.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, October 9, 2011

TAJUK 244 - PROCEEDING PAPER - KETAHUI APA YANG ANDA RUJUK!

PROCEEDING PAPER – KETAHUI APA YANG ANDA RUJUK!

Konferens yang dianjurkan oleh pelbagai badan, organisasi serta IPTA berlansung secara berkala. Ada yang bertaraf international….termasuk yang bersifat dalaman sahaja. Konferens ini dijalankan bagi mengumpul kajian “semasa” yang dilakukan oleh penyelidik serata dunia serta membentangkannya bagi tujuan perbincangan dan bertukar2 fikiran.

Kajian ini biasanya dikumpulkan dan dicetak dalam bentuk buku mahupun dalam bentuk softcopy spt  CD. Bahan2 terkumpul ini dinamakan proceeding.

INGAT – Kebanyakkan konferens hanya membuat review kesesuaian paper hanya berdasarkan ABSTRACT yang dihantar kepada penganjur, bukannya FULL PAPER!!

Dengan itu, sukar utk mendapatkan kertas proceeding yang di review secara kritikal oleh pakar….menyebabkan terdapat argument2 dan laporan dalam artikel tersebut yang “boleh dipertikaikan” atau masih belum disemak kesahihannya….Tambahan proceeding paper hanya disemak oleh sekumpuan editor yang memeriksa semua kertas tersebut secara “lum sum”. Lazimnya perhatian hanya diberikan kepada format dan kesesuaian artikel berbanding review secara kritikal.


Know what you did !!
(source: funnypicture24)

Jika review dilakukan hanya untuk mengetahui kesesuaian artikel, maka kertas proceeding sebegini mempunyai tahap yang rendah untuk di rujuk dalam penulisan thesis, kerana kandungannya masih belum direview. Jika proses review dilakukan secara ketat oleh sekumpulan pakar, maka artikel proceeding boleh dirujuk dalam penulisan thesis. Jika tidak…. statusnya akan lebih rendah dan tidak membawa “weight” kepada citation anda untuk dirujuk berbanding dengan journal artikel yang melalui proses reviewed. 

Sangat dibimbangi jika anda merujuk kepada artikel proceeding yang tidak direviewed oleh pakar…..apatah lagi yang masih bersifat preliminary…..kerana artikel tersebut tidak mencapai tahap yang sepatutnya menjadi rujukan thesis anda.

Namun begitu, apa yang saya ingin tekankan adalah kepentingan kertas proceeding yang bersifat terkini (katakan 2011) sebagai rujukan bagi mendapatkan gap dan rujukan terkini serta pengetahuan tentang kajian semasa dalam bidang kajian anda.

Proceeding paper adalah satu kesempatan untuk mengetahui perkembangan mainstream dan mengetahui rujukan2 semasa di bahagian bibliography dalam bidang kajian anda tetapi bukan utk citation dalam thesis anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...