.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, October 16, 2011

Tajuk 245 - TIPS KAMCING DGN SV - BHG 1

TIPS KAMCING DGN SV?

Anda baru mendaftar. Dalam surat penerimaan anda sebagai pelajar siswazah, tercatat nama penasihat cum SV anda….

Katakan hari ini anda akan bertemu dengan SV anda….. setelah membuka web fakulti and search…. emm.. ternyata SV anda kelihatan agak ensem tetapi agak serius….ditambah dengan rambutnya yang disikat rapi…kelihatan semakin menipis…tak seperti Einstein yang rambutnya dibiarkan mengerbang tak terurus…..

Tolonglah bro…. bagi tips sikit…camner nak kamcing dengan SV ni bro?

Tips….eemm…. susah bro…SV ni macam2  style ada…. macam ASTRO semua ada…..
SV ada pelbagai warna.... 

Ala…. bagi ler yang basic2 jer…. jangan sampai wa jumpa SV first time dah kantoi bro …

Ok….lah…. basic2 saja tau….

Sebelum jumpa SV:

Tahu nama penuh dan panggilannya. Macam…. Prof…. Dr…. Dato’…. atau Datin ker…. jgn main bedal jer macam En Dekan ker (jika SV anda dekan) atau main pukul rata semua anda panggil Prof…..

Tahu kepakaran SV anda….baca resume (jika ada) atau artikel terkini SV anda supaya anda tahu kecenderungan SV anda.
Jgn tanya soalan mcm…. Prof ni pakar bidang aper? Nampak sangat anda tak ada soft skill komunikasi lansung. Bonus jika anda tahu uni tempat SV anda dapat master dan PhD dulu…..

Apasal nak tahu semua tu bro?

Nak kasi kamcinglah….

U tanyalah…camner Prof belaja di obersi dan perbezaan zaman dulu dan sekarang….sebagai pembuka bicara. 


Silap hari bulan…. dia terus ajak u gi kantin…pekena roti canai sambil bercerita tentang kehebatannya…


Maybe ada baiknye juga jika tanya senior akan peel SV anda tersebut....mana tahu boleh membantu anda bersedia dengan karenah dan kehendak serta style supervision SV anda. Namun saya yakin, senior anda tak sama dengan anda. Jika mereka hadapi kesulitan dgn SV tersebut, tidak semestinya anda akan menghadapi perkara yang sama...

Alamak… semua tu kena tahu ker bro?

Banyak ko punya alamak…. mesti ler supaya ko tahu siapa yang ko nak bawak berbincang tentang tesis ko nanti…. dan SV ko mesti respek sikit kat ko sebab ko ada inisiatif dan ambil tahu bukan sahaj kajian ko tetapi tahu latarbelakang akademik dan kajian SV ko juga….

Ko pun boleh jek SV ko dengan kata2….. Tahniahlah Prof…. banyak paper yang Prof tulis tentang… dan tahniah juga Prof graduated dari Stanford….US…dasyat university tu…bukan calang2 org boleh blaja kat sana tu !! 

Semasa berjumpa:

Sebaik sahaja jumpa SV….. perkenalkan diri dan jangan sesekali menunjukkan anda takut…malu2 arnab….. konon2nya nak humble la…...

Prof….saya ni lemah sikit bab2 research ni…. tupun saya main2 apply jer tup2 dapat cuti belajar....kalau Prof tak tolong…. jawab terlingkup lah saya….tolong yer Prof…


Jika itulah ucapan anda..... separuh nyawa SV u dah melayang tengok U..... dan hilang respect dia pada anda !!

Juga jgn sesekali tergedik2 dpn SV anda walau apapun tujuan anda… apatah lagi dgn tujuan mendapat special attention… sebab hubungan anda adalah hubungan professional....


(Source: funnypicture24)

Soalan wajib dari SV yang anda kena prepare…. Apa kajian yang U nak buat?

Jawablah dengan menunjukkan anda academically competent dan telahpun mengetahui isu-isu asas yang berkaitan dengan kajian anda.

Jgn ler jawab macam budak2…..

Saya dah lama tak puas hati bidang pertanian tersisih sebagai kerjaya pelajar. Jadi saya memang nak kaji masalah guru2 sains pertanian yang tak kompeten ni....

Abis…… apakah isu terkini dalam kajian semasa berkaitan hal ini?

Emmm…..saya belum baca lagi Prof. dan saya pun tak pasti….

Apa pandangan Prof dengan kajian saya ni?

Banyak cantik ko tanya SV ko pulak !!

Jadi bro…. tunjukkan bahawa anda bersedia untuk memikul tanggungjawab secara berdikari dalam membuat kajian anda…. bermakna anda tidak hanya meminta pandangan tanpa anda terlebih dahulu membaca, memahami dan membuat homework. 


Ingat….. membuat kajian bukan untuk menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati anda…ketahuilah apa yang berlaku dalam dunia penyelidikan yang berkait dengan kajian anda….

Jawab ler spt ….

Prof, saya dah baca terdapat 2 theory berkaitan kajian saya…..kalau saya masukkan satu lagi IV seperti.....bagaimana pandang Prof?

Bukannya:

Susahlah Prof, saya jumpa banyak teori tapi mana satu saya nak ambil pun saya tak tahu. Prof tahu tak? Boleh Prof bagi tau tak mana yang saya patut pilih?


Bersambung.....


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...