.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, July 20, 2011

Tajuk 164 - RUMUSAN APLIKASI DROPBOX BAGI BEGINNERS

Saya telah menggunakan dropbox (DB) selama beberapa hari dan ingin meringkaskan aplikasi DB bagi makluman newcomers terutama dalam kalangan siswazah. Saya dapati DB adalah satu keperluan dalam memudahkan perjalanan menyiapkan tesis dan tugasan.


Katakan anda sedang menulis tesis. Anda memiliki 2 komputer - desktop di pejabat dan notebook yang anda kendong kehulu dan kehilir....dan juga hp 3G atau Ipad anda.


Andapun installed DB dalam ketiga-tiga gadjet ada tersebut, dengan mendaftar menggunakan alamat dan password email anda. Maka akan muncullah icon DB disebelah bawah kanan semua gadjet anda tersebut.


Fail peribadi:
Anda mulakan dengan desktop anda. Anda masukkan fail tesis terkini anda dalam DB desktop anda dan secara automatik icon DB dalam notebook anda akan berkelip2 menerima fail tesis tersebut, sebaik sahaja anda membuka dalam persekitaran wifi / sambungan internet. Hal yang sama berlaku dalam hp anda.


Andapun menulislah beberapa mukasurat fail tesis anda dari DB tadi, dan selepas selesai, andapun save fail dalam DB desktop anda. Secara automatik file tesis dalam DB notebook dan hp anda turut di"update". Jadi anda tak perlu save lagi dalam thumbdrive dan bawa balik rumah, atau emailkan ke diri sendiri!! Ini bermakna, anda cuma perlu balik rumah dan buka notebook anda dan meneruskan kerja menulis tesis anda.


Fail kongsi:
Katakan anda sedang menulis satu artikel bersama kawan anda. Anda masukkan file artikel tersebut dalam folder DB anda katakan shared folder. Selepas itu, anda buka folder dan fail tersebut, klik kanan dan klik share file with individual. Akan keluar satu pop menu untuk anda isi email dan message kepada kawan anda. Secara automatik, kawan anda akan dapat message dari DB utk maklumkan bahawa satu folder yang ada file artikel telah berada dalam DB komputer kawan anda tersebut.


Jika kawan anda mengedit fail tersebut, secara automatik, file akan diupdate juga dalam DB anda !! Jika anda buat perkara yang sama, kawan fail kawan anda juga akan ter update. HANYA fail ini sahaja yang boleh dibuka dan diupdate oleh kawan anda. Fail2 lain dalam DB anda tidak dapat dikongsi dan tetap berada dalam DB anda sahaja.


File Public:
Jika anda ingin berkongsi file anda dengan public, katakan pelajar anda, lakukan cara yang sama tetapi klik arahan menjadikan file tersebut sebagai file public. Anda cuma perlu paste kan alamat file tersebut kepada search engine, katakan google chrome. File tersebut boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang ada alamat tersebut.


Aku dah share file dgn kawan aku dalam DB.... 
biar dia yang edit dulu...
mata dah steam.... nak titun...nak mimpi Laila he he


Maybe ada banyak lagi fungsi DB, tetapi saya belum explore lagi. Jika anda ada maklumat... lets share !!


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...