan Navigation Pane (spt juga Document Map) dengan Heading, subheading.....

Selepas Select All, klik icon spt yang highlighted iaitu Clear Formatting...klik icon ini maka semua fomat yang pelik2 akan hilang....
(lihat tertulis....This document does not contain headings.... anda berjayalah tu ) 

Semoga anda akan terus progress dan sukses dalam penulisan anda......


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...