.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, July 22, 2011

SOALAN 11 - Sample >30 kenapa perlu guna non-parametric?

Soalan:
Dr. kenape perlu guna non-para? bukan ke sample tu more than 30....? we can use parametric test right?




Respon:
Sebaik sahaja balik dari jogging di UPM dan ke pasar tani di MAEPS, saya bermain2 pula dengan Nine. By 12.30 pm saya buka blog dan terbaca satu soalan terbaharu spt di atas.


Saya tersenyum sendiri. Saya tak tahu siapa yang hantar sebab hanya anonymous sahaja. Mengapalah tidak perkenalkan diri, guna nama samaran ker dan bagi lah email sebenar. Apapun... ini respon saya...


TERNYATA ramai pelajar tidak jelas maksud para dan non-para. LEBIH ramai lagi yang TAK TAHU mengapa n=30 tu menjadi angka yang sering digunakan, dan mengapa tidak 40 ker atau 20 ke? Ramai yang guna n=30 (mungkin ada SV sendiri) tetapi tidak faham dari mana datangnya angka tersebut.


Statistic parametric mempunyai asas dari central limit theorem (CLT) bagi membuat generalisasi taburan sample yang normal ke taburan populasi yang biasanya normal. Jika sampel tertabur secara normal, maka BARU lah anda boleh gunakan statistik parametrik spt t-test dan ANOVA. Jk taburan sample tidak normal, maka syarat CLT tidak dipenuhi maka anda perlu menggunakan statistik non-parametric, regardless berapa besarpun sample anda. Harus diingat, hanya sampel yang diukur dengan skala interval dan ratio sahaja yang terlibat dalam pengukuran taburan normal.


Jika sampel anda n=50 pun dan diukur dengan interval, tetapi tidak tertabur secara normal..... anda TIDAK BOLEH gunakan statistik parametrik sebab anda tidak memenuhi pre-requisite CLT. 


Jika anda mengambil ukuran pada skala nominal dan ordinalpun, anda tidak boleh guna statistik parametrik sebab data nominal dan ordinal tidak menepati syarat CLT utk tertabur secara normal. (Sila baca entry yang lepas mengapa ukuran pada skala nominal dan ordinal tidak akan tertabur secara normal!!)

Mengapa n=30? Ini kerana mengikut CLT, sekiranya anda mengambil individu kumpulan dengan n = 20, katakan 100 kumpulan (n=20 setiap satu), maka min skor setiap kumpulan jika diplot, akan mengarah kepada bentuk normal. Jika anda tambah lagi sehingga n = 30, mengikut CLT, graf dengan n=30 ini telahpun menghampiri graf taburan normal. Walau bagaimanapun, jika n = 30, anda run histogram ataupun analisis kenormalan, dan dapati masih tidak tertabur secara normal, hanya statistik non-parametrik sahaja yang boleh anda gunakan.
Tidak normal jika mak cik dan pak cik tertidur dalam kedai kasut. Bagi saya...tido dalam swimming pool pun normal...he he




Jadi jgn cepat buat kesimpulan..... atau hanya mengikut pendapat umum sahaja tanpa mengetahuinya dengan  tepat. Silalah baca entry2 sebelum ini tentang hal yang sama.... anda patut membacanya terlebih dahulu....


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...